eBaki MARA Login (apps.mara.gov.my/ebakiv2)

eBaki MARA Login ialah akses ke portal rasmi https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/ yang dibangunkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memudahkan peminjam pendidikan menguruskan pinjaman mereka secara dalam talian.

Melalui portal ini, pengguna boleh menyemak baki pinjaman, membuat pembayaran, dan menguruskan penstrukturan semula pinjaman dengan lebih mudah, cepat, dan selamat.

Apa itu eBaki MARA

eBaki MARA adalah sebuah portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dibangunkan khas untuk memudahkan para peminjam pendidikan menguruskan pinjaman mereka secara dalam talian.

Platform digital ini menjadi medium penting bagi pelajar lepasan MARA yang menerima pembiayaan di bawah program seperti TESP (Tertiary Education Loan Program) dan IPMa (Excellent Student Program).

Fungsi eBaki MARA

Melalui portal ini, peminjam boleh melakukan beberapa urusan penting dengan lebih mudah dan pantas, antaranya:

1. Semakan Baki Pinjaman
Peminjam dapat melihat baki terkini pinjaman pendidikan mereka, termasuk butiran ansuran dan jumlah bayaran yang telah dibuat.

2. Pembayaran Dalam Talian
Sistem ini menyediakan kemudahan pembayaran secara online, membolehkan peminjam menjelaskan bayaran tanpa perlu hadir ke kaunter MARA.

3. Penstrukturan Semula Pinjaman
Peminjam juga boleh membuat permohonan untuk penstrukturan semula bayaran pinjaman sekiranya menghadapi masalah kewangan atau ingin menjadualkan semula komitmen bayaran.

Kepentingan eBaki MARA

Dengan adanya eBaki MARA, peminjam tidak lagi perlu melalui proses manual yang memakan masa.

Portal ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan pinjaman pendidikan, malah memastikan setiap peminjam dapat memantau kewangan mereka dengan lebih sistematik.

    Cara Daftar eBaki MARA

    Untuk menggunakan portal eBaki MARA Login, setiap peminjam perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.

    Proses ini sangat mudah dan boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar eBaki MARA:

    1. Buka pelayar web dan pergi ke https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
    2. Pada halaman utama, klik pada link “Pengguna Baru”.
    3. Masukkan nombor Kad Pengenalan Baru anda di ruangan NO. KAD PENGENALAN (BARU).
    4. Jika ada, masukkan nombor Kad Pengenalan Lama atau Nombor Daftar Syarikat di ruangan yang disediakan.
    5. Klik butang “Hantar”.
    6. Ikuti arahan seterusnya untuk melengkapkan pendaftaran dengan mengisi semua butiran yang diperlukan.
    7. Setelah pendaftaran selesai, sahkan akaun melalui emel atau SMS yang dihantar oleh sistem.
    8. Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk mula menguruskan pinjaman MARA anda.

    Cara untuk eBaki MARA Login

    Untuk mengakses akaun eBaki MARA Login, peminjam perlu menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.

    Proses ini boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian. Berikut ialah langkah-langkah untuk eBaki MARA Login:

    1. Layari laman web rasmi eBaki MARA Login di pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
    2. Pada halaman utama, anda akan melihat dua kotak input:
      • ID Pengguna: Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
      • Katalaluan: Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan.
    3. Klik butang “Hantar” untuk masuk ke akaun anda.
    4. Jika anda pengguna baru, klik pada pautan “Pengguna Baru” yang terdapat di bawah kotak input.
    5. Masukkan nombor Kad Pengenalan Baru anda di ruangan yang disediakan.
    6. Jika ada, masukkan nombor Kad Pengenalan Lama atau Nombor Pendaftaran Syarikat.
    7. Klik butang “Hantar” untuk melengkapkan pendaftaran dan isi segala butiran yang diperlukan.

    Cara Reset Semula Kata Laluan

    Jika anda terlupa kata laluan eBaki MARA, sila klik pautan “Lupa Katalaluan” pada halaman log masuk.

    Masukkan ID Pengguna (nombor kad pengenalan) anda dan ikuti langkah yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan. Sistem MARA akan menghantar pautan reset ke emel atau nombor telefon yang telah anda daftarkan. Pastikan maklumat peribadi sentiasa dikemaskini bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar.

