Kurikulum Prasekolah 2026 bakal di laksanakan mulai Januari 2026 di semua prasekolah di bawah KPM, KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan sektor swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. Layari https://bpk.moe.gov.my/kurikulum/prasekolah2026 untuk info lebih lanjut.
Kurikulum baru ini menggantikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Pembaharuan kurikulum ini selari dengan kitaran baharu kurikulum yang akan bermula pada 2027 namun bagi prasekolah, ia dimulakan lebih awal iaitu 2026.

Kurikulum Prasekolah 2026 digubal berasaskan standard berorientasikan kompetensi bagi memastikan murid bukan sahaja memperoleh pengetahuan, tetapi juga menguasai kemahiran, nilai dan sikap untuk kehidupan seharian.
Rujuk info lebih terperinci mengenai Kurikulum Prasekolah 2026 di bawah.
Pengenalan Kurikulum Baru Prasekolah 2026
Kurikulum Baru Prasekolah 2026 akan mula dilaksanakan pada Januari 2026 dan dibina selari dengan Kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang akan menyatukan pembelajaran berasaskan kemahiran, nilai, dan sikap yang diperlukan dalam kehidupan seharian anak-anak sejak usia awal.

Antara ciri utama kurikulum ini adalah pengukuhan penggunaan dwibahasa dengan pembelajaran 50% dalam Bahasa Melayu dan 50% dalam Bahasa Inggeris, bagi melahirkan murid yang celik bahasa dan berdaya saing global.
Penekanan juga diberikan kepada pembentukan karakter dan nilai murni seperti kasih sayang, empati, keyakinan diri serta semangat bekerjasama.
Selain itu, kurikulum ini menggunakan pendekatan pembelajaran bersepadu berasaskan bermain yang lebih menyeronokkan, mendalamkan minat membaca, kemahiran pengurusan diri, serta pengenalan kepada teknologi dan dunia digital.
KPM turut menumpukan perhatian kepada isu kritikal seperti menangani kadar keciciran pembelajaran, malnutrisi, dan pendidikan khas, dengan sasaran meningkatkan enrolmen prasekolah.
Latihan dan peningkatan profesionalisme guru prasekolah juga menjadi fokus penting supaya pelaksanaan kurikulum ini dapat dijalankan dengan berkesan dan berkualiti.
Dengan pendekatan yang menyeluruh ini, Kurikulum Prasekolah 2026 bertujuan untuk menyediakan asas kukuh bukan hanya dari segi akademik, tetapi juga pembangunan rohani, emosi, jasmani, dan sosial anak-anak agar mereka menjadi insan sejahtera, kreatif, serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Antara penekanan utama dalam Kurikulum Prasekolah 2026 ialah:
- Pembentukan Karakter – memupuk nilai kasih sayang, keyakinan diri dan semangat belajar.
- Pemantapan Pengurusan Diri – membina kemahiran menjaga kebersihan, kesejahteraan diri dan keselamatan digital.
- Pemupukan Minat Membaca – memperkenalkan sesi Baca Bersama selama 30 minit seminggu.
- Pengenalan Teknologi & Digital – mendidik murid mengenai penggunaan peranti dan maklumat secara beretika.
- Pembelajaran Bersepadu – menggalakkan pembelajaran bermakna melalui tema dan projek yang menyeronokkan.
Kurikulum Prasekolah 2026 merupakan langkah penting dalam usaha KPM memastikan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia berkualiti, relevan dan seimbang.
Kerangka Kurikulum Prasekolah 2026
Kurikulum ini dibangunkan berdasarkan enam (6) Bidang Pembelajaran utama yang menyeluruh dan menyokong perkembangan holistik kanak-kanak:
- Sosioemosi
- Fizikal & Kesejahteraan Diri
- Kerohanian, Nilai & Kewarganegaraan
- Bahasa & Literasi
- Kognitif
- Kreativiti

Untuk anak-anak istimewa yang memerlukan pendekatan berbeza, dua (2) tambahan Bidang Pembelajaran khusus telah dirangka:
- Pengurusan Diri
- Kemahiran Asas Ketidakupayaan

