Program Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang

Program Latihan Kompetensi Kemahiran Untuk Belia Pulau Pinang

Sukacita dimaklumkan bahawa Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) bakal menganjurkan Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia.

Untuk makluman, peserta akan ditaja sepenuhnya oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP. Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program ini.

Baca Juga : Institut Kemahiran MARA: Senarai Lokasi IKM & Kursus Ditawarkan

Tarikh Permohonan

Pendaftaran dibuka secara atas talian sehingga 31 Oktober 2022 (Isnin)

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan dalam Program Kompetensi Kemahiran Belia adalah :

  • Mobile Crane (Tempoh pengajian : 3 bulan)
  • Hydraulic Excavator (Tempoh pengajian : 2 bulan)
 Latihan Kompetensi Kemahiran

Kemudahan Yang Disediakan

Peserta akan ditawarkan kemudahan seperti berikut :

  • Penginapan
  • Makan dan minum
  • Elaun
  • Pakaian keselamatan
  • Kad personel binaan

Syarat Kelayakan

Tawaran bagi program ini adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Bermastautin di Pulau Pinang
  • Lelaki dan beragama Islam
  • Berumur antara 21 hingga 35 tahun dan mempunyai lesen memandu kelas D.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850 sebulan (golongan B40)
  • Tiada rekod saman, jenayah dan penyalahgunaan dadah
  • Sihat tubuh badan
  • Minat untuk bekerja selepas tamat latihan

Cara Mohon Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia

Calon yang berkelayakan boleh isi borang Google Form di pautan berikut :

PROGRAM LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN BELIA

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program latihan yang ditawarkan, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian berikut :

04 5498125 / 8155

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!