UFUTURE UiTM (ufuture.uitm.edu.my) merupakan portal rasmi untuk pelajar dan pensyarah UiTM.
Artikel ini akan memberikan panduan ringkas tentang cara log masuk, akses kursus, tetapan kata laluan, serta sokongan teknikal melalui laman ufuture.uitm.edu.my.
Apa itu UFUTURE UiTM
UFUTURE UiTM ialah sebuah platform pembelajaran dalam talian yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Malaysia.
Platform ini berfungsi sebagai pusat digital untuk pelbagai kursus akademik, Massive Open Online Courses (MOOCs), mikro-kredensial, dan program pembangunan profesional.
Sehingga kini, UFUTURE telah menempatkan seramai 193,579 pelajar, 10,218 tenaga pengajar, serta menawarkan 6,265 kursus dengan lebih daripada 1.1 juta kandungan dimuat naik.
Menariknya, UFUTURE bukan sahaja menyokong pengguna daripada UiTM tetapi juga terbuka kepada orang luar yang ingin mengikuti pembelajaran fleksibel.
Objektif UFUTURE UITM
UFUTURE direka khas untuk menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian kepada sesiapa sahaja yang berminat. Objektif utama portal ini dibangunkan adalah:
- Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.
- Memenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar.
- Meningkatkan kebolehcapaian dan fleksibiliti masa.
Modul & Fungsi
- My Courses : Memaparkan kursus pelajar
- Evaluation : Entrance Exit Survey, SUFO
- Course Content : Menyimpan bahan pengajaran
- Assessment : Penilaian atas talian seperti kuiz, ujian, dan tugasan
- Forum : Interaksi pelajar dan pensyarah
- Online Class : Kehadiran pelajar
Cara Log Masuk UFUTURE UiTM
Untuk login ke portal ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.
- Klik bahagian ‘Sign Up.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
- Kemudian, masukkan username dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Berjaya memasuki sistem portal ini.






Cara Isi Exit Survey Melalui UFUTURE UiTM
Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mengisi Exit Survey melalui laman web UFUTURE:
- Log masuk ke UFUTURE UiTM : https://ufuture.uitm.edu.my/login
- Tekan simbol “triple bar” di bahagian atas skrin.
- Scroll pilihan di bahagian kiri skrin dan pilih “Evaluation”.
- Pilih Exit Survey.
Cara Reset Semula Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan untuk log masuk UFUTURE, sila klik pautan berikut: https://ufuture.uitm.edu.my/forgot dan tekan butang RESET PASSWORD.
Sekiranya menghadapi sebarang masalah, anda boleh hubungi:
- Hotline: IT Department, iCEPS – 03-5544 8369 / 03-5544 8174.
Manual Pengguna
Untuk mendapatkan tutorial penuh berkenaan cara penggunaan portal UFUTURE, anda boleh rujuk pada panduan berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai UFUTURE, sila layari laman web https://ufuture.uitm.edu.my/.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Malaysia
03 – 5544 8369
[email protected]
Soalan Lazim
UFUTURE ialah platform pembelajaran dalam talian rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia menyediakan kursus akademik, Massive Open Online Courses (MOOCs), micro-credentials, dan program pembangunan profesional yang boleh diakses oleh pelajar UiTM dan juga pengguna luar.
– Semua pelajar dan pensyarah UiTM.
– Individu luar UiTM yang berminat untuk mengikuti kursus atau micro-credentials yang ditawarkan.
– Layari laman web: https://ufuture.uitm.edu.my
– Masukkan ID pelajar/ID staf UiTM dan kata laluan.
– Untuk pengguna luar, log masuk menggunakan akaun yang didaftarkan.
– Klik pautan: Reset Password
– Masukkan ID pengguna atau alamat e-mel.
– Tekan butang RESET PASSWORD dan ikut arahan yang diberikan.
– Log masuk ke portal UFUTURE.
– Klik pada menu My Courses.
– Pilih kursus yang disenaraikan.
– Mulakan pembelajaran secara dalam talian.
Tidak. Walaupun UFUTURE dibangunkan oleh UiTM, ia juga terbuka kepada pengguna luar yang mahu menyertai kursus dalam talian, micro-credentials, atau program pembangunan profesional.
Hubungi:
– Hotline IT Department, iCEPS: 03-5544 8369 / 03-5544 8174
– Atau e-mel ke alamat sokongan yang tertera dalam laman UFUTURE.
Masalah log masuk selalunya berpunca daripada:
– Kata laluan atau ID pengguna yang salah.
– Akaun yang belum disahkan.
Pengguna UiTM perlu memastikan akaun iStudent atau iStaff telah diaktifkan.
Pengguna luar UiTM perlu menyemak e-mel pengesahan selepas pendaftaran.
– Menyokong pelayar moden seperti Chrome, Firefox, dan Edge.
– Memerlukan sambungan internet yang stabil untuk menonton kuliah atau memuat turun bahan.
– Akses melalui telefon pintar boleh dilakukan, tetapi fungsi penuh lebih baik di komputer.
UFUTURE UiTM menawarkan 2 perkara utama untuk pelajar dan pensyarah, iaitu:
1. Kandungan pendidikan – bahan pembelajaran, kuliah video, tugasan, dan kursus dalam pelbagai bidang.
2. Persekitaran pembelajaran – ruang maya yang interaktif untuk mengurus kursus, berkomunikasi, menilai prestasi, serta menyokong pengalaman pembelajaran digital secara menyeluruh.