Pembaharuan Utama Dalam Kurikulum Prasekolah 2026
Antara pembaharuan utama dalam Kurikulum Prasekolah 2026 ialah:
- Pengukuhan penggunaan dwibahasa, dengan 50% pembelajaran dalam Bahasa Melayu dan 50% dalam Bahasa Inggeris.
- Semua guru prasekolah diwajibkan mempunyai kelayakan minimum peringkat ijazah berbanding diploma sebelum ini.
- Penumpuan kepada pendidikan karakter kanak-kanak seperti nilai kasih sayang, empati, keyakinan diri, dan semangat bekerjasama.
- Pendekatan pembelajaran bersepadu berasaskan bermain yang menyeronokkan dan bermakna.
- Pengenalan teknologi dan elemen pembelajaran dunia digital.
- Intervensi isu keciciran pembelajaran bagi meningkatkan enrolmen prasekolah.
- Program intervensi malnutrisi dan pendidikan khas untuk murid berkepeluan khas.
- Latihan dan penataran guru secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan kurikulum yang efektif dan berkualiti.
Matlamat & Objektif
Kurikulum Prasekolah 2026 bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat dalam aspek fizikal, mental dan kerohanian, boleh berkomunikasi dan bersosialisasi, berkeyakinan diri dan memiliki keinginan untuk belajar.

Objektif:
- Mengurus emosi sendiri dan menyesuaikan diri dalam kehidupan seharian.
- Mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat serta menjaga keselamatan diri.
- Mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
- Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
- Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
- Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan masalah.
- Memupuk daya imaginasi dan kreativiti melalui pelbagai pengalaman pembelajaran.
- Mempamerkan sifat ingin tahu dan minat untuk meneroka perkara baharu.
- Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
- Mempamerkan keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan berani mencuba.
Tumpuan KPM Peringkat Prasekolah
KPM menumpukan 3 perkara penting bagi pembaharuan di peringkat prasekolah iaitu:
- Menangani isu keciciran pembelajaran
- Intervensi malnutrisi
- Intervensi keperluan pendidikan khas.
Sebagai contoh dalam isu keciciran pembelajaran, enrolmen prasekolah masih belum mencapai tahap 100 peratus iaitu hanya 91.7 peratus buat asa ini.
Oleh itu, KPM sedang bekerja keras bagi menggalakkan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak.
Strategi Pengajaran & Pembelajaran
Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan bagi murid prasekolah iaitu:
- Pembelajaran Berpusatkan Murid– Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
- Belajar Melalui Bermain– Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna.
- Pembelajaran Berasaskan Inkuiri – PdP berasaskan Inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada.
- Pendekatan bersepadu – Pendekatan bersepadu adalah pendekatan yang menggabung jalin dua atau lebih kemahiran yang perlu dikuasai murid dalam satu masa.
- Pendekatan Bertema – Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid.
- Pembelajaran Berasaskan Projek – Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.
- Pembelajaran Masteri – Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan untuk memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu pembelajaran sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. Dengan kata lain, pendekatan ini berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
- Pembelajaran Kontekstual – Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
- Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan – Teori ini mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang pendidikan kerana etiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain.

Bidang Pembelajaran
Bidang Pembelajaran utama dalam Kurikulum Prasekolah 2026 terdiri daripada enam bidang yang menyokong perkembangan holistik kanak-kanak:
- Sosioemosi
- Fizikal dan kesejahteraan diri
- Kerohanian, nilai & kewarganegaraan
- Bahasa & Literasi
- Kognitif
- Kreativiti & Estetika


Rujuk huraian lebih terperinci mengenai setiap bidang pembelajaran di bawah:




































































































































Penentuan Tahap Penguasaan
Penentuan Tahap Penguasaan (TP) murid dalam Kurikulum Prasekolah 2026 ditentukan berdasarkan Standard Prestasi (SPi).
Guru menilai perkembangan murid berdasarkan pencapaian kemahiran dan pengetahuan dalam enam tunjang utama kurikulum.
Rekod TP disusun mengikut Standard Prestasi yang membantu memantau pencapaian dan perkembangan murid secara holistik dalam aspek intelek, emosi, sosial, dan fizikal.

Peruntukan Waktu Pengajaran & Pembelajaran
Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran di prasekolah adalah 1,200 minit seminggu atau 240 minit sehari.
- Aktiviti Fizikal diperuntukkan masa sebanyak 150 minit seminggu dan dilaksanakan selama 30 minit setiap hari di luar bilik darjah.
- Pendidikan Islam/Pendidikan Moral diperuntukkan 120 minit seminggu. Pendidikan Islam diajar kepada murid beragama Islam agar mereka mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan harian. Manakala Pendidikan Moral diajar kepada murid yang bukan beragama Islam untuk membentuk perlakuan yang baik dalam kehidupan harian mereka.
- Pembelajaran Bersepadu diperuntukkan 900 minit seminggu. Pembelajaran Bersepadu merangkumi Perbualan Awal, Rehat, Aktiviti Penutup dan Aktiviti Pembelajaran yang dijadikan rutin di kelas prasekolah dan dilaksanakan setiap hari.
- Masa yang diperuntukkan untuk Baca Bersama ialah 30 minit seminggu. Baca Bersama bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti menarik seperti membaca buku cerita, mendengar cerita, bercerita berdasarkan buku yang dibaca dan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti melukis atau membuat lakonan berdasarkan cerita.

