STO 2.0 – Cara Buat Temujanji Online Imigresen Malaysia (2025)

STO 2.0 atau Sistem Temujanji Online ialah platform rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang membolehkan orang ramai membuat janji temu imigresen secara atas talian.

Melalui sistem ini, urusan pasport, visa, pekerja asing, perkhidmatan ekspatriat, penguatkuasaan dan perkhidmatan UTC dapat dilakukan dengan lebih mudah dan teratur.

Tempahan janji temu boleh dibuat melalui laman rasmi https://sto.imi.gov.my/STO/booking.php sebelum hadir ke pejabat imigresen mengikut cawangan, tarikh dan masa yang dipilih.

Apa itu STO 2.0

Sistem Temujanji Online (STO 2.0) adalah platform rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang membolehkan orang ramai membuat tempahan janji temu secara atas talian sebelum hadir ke kaunter. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan, mengurangkan kesesakan, serta memastikan kelancaran perkhidmatan imigresen.

Melalui STO 2.0, pemohon boleh membuat janji temu untuk perkhidmatan terpilih yang meliputi:

  • Pekerja Asing
  • Perkhidmatan Ekspatriat
  • Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas
  • Perkhidmatan UTC

Dengan adanya sistem ini, pengguna tidak lagi perlu beratur panjang di pejabat imigresen, sebaliknya hanya perlu memilih cawangan, tarikh, dan masa yang sesuai sebelum hadir untuk mendapatkan perkhidmatan.

Cara Mohon Temujanji Online Imigresen Melalui STO 2.0

Untuk memohon janji temu secara dalam talian, sila ikuti langkah-langkah berikut dengan teliti:

  1. Sila layari laman web rasmi https://sto.imi.gov.my/STO/booking.php
  2. Isikan nama dan maklumat yang diperlukan dalam ruang yang disediakan.
  3. Pilih cawangan Jabatan Imigresen serta tarikh dan masa untuk hadir ke kaunter.
  4. Sila semak dan sahkan semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
  5. Pemohon mesti mengisi semua maklumat dalam ruangan yang diperlukan termasuk Nama, No. Kad Pengenalan/Pasport, Alamat penuh, Alamat e-mel dan butiran maklumat lain.
  6. Jabatan Imigresen berhak menolak mana-mana permohonan yang didapati tidak lengkap atau tidak sah.

Terma & Syarat Tempat Temujanji

1) Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;

2) Permohonan temujanji boleh dibuat seawal enam(6) bulan sebelum dan selewat – lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;

3)Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;

4) Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;

5) Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;

6) Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.

7)Satu temujanji bagi setiap permohonan/individu. Pemohon hendaklah mengemukakan tempahan temujanji secara berasingan bagi ahli keluarga/pasangan;

8) Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

9) URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA TUNAI.

Janji Temu Program Repatriasi Migran

Perlu diingat, semasa buat tempahan janji temu and wajib pilih kategori pemohon: Program Repatriasi Migran. Kalau tersalah pilih selain daripada kategori ini, pihak Imigresen tidak akan melayan janji temu yang dibuat.

Bila hadir ke pejabat Imigresen nanti, pastikan tuan/puan bawa dokumen yang diperlukan. Antara dokumen yang wajib dibawa ialah:

  • Pasport yang masih sah laku; atau
  • Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) yang boleh didapatkan dari kedutaan masing-masing.
  • Tiket penerbangan pulang ke negara asal juga perlu dibawa, dengan syarat tarikh penerbangan mestilah dalam tempoh 5 hari selepas tarikh janji temu dan tidak lebih daripada 14 hari.

Manual Pengguna STO 2.0

sto 2.0
sto 2.0
sto 2.0
sto 2.0

Waktu Operasi Kaunter

Bermula 1 Mac 2024, waktu operasi pejabat pengeluar pasport Malaysia ditetapkan semula mengikut negeri dan cawangan.

Bagi semua negeri kecuali Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan, waktu operasi adalah Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan waktu rehat 1.00 hingga 2.00 petang.

Pada hari Sabtu, operasi dibuka dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di cawangan tertentu seperti :

  • Menara Ikhlas Putrajaya
  • Batu Pahat, Kluang
  • Muar, Kulai
  • Setia Tropika
  • Wangsa Maju
  • Jalan Duta
  • Kulim
  • Ayer Keroh
  • Dan beberapa cawangan lain yang disenaraikan.

Bagi negeri Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan, waktu operasi adalah Ahad hingga Rabu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, manakala pada hari Khamis, pejabat hanya beroperasi sehingga 3.30 petang.

Untuk cawangan UTC di semua negeri selain Perlis, Pahang, Kedah dan Terengganu, waktu operasi hari bekerja dilanjutkan sehingga 7.00 malam, manakala pada hari Ahad beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi UTC di Perlis, Pahang, Kedah dan Terengganu pula, waktu operasi ditetapkan setiap hari dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

sto 2.0

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) http://eapp.imi.gov.my/spo bagi mendapatkan sebarang informasi mengenai Jabatan Imigresen Malaysia.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim / Frequently Asked Questions (FAQs) http://sto.imi.gov.my/sto/faq_sto.php

ATAU

Hubungi talian Hotline di 03-88882010 dan 03-80008000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my atau portal yang berkaitan di bawah:

Soalan Lazim

1. Bagaimana cara untuk mengakses STO?

Anda boleh mengakses STO melalui pautan berikut: http://sto.imi.gov.my

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan melalui STO?

STO menawarkan perkhidmatan terpilih berkaitan:

– Pekerja Asing
– Perkhidmatan Ekspatriat
– Penguatkuasaan
– Perkhidmatan Visa & Pas
– Perkhidmatan di UTC

Selain itu, pembaharuan pasport juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui MyOnline Passport.

3. Pejabat Imigresen mana yang boleh dipilih untuk janji temu?

Hanya Pejabat Imigresen yang disenaraikan dalam sistem sahaja boleh dipilih.

4. Apa yang perlu dilakukan jika tarikh janji temu jatuh pada hari tidak bekerja atau cuti umum?

Anda perlu membuat janji temu baharu dan memilih tarikh mengikut waktu operasi sebenar.

5. Bagaimana cara untuk memohon janji temu?

Isi Borang Permohonan Janji Temu yang disediakan dalam sistem STO.

6. Berapa lama masa diperlukan untuk mendapatkan tarikh janji temu?

Tarikh janji temu akan diberikan serta-merta selepas permohonan berjaya dihantar melalui sistem, bergantung pada ketersediaan tarikh dan slot yang dipilih.

7. Apa yang perlu dilakukan jika saya terlepas janji temu?

Anda perlu membuat janji temu baharu.

8. Bolehkah saya mengubah atau membatalkan tarikh janji temu?

Tarikh janji temu tidak boleh diubah, namun ia boleh dibatalkan.

9. Bilakah STO mula boleh diakses oleh orang ramai?

STO mula boleh diakses pada 8 Mei 2020.

10. Apakah maklumat yang perlu diisi dalam Borang Permohonan Janji Temu?

Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang diwajibkan, termasuk:

– Nama penuh
– No. Kad Pengenalan / Pasport
– Alamat penuh
– Alamat emel
– Butiran lain yang berkaitan

Nota: Jabatan Imigresen berhak menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap atau tidak sah.