    Cara Semak Baki Pinjaman Pendidikan MARA

    Untuk menyemak baki pinjaman pendidikan melalui portal eBaki MARA, anda boleh ikuti langkah mudah berikut:

    1. Layari pautan ini https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/ untuk eBaki MARA Login
    2. Masukkan ID Pengguna (nombor kad pengenalan) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
    3. Klik butang Hantar untuk log masuk ke akaun eBaki MARA anda.
    4. Pada menu “Jadual Bayaran Balik”, tekan butang [Papar] untuk melihat maklumat terperinci baki pinjaman.
    5. Sistem akan memaparkan baki terkini, termasuk jumlah prinsipal dan faedah tertunggak.
    6. Peminjam juga boleh memuat turun penyata bulanan dalam format PDF untuk rujukan peribadi.
    7. Pastikan anda sentiasa mematuhi tarikh akhir pembayaran bagi mengelakkan penalti lewat bayar.

    Cara Bayar Pinjaman Pendidikan MARA

    Bayaran balik pinjaman MARA boleh dilakukan sama ada melalui portal eBaki MARA atau laman rasmi MARAeps di https://bayar.maraeps.my.

    Pilihan kaedah pembayaran yang disediakan termasuk debit terus, kad kredit, dan FPX.

    Sekiranya peminjam mempunyai tunggakan selama tiga (3) bulan atau lebih, nama mereka akan disenaraihitam dan perlu melunaskan bayaran tertunggak sebelum dapat menggunakan semula sebarang perkhidmatan MARA.

    Cara Mohon eConversion MARA

    eConversion MARA adalah sistem permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

    Ia melibatkan semakan kelayakan, penyediaan dokumen, bayaran komitmen dan semakan kelulusan melalui eBaki MARA v2.

    Syarat Kelayakan Mohon eConversion MARA

    • Pelajar tamat/lulus pengajian;
      • di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.
      • mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
    • Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
    • Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang
    • bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain
    • Tiada tunggakan bayaran Pinjaman Pelajaran MARA.

    Cara Buat Permohonan eConversion MARA

    eBaki MARA Login
    1. Layari laman rasmi eBaki MARA Login di https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.
    2. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan:
      • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/PhD (disahkan benar).
      • Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
      • Salinan dokumen yang disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan/Badan Berkanun Kumpulan A, Penghulu/Sidang, Jaksa Pendamai (JP), Wakil Rakyat, atau Pegawai Perundangan & Kehakiman (Majistret/Peguam).
      • Pastikan setiap salinan mempunyai cop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
    3. Hantar permohonan secara lengkap. Permohonan yang tidak lengkap atau mempunyai akaun bertunggakan tidak akan diproses.
    4. Maklum bahawa sebarang bayaran terdahulu sebelum pengurangan diluluskan tidak akan dipulangkan. Bayaran tersebut akan ditolak daripada jumlah pinjaman keseluruhan.
    5. Sekiranya gagal memohon dalam tempoh yang ditetapkan (seperti dalam Surat Tawaran/Perjanjian), peminjam perlu membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh MARA.
    6. Semak status kelulusan rasmi permohonan eConversion melalui sistem eBaki di https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.
    7. Tempoh kelulusan mengambil masa 3 hingga 6 bulan, bergantung pada jumlah permohonan dan proses pelarasan oleh Bahagian Kewangan MARA.

    Kesan Jika Tidak Bayar Pinjaman MARA

    Kegagalan membayar balik pinjaman MARA bukan sahaja menjejaskan rekod kewangan seseorang, malah turut memberi impak kepada keluarga, kerjaya, dan masa depan peminjam.

    MARA akan mengambil tindakan sekiranya bayaran tertunggak selama tiga (3) bulan atau lebih, termasuk menyenaraihitamkan nama peminjam. Berikut adalah kesan utama yang perlu diketahui:

    1. Kemerosotan Skor Kredit

    • Nama peminjam boleh disenarai hitam dalam CCRIS atau CTOS.
    • Sukar mendapatkan pinjaman baharu, kad kredit, atau kemudahan kewangan lain.
    • Status kredit yang buruk juga boleh mengganggu peluang pekerjaan, terutama dalam sektor awam atau syarikat yang menjalankan pemeriksaan latar belakang kewangan.

    2. Tindakan Undang-Undang

    • MARA berhak mengemukakan saman melalui mahkamah.
    • Jika gagal menyelesaikan hutang, aset boleh disita dan peminjam berisiko diisytiharkan muflis.
    • Dalam kes serius, tindakan undang-undang boleh melibatkan penyitaan gaji, akaun bank, malah potensi tuduhan jenayah sekiranya wujud unsur penipuan.

    3. Kesan kepada Penjamin

    • Penjamin turut memikul tanggungjawab jika peminjam gagal membayar.
    • Harta atau kewangan penjamin boleh disita, sekali gus menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana penjamin lazimnya terdiri daripada ahli keluarga.

    4. Sekatan Peluang Pendidikan Keluarga

    • MARA boleh menolak permohonan tajaan atau pinjaman pendidikan daripada ahli keluarga terdekat peminjam.
    • Anak-anak atau adik-beradik mungkin tidak layak memasuki institusi pendidikan MARA seperti MRSM atau universiti MARA.
    • Hal ini memberi kesan jangka panjang terhadap masa depan akademik dan kerjaya ahli keluarga.

    5. Gangguan Kestabilan Kewangan Jangka Panjang

    • Tunggakan yang tidak dibayar akan terus bertambah akibat caj faedah dan penalti.
    • Peminjam akan berdepan kesukaran membuat simpanan, merancang kewangan, atau mendapatkan modal untuk perniagaan.

    6. Kesan Sosial dan Emosi

    • Tekanan akibat saman, penyitaan, dan beban hutang boleh menjejaskan kesihatan mental.
    • Hubungan keluarga turut terjejas, terutama jika penjamin ialah ibu bapa atau adik-beradik sendiri.
    • Dalam kes melampau, tekanan kewangan boleh mendorong kepada masalah kesihatan mental yang serius.

    7. Kehilangan Reputasi Profesional

    • Individu dalam sektor profesional atau berjawatan tinggi boleh terjejas reputasinya.
    • Tindakan kebankrapan menjejaskan kelayakan untuk memegang jawatan tertentu dalam kerajaan atau syarikat swasta.

        Maklumat Lanjut

        Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info terkini berkaitan MARA, sila layari saluran berikut:

        Atau, anda boleh ruju pada nombor talian di bawah untuk pertanyaan lanjut berkenaan eBaki MARA:

        MARA CALL CENTRE
        Talian Utama: 03-26132000

        BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA
        Nombor talian : 03-40108800 / 8801 / 8802
        Waktu operasi : Hari : Isnin – Jumaat. Waktu : 08.00 pagi – 05.30 petang.
        (Waktu Rehat : Isnin-Khamis : 1.00 – 2.00 petang / Jumaat : 12.15 – 2.45 petang)

        Soalan Lazim eBaki MARA

        1. Saya sedang menyambung pengajian, dan saya

        Penangguhan bayaran balik hanya dipertimbangkan sekiranya peminjam melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa sahaja.

        Jika memenuhi kriteria di atas, peminjam perlu memohon rayuan permohonan penangguhan bayaran balik ke Bahagian Kawalan Kredit.  Sertakan sekali surat pengesahan sedang belajar daripada IPT yang mempunyai maklumat :-

        1. Nama program/kursus yang diambil
        2. Tarikh mula pengajian
        3. Jangkaan tarikh tamat pengajian

        Status permohonan penangguhan bayaran balik boleh disemak dan dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

        2. Bilakah saya perlu membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA?

        Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7 selepas pelajar tamat tajaan.

        Bermula tahun 2017, MARA tidak lagi menghantar Jadual Bayaran Balik secara pos. Jadual Bayaran Balik boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

        3. Saya ingin menjelaskan bayaran balik, bagaimanakah cara bayaran dibuat?

        a) Bayaran balik digalakan dilakukan melalui perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh MARA iaitu MARAeps.

        MARAeps boleh diakses oleh kesemua pengguna melalui platform berikut;
        1. Laman sesawang – https://bayar.maraeps.my/
        2. Aplikasi Android di GooglePlay– MARAeps
        3. Aplikasi iOS di Applestore– MARAeps

        b)Bayaran balik boleh juga dilakukan di Pejabat MARA Daerah/Negeri yang berdekatan, Pejabat Pos, melalui potongan gaji majikan, pengeluaran KWSP atau melalui sistem perbankan atas talian (online banking). Maklumat lanjut boleh rujuk di LAMPIRAN – SALURAN KEMUDAHAN BAYARAN

        4. Bolehkah saya membayar pinjaman saya melalui potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

        Ya, boleh.

