Bagi murid yang mengambil Kelas Fardhu Ain (KAFA),SRA atau SRAI Tahun 2, untuk menguasai Tulisan Jawi, mereka mestilah selalu membuat latihan jawi Tahun 2.
Dengan melalukan latihan, ia akan menambahkan kefahaman dan kemahiran murid dalam menguasari pembelajaran ini.
Maksud Jawi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf-huruf Jawi.
Huruf Jawi pula bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.
Menurut sejarah, tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia.
Dahulunya, tulisan ini merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.
Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu seperti di Sulu Filipina, Pattani Thailand, Kelantan Malaysia, dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.
Kaedah Pembelajaran Jawi
Untuk mempelajari Jawi, antara kaedah yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Ketahui huruf asas: Ketahui huruf-huruf asas dalam tulisan jawi yang terdiri daripada 36 huruf, termasuk 6 huruf tambahan yang tiada dalam bahasa Arab seperti چ, ڠ, ڤ, ݢ , ۏ, dan ڽ.
- Selalu menulis secara konsisten: Buat latihan menulis huruf Jawi secara konsisten dengan menulis perkataan mudah terlebih dahulu.
- Belajar melalui teknologi: Belajar melalui teknologi seperti aplikasi “Belajar Mengeja Jawi”.
- Selalu membaca teks jawi: Baca buku atau tulisan teks-teks dalam tulisan jawi agar lebih mahir membaca teks yang lebih kompleks.
Muat Turun Latihan
Murid boleh memuat turun latihan ini seperti di bawah:
Info Lanjut
Untuk belajar lebih lanjut mengenai Jawi Tahun 2, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=veXjYw3HLss&list=PLVflqPWm78MC7WpAyC8RapalYacU3u_pl
Baca juga: Koleksi Latihan Matematik Tahun 6