Jika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking (MyBSN), tapi dah lupa pula kata laluan (password) untuk login ke akaun MyBSN anda – jangan risau.
Di sini kami kongsikan cara tukar / reset semula password tu agar boleh diakses semula.
Jom tengok langkah-langkahnya yang dikongsikan di bawah.
BACA JUGA: STR Fasa 4 – Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran (2024)
Apakah myBSN?
MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN – maklumat korporat kami serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan – dan anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.
Melalui MyBSN, pengguna boleh lakukan pelbagai urusan secara dalam talian, contohnya ialah Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.
Cara Daftar MyBSN
Untuk mendaftar BSN online banking atau MyBSN, anda perlu mempunyai nombor telefon yang didaftarkan terlebih dahulu selain mengetahui nombor kad debit dan juga pinnya.
Sekiranya belum mendaftarkan nombor telefon, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan BSN untuk mendaftarkannya.
Setelah menyediakan ketiga-tiga perkara tersebut (nombor telefon yang didaftarkan, nombor kad debit, pin kad debit), anda boleh terus pergi ke laman sesawang berikut untuk mendaftar sebagai pengguna kali pertama: https://www.mybsn.com.my/mybsn/register/register.do
Langkah selanjutnya anda boleh rujuk di myBSN – Cara Daftar BSN Online Banking & Login Akaun
Cara Tukar Password MyBSN
Beberapa persediaan sebelum membuat langkah menukar kata laluan, pastikan anda:
- Mempunyai internet yang stabil – seeloknya gunakan laptop
- Sediakan kad ATM / kad debit BSN beserta nombor pin
- Masih menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dengan BSN (Sebab nanti anda akan menerima nombor OTP dan TAC untuk segala urusan transaksi. Jika nombor telefon yang didaftarkan belum dikemaskini, sila hubungi BSN terlebih dahulu).
Rujuk langkah-langkah di bawah untuk tukar password BSN online banking:
LANGKAH 1:
- Layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do (Jangan sesekali buka melalui link yang tidak disahkan)
- Kemudian klik, Forgot Password.
LANGKAH 2:
- Isi username, debit card number, no pin kad atm (Paparan ini akan muncul sejurus sahaja anda taip nombor kad debit yang 16 digit tu).
- Isi CVV2 (3 angka dkt belakang kad), expiry date (Depan kad ada bahagian tertulis Valid Thru) serta IC anda.
- Klik Submit.
LANGKAH 3:
- Kemudian, anda perlu isikan username anda dan masukkan password baru anda.
- Masukkan sekali lagi password baru anda untuk disahkan.
- Kombinasi kata laluan ini kena ada huruf besar, huruf kecil, nombor dan seeloknya letak skali simbol.
- Seterusnya, klik Request OTP. Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
- Masukkan OTP yang diterima melalui mesej.
- Klik Submit.
Selesai. Anda akan menerima notis “Password changed successfully”. Klik ‘click here‘ untuk login semula menggunakan password baru anda.
Lupa Username BSN Online
Bagi yang terlupa Username pula, rujuk langka-langkah berikut:
- Pastikan anda mempunyai kad bank bersama anda.
- Hubungi talian perkhidmatan BSN di: 1300 88 1900.
- Seterusnya, maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan bahawa anda terlupa ID/username BSN online.
- Pegawai khidmat pelanggan akan bertanya dan meminta maklumat nombor kad bank dan nombor kad pengenalan anda untuk pengesahan.
- Setelah itu, anda akan diberitahu USERNAME anda. Selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau emelkan pertanyaan anda ke: [email protected].
Layari https://www.bsn.com.my/ untuk info terkini.
BACA JUGA: SSP BSN 2024 – Semak Keputusan Sijil Simpanan Premium myBSN