        Peminjam pelajaran MARA yang berhasrat membayar balik pinjaman pelajaran menggunakan akaun II,  KWSP perlu memohon secara online di Laman Web KWSP.
        Sila maklum bahawa, syarat kelayakan e-Pengeluaran tertakluk kepada pihak KWSP.
        Panduan ringkas permohonan  melalui Laman Web KWSP :

        Langkah 1 :
        Login ke i-Akaun ahli (peminjam perlu daftar sebagai ahli terlebih dahulu)
        Pastikan No. MARA digunakan sebagai no. rujukan dalam transaksi permohonan. Sila rujuk https://apps.mara.gov.my/ebakiv2 untuk dapatkan no MARA dan baki pinjaman.
        Langkah 2 :
        Semak status permohonan melalui SMS atau Mesej Sekuriti Inbox di i-Akaun.
        Langkah 3 :
        Hadir di mana-mana cawangan KWSP bagi pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

        5. Saya telah bekerja dan ingin membayar balik pinjaman melalui potongan gaji. Bagaimanakah caranya?

        Bayaran melalui potongan gaji boleh dibuat dengan melengkapkan dan menandatangani Borang Potongan Gaji (Borang LPP 20A dan 20B/20C) dalam 3 salinan yang boleh diperolehi dari Bahagian Kawalan Kredit MARA atau mencetak borang tersebut dari laman web www.mara.gov.my

        6. Saya bercadang untuk menjelaskan bayaran balik melalui Arahan Bank. Apakah yang perlu saya lakukan?

        a) Anda boleh mendaftar untuk menggunakan kemudahan Direct Debit melalui MARAeps. Kutipan bayaran terus dari akaun simpanan, akaun semasa ataupun akaun kredit pembayar yang berdaftar dengan bank tempatan.

        b) Anda dikehendaki berurusan dengn pihak bank berkenaan. Salinan arahan bank hendaklah dikemukakan kepada MARA untuk simpanan dan rekod. Sila pastikan pihak bank menyatakan nama, no. kad pengenalan dan no. akaun pelajar setiap kali transaksi bayaran kepada MARA dibuat.

        7. Saya telah lulus pengajian, adakah saya layak untuk memohon pengurangan bayaran balik?

        Ya, layak untuk memohon pengurangan bayaran balik.  Peminjam boleh buat permohonan melalui sistem e-Baki melalui url https://apps.mara.gov.my/ebakiv2

        Peminjam perlu jelaskan bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA.  Akaun ini mempunyai 12 digit yang bermula 3303XXXXXXXX. Status permohonan juga boleh disemak melalui sistem ini.

        8. Saya telah memohon penguragan bayaran

        Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonan diterima/didaftarkan. Tempoh masa proses kelulusan ini juga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain. Sila hubungi Unit Pengurangan di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

        Emel: [email protected]

        Nombor Telefon: 03-40108800 / 8801 / 8802
        Waktu Operasi : Hari Isnin-Jumaat : 8.00 pagi – 5.30 petang
        (Waktu Rehat : Isnin -Khamis : 1.00 – 2.00 petang / Jumaat : 12.15-2.45 petang)

        9. Mengapa saya tidak lagi menerima Penyata Tahunan baki Pinjaman Pelajaran MARA?

        Bermula tahun 2015, MARA tidak lagi mengedarkan Penyata Tahunan secara pos. Penyata Tahunan boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

        10. Baru-baru ini saya ada menjelaskan bayaran balik. Bagaimana saya boleh menyemak sama ada MARA telah menerima bayaran tersebut?

        Baki dan penyata kewangan boleh disemak secara online melalui sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA ataupun dengan menghubungI pegawai di Bahagian Kawalan Kredit MARA selepas tiga (3) hari (hari bekerja) bayaran dilakukan.

        11. Saya telah melangsaikan semua baki pinjaman. Adakah surat penyelesaian pinjaman akan dikeluarkan?

        Surat penyelesaian pinjaman boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

        12. Saya menerima surat makluman senarai hitam (blacklist) daripada MARA. Apakah yang perlu saya lakukan untuk proses pemutihan?

        Peminjam perlu menyelesaikan tunggakan untuk proses pemutihan pinjaman.  Peminjam perlu memaklumkan Bahagian Kawalan Kredit MARA dengan menyertakan bukti pembayaran untuk pengesahan bayaran telah dibuat.

        Untuk mendapatkan SOALAN LAZIM (FAQ) Bahagian Penganjuran Pelajaran Terkini, anda boleh rujuk pautan ini: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/FAQebaki.pdf

        Baca juga: