Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 (2910 Kekosongan)

LATIHAN SEPARA PERUBATAN : IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA) SESI JULAI 2024

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

JAWATAN : LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL (SESI JULAI TAHUN 2024)

KUMPULAN PELAKSANA (SPM)

KEKOSONGAN : 2,910

kekosongan jawatan jururawat

Sesi Pengambilan Latihan Separa Perubatan 2023

Sesi pengambilan adalah 2 kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai.

Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan_Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun); dan
  • Latihan Separa Perubatan_Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

Syarat Kelayakan

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM BAGI MENGIKUTI LATIHAN SEPARA_PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL UNTUK PELANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Anda berminat untuk mengikuti Latihan_Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)?

Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di ILKKM dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan.

Kategori Pemohon dan Had Umur

  • Pemohon merupakan calon lepasan SPM/SPMV:
    • i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
  • Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    • i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
  • Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
    • i. Umur tidak melebih 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Sila rujuk poster untuk maklumat ringkas tentang syarat kelayakan akademik bagi mengikuti Latihan_Separa Perubatan.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 jururawat kkm

Perincian selanjutnya boleh dirujuk di Portal Rasmi SPA (https://www.spa.gov.my/…/gaji…/).

Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan

Berikut merupakan senarai 10 Jenis Latihan Separa_Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:

(Klik pada jawatan untuk maklumat lengkap)

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Jururawat
2.Latihan Penolong Pegawai Perubatan
3.Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4.Latihan Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)
5.Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
6.Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
7.Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
8.Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9.Latihan Juruteknologi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)
10.Latihan Juruterapi Pergigian
(Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Berikut merupakan senarai 2 Jenis Latihan Separa_Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

(Klik pada jawatan untuk maklumat lengkap)

BIL.NAMA JAWATAN
1.Latihan Pembantu Kesihatan Awam
2.Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Senarai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)

  • ILKKM Sungai Buloh
  • ILKKM Sultan Azlan Shah
  • ILKKM Johor Bahru
  • ILKKM Kota Kinabalu
  • ILKKM Kuching
  • ILKKM (Kejururawatan) Alor Setar
  • ILKKM (Pembantu Perubatan) Alor Setar
  • ILKKM (Kejururawatan) Batu Pahat
  • ILKKM (Kejururawatan) Bertam
  • ILKKM (Kejururawatan) Kangar
  • ILKKM (Teknologi Makmal Perubatan) Kuala Lumpur
  • ILKKM (Kejururawatan) Kuala Pilah
  • ILKKM (Kejururawatan) Kubang Kerian
  • ILKKM (Pembantu Perubatan) Seremban
  • ILKKM (Kesihatan Awam) Kuching
  • ILKKM (Kejururawatan) Sandakan
  • ILKKM (Kejururawatan) Sibu
  • ILKKM (Kejururawatan) Tawau
  • ILKKM Cawangan Kuantan
  • ILKKM Cawangan Kuala Terengganu
  • Pusat Pergigian Kanak-kanak & ILKKM (Pergigian) Georgetown

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 JANUARI 2024 (Isnin), jam 11.59 malam

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

https://spa9.spa.gov.my/login

Maklumat Lanjut

Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :

https://www.spa.gov.my/…/gaji…/

Jika anda belum pernah mendaftar di portal SPA, sila rujuk panduan lengkap melalui artikel berikut: SPA9 – Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!