15 Makanan Korea Yang Popular dan Wajib Dicuba

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jika anda gemar menonton drama Korea, anda pasti akan terliur setiap kali para pelakon mula nikmati makanan khusus dari negara itu.

Memang tak dinafikan hidangan dari Korea Selatan nampak sungguh menyelerakan! Anda juga wajib cuba makanan Korea bila ada kesempatan.

Berikut kami kongsikan beberapa hidangan Korea yang anda patut cuba sendiri.

15 Makanan Korea Yang Wajib Dicuba

1. Kimbap

Sekali pandang, kimbap mungkin mirip dengan sushi. Namun, gabungan bahan seperti jeruk lobak putih, sayuran segar, telur dan daging membuatkan kimchi mempunyai rasa yang tersendiri.

Ia juga tidak mengandungi sebarang protein yang mentah seperti sushi.

makanan Korea
Sumber : seriouseats.com

2. Jjampong

Bagi yang gemar makanan laut, anda wajib cuba jjampong. Rasa hidangan mi dikatakan agak pedas dan kuahnya pula sangat enak kerana ia dimasak bersama makanan laut serta aneka sayur-sayuran.

makanan Korea
Sumber : seonkyounglongest.com

3. Eomuk

Salah satu makanan ringan yang terkenal di Korea, eomuk merupakan kek ikan yang diperbuat daripada isi ikan dan tepung.

Setelah dibentuk, ia kemudiannya dicucuk pada lidi dan direbus di dalam air rebusan.  

Memang enak untuk dinikmati pada musim sejuk. Air rebusannya juga sering diminum untuk menghangatkan badan.

Sumber : knowingkorea.org

4. Bingsu

Memang rugi kalau anda tak pernah cuba pemanis mulut dari Korea Selatan iaitu bingsu. Hidangan ais parut ini memang enak untuk dinikmati ketika cuaca panas.

Ia biasanya digabungkan dengan susu pekat, kacang merah dan kek beras. Terdapat juga variasi bingsu dengan pelbagai perisa seperti matcha, coklat dan buah-buahan segar.

Sumber : snackfever.com

5. Kalguksu

Dikenali sebagai mi potong pisau, hidangan mi bersup ini diperbuat dengan mi tepung gandum serta dihidangkan bersama ayam cincang dan potongan zucchini.

6. Sundubu Jjigae

Makanan Korea ini pula terdiri daripada beberapa ramuan yang sering digunakan dalam hidangan Korea iaitu tauhu lembut, gochujang, daun bawang dan telur.

Rasanya dikatakan agak masam dan pedas, tetapi sangat menyegarkan terutamanya jika dinikmati pada musim sejuk.

7. Hotteok

Hotteok adalah roti goreng yang biasanya mengandungi inti yang diperbuat daripada kacang cincang, gula perang dan madu.

Sering dijual di pasar atau tepi jalan, makanan Korea ini tidak terlalu besar membuatkan ia senang untuk dimakan ketika bersiar-siar. Memang sedap bila dimakan panas-panas.

Kini, terdapat juga variasi hotteok savouri yang berinti sayur-sayuran.

Sumber : thekitchengent.com

8. Bunggeoppang

Bunggeopang ini dikatakan berasal dari Taiyaki iaitu roti berbentuk ikan yang serupa dari Jepun.

Snek kegemaran ramai ini mengandungi inti manis seperti kacang merah atau krim.

9. Bibimbap

Bibimbap adalah hidangan nasi yang mengandungi pelbagai ramuan seperti bayam, telur goreng, daging, lobak merah, kimchi dan tauge.

Ia kemudiannya digaulkan bersama sos gochugaru sebelum dinikmati. Hidangan ini cukup berkhasiat dan sangat mengenyangkan.

Ia juga mudah untuk didapati di restoran Korea di Malaysia.

10. Teokbokki

Antara makanan Korea yang berada di bawah kategori street food, Tteokbokki cukup terkenal dalam kalangan pelajar di Korea Selatan.

Ia merupakan snek yang diperbuat daripada kek beras yang dikenali sebagai tteok.

Ia dimasak di dalam kuah gochugaru pedas dan dihidangkan bersama telur rebus dan kek ikan.

makanan Korea
Sumber : Chef Atulya

11. Jajangmyeon

Anda pasti pernah lihat mi dengan kuah hitam pekat ini di K-drama. Jajangmyeon diperbuat daripada kacang hitam dan rasanya agak manis.

Biasanya ia dihidangkan bersama jeruk lobak putih, kimchi dan timun.

makanan Korea
Sumber : latimes.com

12. Japchae

Sering dihidangkan pada sambutan Chuseok, Japchae merupakan hidangan yang dihasilkan daripada glass noodle.

Ia kemudian ditumis bersama kicap dan ramuan lain seperti daging, lobak merah, capsicum dan daun bawang.

makanan Korea
Sumber : kimchiclub.com.au

13. Pajeon

Pajeon juga merupakan penkek daun bawang yang popular di Korea Selatan.

Selain dimakan begitu saja bersama sos, ia juga boleh dinikmati bersama nasi panas dan hidangan sampingan (banchan).

Versi Pajeon dengan makanan laut juga sering dihidangkan kepada pelanggan di restoran.

makanan Korea
Sumber : Just One Cookbook

14. Mandu

Mandu adalah dumpling versi Korea yang digoreng atau dikukus. Intinya diperbuat daripada daging cincang, tauhu, bawang, halia dan daun bawang.

Biasanya Mandu dimakan bersama kimchi atau sos cuka.

Sumber : maangchi.com

15. Kimchi Bokkeumbap

Seperti orang Malaysia, rakyat Korea Selatan juga suka makan nasi goreng. Yang istimewanya tentang nasi goreng Korea ialah ia diperbuat daripada kimchi dan sayur-sayuran lain.

Rasanya juga tidaklah pedas atau masam seperti yang disangka sehingga ia juga diminati oleh kanak-kanak.

Lebih enak bila ia dinikmati ketika panas bersama telur mata kerbau.

makanan Korea
Sumber : Khin’s Kitchen

Rupanya terdapat banyak makanan Korea yang sangat menarik untuk dicuba. Dari hidangan ringan, mi, nasi hingga ke pencuci mulut, semuanya nampak cukup menyelerakan.

Sekarang ini, tak perlu pergi ke Korea Selatan pun boleh sebab kebanyakannya ada dijual di restoran Korea di Malaysia.

Jadi, hidangan manakah yang anda bakal cuba selepas ini?

Sumber : Tasting Table

Baca Juga : 10 Makanan Tradisional Cina Yang Terkenal di Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut