Lagu Maal Hijrah: Lirik Lagu & Huraian

Lagu Maal Hijrah: Lirik Lagu & Huraian
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lagu Maal Hijrah: Lirik Lagu & Huraian

Maal Hijrah adalah salah satu perayaan yang penting dalam kalender Islam. Ia bukan sahaja menandakan peristiwa perpindahan fizikal Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Tetapi juga, melambangkan pengorbanan, kekuatan, dan semangat untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Terdapat banyak lagu yang dicipta untuk merayakan Maal Hijrah yang mempunyai maksud yang mendalam dan menginspirasikan.

Salah satunya ialah lagu yang dinyanyikan oleh Al Ajiba yang bertajuk “Maal Hijrah”. 

BACA JUGA: Kalendar Islam 2024 & Tarikh Penting Bulan Islam (JAKIM)

Lirik Lagu “Maal Hijrah”

Penyanyi:Al Ajiba

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman…

Huraian Maksud Lagu

Berdasarkan judul lagu tersebut secara langsung, ia merujuk kepada perayaan Maal Hijrah dalam kalender Islam. Maal Hijrah bermaksud “tahun baru Hijriah” atau “peristiwa hijrah”. 

Lagu ini dinyanyikan untuk memperingati dan merayakan peristiwa penting dalam sejarah Islam, yakni hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Makkah ke Madinah yang berlaku pada tahun 622 Masihi.

Lirik-lirik di dalam lagu ini menggambarkan momen-momen penting semasa peristiwa hijrah tersebut berlaku. Contohnya seperti, keberanian dan keyakinan kaum Muhajirin dan Ansar bersatu serta kesiapan mereka untuk berkorban harta dan nyawa demi menegakkan agama Islam. 

Lagu Maal Hijrah: Lirik Lagu & Huraian

Lagu ini juga menekankan nilai-nilai seperti pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan dalam konteks keagamaan dan sosial.

Dengan kata lain, lagu “Maal Hijrah” ini tidak hanya menggambarkan tema perayaan tahun baru Hijriah tetapi juga mengangkat nilai-nilai sejarah dan spiritual yang penting bagi umat Islam.

BACA JUGA: Puasa Muharram: Tarikh, Niat & Kelebihan Puasa Muharam 2024

Makna Maal Hijrah

Maal Hijrah merujuk kepada hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.

Ia bukan sekadar perpindahan geografi tetapi juga melambangkan transformasi masyarakat dari kegelapan menuju cahaya, dari kezaliman ke keadilan, dan dari ketidakadilan ke kesejahteraan. 

Peristiwa ini mengajar umat Islam tentang ketabahan, keberanian dan keazaman untuk menghadapi cabaran dalam mencari kebenaran.

Tarikh Maal Hijrah 2024

Menurut  kalendar /  takwim JAKIM, tarikh Awal Muharram 2024 atau Maal Hijrah 1446 H di Malaysia adalah pada 7 Julai 2024 (Ahad).

Tema Maal Hijrah 2024 & Tarikh Sambutan

Lagu Maal Hijrah: Lirik Lagu & Huraian

Tema Maal Hijrah Tahun 2024/1446 H adalah: “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024  bersamaan 1 Muharam 1446H atau 7 Julai 2024 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Anda boleh saksikan siaran secara langsung bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.

Kepentingan Sambutan Maal Hijrah

Sambutan Maal Hijrah memainkan peranan penting dalam menyatukan umat Islam serta mengingatkan tentang sejarah dan nilai-nilai Islam yang penting. 

Ia juga memupuk semangat ukhuwah (persaudaraan) dan tali silaturrahim dalam kalangan masyarakat Islam. 

Sambutan Maal Hijrah adalah masa terbaik untuk merenungkan dan muhasabah diri dalam meningkatkan keimanan dan amalan seharian.

Sumber: 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut