Makanan Kucing : Jenis, Jenama Terbaik dan Kekerapan Beri Makan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sebagai pemilik kucing, anda pasti mahukan makanan kucing yang terbaik untuk si comel kesayangan.

Namun, disebabkan terdapat lambakan produk di pasaran, anda mungkin keliru untuk membelikan makanan yang boleh sesuai dengan kucing.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsikan jenis makanan kucing dan beberapa jenama yang boleh anda cuba untuk beri makan si comel.

Baca juga: 30 Pasir Kucing Terbaik & Serap Bau (2024)

Jenis Makanan Kucing

Secara umumnya, terdapat dua kategori makanan kucing iaitu dry food (makanan kering) atau makanan basah (wet food).

Setiap satu darinya pula mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

1. Dry Food

Dijumpai dalam bentuk biskut dan juga dipanggil kibble kucing.

Kelebihan

  • Harganya lebih mudah berbanding wet food
  • Dijual dalam kuantiti yang banyak.
  • Lebih tahan kama dan tidak cepat rosak
  • Mudah untuk diberikan pada kucing
  • Sesuai untuk kucing dewasa

Kekurangan

  • Kandungan air yang rendah
  • Tekstur keras dan lebih sukar untuk dikunyah
makanan kucing

2. Wet Food

Kelebihan

  • Tinggi kandungan air dan mudah dikunyah
  • Boleh membantu beberapa masalah kesihatan kucing seperti sembelit atau berat badan berlebihan
  • Sesuai untuk semua peringkat usia kucing

Kekurangan

  • Harga lebih mahal
  • Tidak tahan lama selepas dibuka  
  • Biasanya dijual dalam pek kecil
makanan kucing

10 Jenama Makanan Kucing Terbaik

1
makanan kucing terbaik
1

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Sheba

Hidangan Mewah, Nikmat Tiada Tandingannya

Product Overviews:

  • Bahan premium: daging sebenar tanpa bahan pengisi.
  • Rasa lazat & pelbagai perisa: tuna, ayam, salmon.
  • Tekstur lembut, sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Bebas bahan pengawet dan mudah dihidang.

Terkenal dengan kualiti premium, Sheba mengandungi bahan seperti daging bakar dan ketulan ayam.

Sesuai untuk anak kucing dan dewasa, makanan kucing ini juga bebas lemak dan diperkaya dengan taurin, fiber dan protein.

1
makanan kucing terbaik
2

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Cindy’s Recipe

Kasih Sayang dalam Setiap Suapan

Product Overviews:

  • Bahan berkualiti tinggi seperti ikan tuna dan ayam.
  • Pemakanan seimbang dengan nutrien penting.
  • Tiada bahan pengawet dan pewarna tiruan.
  • Pilihan perisa pelbagai, tekstur basah & lembut.

Diperbuat daripada 100% ikan sumber protein asli dengan gred setara bagi pengambilan manusia (human grade), Cindy’s Recipe mempunyai lebih daripada 12 pilihan dan terbahagi kepada dua asas protein iaitu tuna dan ayam.

Ia juga bebas bahan pengawet dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral untuk keperluan si comel. Teksturnya pula lembut dan mudah untuk dimakan oleh kucing.

1
makanan kucing terbaik
3

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Royal Canin

Nutrisi Tepat untuk Kucing Berprestij

Product Overviews:

  • Formula khusus untuk keperluan kucing (umur, saiz, sensitiviti).
  • Kaya dengan nutrisi lengkap & seimbang.
  • Menyokong kesihatan pencernaan, bulu, dan kulit.
  • Pelbagai variasi (wet & dry food) mengikut keperluan kucing.

Royal Canin merupakan satu lagi makanan premium untuk si comel. Selain protein, makanan kucing dari Royal Canine juga kaya dengan kkhasiat omega-3 dan 6, vitamin D3 dan zat besi.

Selain mempunyai makanan khusus untuk kucing kacukan, ia juga mempunyai beberapa variasi untuk keperluan kesihatan dan citarasa kucing seperti Urinary Care, Hair & Skin Care dan Exigent Aroma.

1
makanan kucing terbaik
4

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Brit Premium

Pilihan Nutrisi, Pilihan Cinta

Product Overviews:

  • Harga berpatutan dengan bahan berkualiti.
  • Kandungan protein tinggi untuk tenaga dan pertumbuhan.
  • Kaya dengan vitamin & mineral untuk bulu sihat.
  • Pelbagai formula untuk kucing biasa dan sensitif.

Makanan kucing ini pula dikatakan mempunyai ketulan daging yang lebih besar tetapi lembut.

Brit Premium menawarkan aneka protein untuk kucing seperti hirisan ayam, salmon, ayam belanda dan ikan kod.

Harganya pula berpatutan dan mengandungi pelbagai khasiat untuk kucing seperti vitamin D3, vitamin E, copper, taurine dan zink.

1
makanan kucing terbaik-5
5

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Purina One Healthy Adult with Salmon & Tuna

Kesihatan Hebat, Rasa Lazat

Product Overviews:

  • Protein berkualiti tinggi untuk otot dan kesihatan bulu.
  • Diperkaya dengan Omega-6 dan vitamin E.
  • Menyokong sistem imun dan kesihatan pencernaan.
  • Perisa salmon & tuna yang menarik selera.

Makanan kucing ini pula sesuai untuk anda yang ingin berikan perlindungan imuniti tambahan kepada kucing.

Ia mengandungi 3 bahan utama bagi menyokong sistem pertahanan badan kucing iaitu vitamin E dan C, omega 3 dan 6 dan beta glukan.

1
makanan kucing terbaik
6

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Purina PRO PLAN Adult Sensitive with Chicken Gravy

Solusi Sensitif, Hidangan Premium

Product Overviews:

  • Direka untuk kucing sensitif (kulit & pencernaan).
  • Diperkaya dengan prebiotik & protein mudah hadam.
  • Meningkatkan kesihatan kulit & bulu dengan Omega-3 & Omega-6.
  • Rasa ayam dengan tekstur basah yang menarik.

Makanan kucing istimewa daripada Purina ini sesuai bagi kucing yang mengalami masalah penghadaman yang sensitif.

Ia mengandungi probiotik dan diperbuat daripada bahan yang mudah dihadam dan mesra perut kucing.

1
makanan kucing terbaik
7

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Snappy Tom

Kesegaran Semula Jadi untuk Si Manja

Product Overviews:

  • Bahan semula jadi tanpa pewarna atau bahan pengawet.
  • Protein tinggi daripada ikan segar (sumber omega-3).
  • Sesuai untuk kucing dengan diet semula jadi.
  • Harga mampu milik dengan nutrisi baik.

Snappy Tom pula menawarkan makanan kucing jenis wet food dengan tekstur jeli.

Bebas perasa tambahan dan bijirin, Snappy Tom diperbuat daripada bahan semula jadi dan sesuai untuk dimakan oleh kucing dewasa. 

1
makanan kucing terbaik
8

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Powercat

Kuasa Nutrisi, Tenaga Sepanjang Hari.

Product Overviews:

  • 100% halal dengan bahan segar dari Malaysia.
  • Tinggi protein dan rendah karbohidrat.
  • Menyokong kesihatan bulu dan kulit.
  • Pilihan baik untuk kucing aktif.

Satu-satunya jenama yang mempunyai sijil halal, Powercat merupakan produk makanan kucing keluaran bumiputera.

Jenama ini menawarkan dry food dan wet food dan diperkaya dengan omega-3 dan 6 untuk kesihatan kucing.

1
9

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Reflex

Keseimbangan Nutrisi, Kesempurnaan Hidangan

Product Overviews:

  • Harga berpatutan dengan nutrien seimbang.
  • Kaya dengan Omega-3 & Omega-6 untuk kulit sihat.
  • Diperkaya dengan vitamin dan mineral penting.
  • Formula sesuai untuk pelbagai keperluan kucing.

Makanan kucing jenama Reflex terkenal dengan harga yang berpatutan dan nutrisi seimbang, menjadikannya pilihan ideal untuk pemilik kucing yang mencari makanan berkualiti tanpa membebankan bajet.

Ia diperkaya dengan Omega-3 dan Omega-6 untuk menyokong kesihatan kulit dan bulu, serta mengandungi vitamin dan mineral penting untuk meningkatkan imuniti kucing.

Reflex menawarkan pelbagai pilihan perisa dan formula yang sesuai untuk keperluan kucing dari semua peringkat umur, termasuk kucing yang aktif. Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan berkualiti, memberikan kucing rasa yang lazat dan mudah dihadam.

1
10

⚡ Harga Terbaik! Jimat Lagi!

Blackwood

Nutrisi Klasik, Kualiti Terbaik

Product Overviews:

  • Dimasak perlahan untuk mengekalkan nutrien.
  • Formula hypoallergenic untuk kucing sensitif.
  • Bebas bahan pengawet tiruan dan pewarna.
  • Kaya dengan protein haiwan berkualiti tinggi.

Blackwood merupakan jenama makanan kucing premium yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan dimasak perlahan untuk mengekalkan nutrien semula jadi.

Formula hypoallergenic jenama ini sesuai untuk kucing yang sensitif terhadap makanan biasa, menjadikannya pilihan ideal untuk kesihatan pencernaan dan kulit. Selain bebas bahan pengawet tiruan dan pewarna, Blackwood kaya dengan protein haiwan berkualiti tinggi, memberikan tenaga dan menyokong pertumbuhan otot yang sihat.

Dengan fokus pada pemakanan yang seimbang, Blackwood memastikan kucing anda mendapat makanan terbaik untuk gaya hidup yang aktif dan sihat.

Berapa Kali Perlu Beri Makan Kucing?

Pakar mengesyorkan supaya anak kucing yang berusia di bawah enam bulan diberikan makan sebanyak tiga hingga empat kali sehari.

Kucing berusia enam bulan hingga dewasa pula sudah memadai jika diberi makan sebanyak dua kali sehari.

Pastikan anda hanya beri makan sebanyak 25 gram sahaja, ya. Ini penting untuk memastikan berat badan kucing terkawal.

Sumber : iVET Petcare

Terdapat pelbagai jenama makanan kucing yang padat dengan nutrisi dan kebaikan untuk perkembangan kucing. Jenama yang dipercayai ini juga bebas daripada bahan pengawet dan tinggi kandungan protein.

Baca juga: Bagaimanakah Cara Kira Umur Kucing?

Terdapat juga produk makanan yang dikhususkan bagi mengatasi masalah kesihatan yang dialami kucing seperti keguguran bulu, lemah sistem imuniti dan sebagainya.

Anda juga boleh dapatkan saranan daripada doktor sekiranya masih ragu untuk memilih makanan yang terbaik untuk kucing.

Sumber : oyen.my (1), (2), (3), iVET Petcare

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut