Rakyat Selangor yang berumur 50 tahun dan keatas atau OKU adalah layak untuk menerima Khairat Darul Ehsan (KDE) yang boleh dipohon menerusi https://kde.yawas.com.my/.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif ini.
Mengenai Khairat Darul Ehsan
Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan meringankan beban waris.
Sebelum ini, bantuan khairat kematian disalurkan menerusi beberapa program berasingan seperti Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan INSAN.
Kini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif KDE yang menawarkan manfaat khairat kematian di bawah satu inisiatif yang sama.
Menerusi KDE, waris akan menerima pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor.
Sumbangan KDE ini adalah bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.

Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk memohon KDE ini adalah seperti berikut:
- Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS atau di pautan https://kde.yawas.com.my/
- Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon masih hidup. Tiada permohonan selepas kematian.
Selain itu, pemohon mestilah memenuhi syarat permohonan berikut:
1- Kategori 50 Tahun ke Atas
- Berusia 50 tahun ke atas (mengikut tarikh kelahiran) dan masih hidup.
- Warganegara Malaysia.
- Mengundi dan menetap di Negeri Selangor.
2- Insan Istimewa (OKU)
- Pemegang kad OKU JKM dan tiada had umur.
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon berusia 18 tahun ke atas perlu mengundi dan menetap di Negeri Selangor.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR waris sekiranya pemohon berusia 18 tahun ke bawah sewaktu permohonan.
- Pemohon bawah 18 tahun ibu/bapa/penjaga perlu mengundi dan menetap di Negeri Selangor.

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi Portal KDE iaitu https://kde.yawas.com.my/.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat pendaftaran adalah seperti berikut:
1- Kategori 50 tahun ke atas
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pewaris
- Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR
- Surat Akuan Sumpah jika pewaris bukan dikalangan keluarga terdekat (rujuk Senarai Keluarga Terdekat)
2- Insan Istimewa (OKU)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Pewaris
- Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR pemohon sekiranya berusia 18 tahun ke atas sewaktu permohonan
- Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR waris sekiranya pemohon berusia 18 tahun ke bawah sewaktu permohonan
- Salinan Kad OKU
- Surat Akuan Sumpah jika pewaris bukan dikalangan keluarga terdekat (rujuk Senarai Keluarga Terdekat)
Cara Membuat Tuntutan Khairat
Untuk membuat tuntutan, sila ikuti cara berikut:
- Waris hendaklah membuat tuntutan secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS dan laman sesawang https://kde.yawas.com.my/.
- Waris merupakan nama berdaftar di dalam sistem Khairat Darul Ehsan.
- Tempoh masa tuntutan khairat kematian adalah 6 bulan dari Tarikh kematian.
- Tuntutan melewati tarikh yang ditetapkan dikira TIDAK LAYAK.
- Pembayaran akan dibuat terus ke akaun waris yang berdaftar.
Soalan Lazim
KDE adalah singkatan kepada Khairat Darul Ehsan adalah satu lagi inisiatif yang bertujuan untuk memberikan sumbangan khairat kematian kepada pewaris golongan yang berusia 50 tahun dan ke atas dan juga kepada golongan OKU tanpa mengira had umur.
Khairat Kematian berjumlah RM1000.00. Selepas ahli yang berdaftar meninggal dunia, pewaris yang layak akan menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1000.
Tidak. Program KDE dan Program SMUE adalah adalah program yang berbeza.
Pendaftaran baru untuk KDE bermula pada 01 Jun 2025.
Tidak. Pemohon harus menetap dan pengundi Negeri Selangor.
Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KDE https://kde.yawas.com.my/
Tidak. Program KDE dan Program Skim mesra adalah program yang berlainan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Khairat Darul Ehsan, sila layari laman web https://kde.yawas.com.my/.