Muat Turun Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 [PDF]
Dokumen rasmi Kurikulum Prasekolah 2026 telah disediakan dan boleh diakses umum melalui Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Untuk mendapatkan dokumen lengkap Kurikulum Prasekolah 2026, ibu bapa, guru, dan pihak berkepentingan boleh melayari laman rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum di https://bpk.moe.gov.my/kurikulum/prasekolah2026
Atau, muat turun Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 PDF di bawah:
Apa yang Guru Perlu Tahu Mengenai Kurikulum Prasekolah 2026?
“Mulai tahun 2026, pendidikan awal kanak-kanak Malaysia akan memasuki fasa baharu yang lebih menyeluruh dan berpandangan jauh. Perubahan ini bukan sekadar kosmetik – tetapi menyentuh cara kita melihat anak-anak kecil sebagai insan yang sedang berkembang dalam dunia yang pantas berubah.
Kenapa perlu perubahan? Dunia semakin kompleks
Kanak-kanak hari ini membesar dengan teknologi
Keperluan emosi, sosial dan rohani semakin penting
Aspirasi Malaysia MADANI
Matlamat Kurikulum Baharu:
Melahirkan anak prasekolah yang sihat tubuh dan jiwa, yakin diri, ada nilai, ingin tahu dan suka belajar. Bukan hanya pintar membaca dan mengira, tapi “seimbang dari semua sudut.”
Apa yang baru?
Fokus kepada Kompetensi Murid – bukan hanya pengetahuan, tapi bagaimana mereka BERFIKIR, BERKOMUNIKASI dan MENGURUS DIRI.
8 Bidang Pembelajaran Teras: Sosioemosi
Fizikal & Kesejahteraan
Nilai, Agama & Kewarganegaraan
Bahasa & Literasi (BM, BI, Cina, Tamil)
Kognitif (Sains, Matematik, Digital)
Kreativiti & Estetika
Pengurusan Diri
Pendidikan Khas (Bahasa Isyarat, Braille, Orientasi Mobiliti)
Pengajaran lebih fleksibel – menggalakkan bacaan bersama, aktiviti fizikal, ekspresi seni dan pendekatan yang menyeronokkan.
Apa maksudnya untuk guru?
Guru kini perlu jadi fasilitator yang membimbing murid: Kenal emosi mereka
Bina kemahiran sosial
Galakkan kreativiti
Bentuk semangat ingin tahu
Didik anak menjadi warganegara bertanggungjawab
“IT TAKES A VILLAGE TO RAISE A CHILD.”
Kurikulum ini bukan hanya tanggungjawab guru – tapi usaha bersama keluarga, komuniti dan negara “
Kredit: Jameyah Sheriff
Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini Kurikulum Prasekolah 2026 di portal rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum melalui pautan berikut: http://bpk.moe.gov.my.
Soalan Lazim Kurikulum Prasekolah 2026
Kurikulum baharu yang mula dilaksanakan pada 2026 dengan fokus kepada perkembangan holistik kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan dwibahasa, pembentukan karakter, dan pembelajaran bersepadu berasaskan bermain.
Guru prasekolah diwajibkan mempunyai kelayakan ijazah minimum bagi memastikan pengajaran berkualiti.
Menekankan penggunaan 50% Bahasa Melayu dan 50% Bahasa Inggeris, pendidikan nilai dan karakter, serta pembangunan kemahiran abad ke-21 seperti kreativiti, pemikiran kritis dan teknologi.
Bidang Pembelajaran utama dalam Kurikulum Prasekolah 2026 terdiri daripada enam bidang yang menyokong perkembangan holistik kanak-kanak:
Sosioemosi
Fizikal dan kesejahteraan diri
Kerohanian, nilai & kewarganegaraan
Bahasa & Literasi
Kognitif
Kreativiti & Estetika
Kurikulum ini menyediakan intervensi dan penyediaan pendidikan khas supaya inklusif untuk semua murid.
Melahirkan modal insan seimbang, berdaya saing, dan beretika dari usia awal.
Kurikulum Prasekolah 2026 akan mula dilaksanakan bermula Januari 2026.




