Tawaran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0 Untuk Warga Johor

Tawaran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0 Untuk Warga Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa IMSKILL 2.0 atau Iskandar Malaysia Business Upskilling for Youth kini menawarkan kursus pastri percuma buat belia Johor.

IMSKILL 2.0 merupakan satu inisiatif di bawah Dana Kumpulan Wang Covid-19 (KWC) anjuran IRDA dan Iskandar Youth Hub Sdn Bhd (HAB) bagi meningkatkan kemahiran golongan belia khususnya di Iskandar Malaysia.

Program ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada belia untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi dan menjamin peluang pekerjaan. Terhad kepada 25 orang, peserta juga bakal menerima elaun sebanyak RM 180.

Menerusi kursus ini, peserta akan pelajari :

  • Asas pembuatan pastri menerusi latihan praktikal dan teori.
  • Teknik untuk menggunakan serta menyelenggara peralatan bakeri.
  • Penghasilan 4 jenis menu pastri.

Baca Juga : Kursus Pastri dan Bakeri Percuma MITRA Untuk Wanita Bangsa India B40

 Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran bagi kursus ini adalah pada 24 November 2022.

Butiran Kursus Pastri Percuma IMSKILL 2.0

Berikut merupakan butiran bagi kursus yang dinyatakan :

  • Tarikh Kursus : 10 & 11 Disember 2022
  • Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Lokasi : Johor Bahru

Syarat Permohonan

Calon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Johor
  • Berumur dari 18 hingga 40 tahun

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga dikehendaki untuk muatnaik dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • 1 Salinan Kad Pengenalan Depan & Belakang
  • 1 Salinan Bil Utiliti Terkini (Mestilah sama dengan alamat tempat tinggal yang didaftarkan)
  • 1 Salinan SSM, Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Perniagaan (Sekiranya ada)

Cara Memohon

Calon perlulah mendaftar secara atas talian dengan mengisi borang Google Docs berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeBLpMT6yrebk5y98ECQQ-ShTw_ewhxrtJNCw9qunZ0FLYIkA/viewform

Hanya pendaftaran yang tepat dan lengkap sahaja yang akan diterima dan diproses.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Kursus Pastri Percuma IMSKILL, sila hubungi Pn Mila di talian 012-345 4695. Anda juga boleh layari laman rasmi IMSKILL di pautan https://iskandarmalaysia.com.my/hab/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!