KGT Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas RM100 (KGT) untuk penjawat awam mulai Januari 2023

TERKINI : Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam – PM Anwar

Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan ini yang dibentangkan dalam Mini Belanjawan / Bajet Mini 2023.

kgt
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, 19 Disember 2022. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Kenaikan Gaji Tahunan (KGT Tambahan) Khas RM100 Penjawat Awam 2023

Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari 2023.

Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180.

Kenaikan ini bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Tarikh Bayaran

Mulai 1 Januari 2023

Pelaksanaan

  • Gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 + KGT Tambahan Khas (RM100) pada 1 Januari 2023
  • Amaun gaji tersebut kekal dalam gaji hakiki pegawai
  • KGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja
  • Pemberian KGT Tambahan Khas tidak mengubah Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) dan Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai, tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa

Pegawai Yang Layak Menerima KGT Tambahan

  • Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service), dan;
  • Telah dilantik sebelum 1 Januari 2023 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2023

Kaedah Pemberian

Berikut adalah contoh kaedah pemberian KGT Tambahan Khas bagi pegawai penjawat awam yang layak:

Baca penerangan penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung KGT Tambahan ini:

PEMBERIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) TAMBAHAN KHAS KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DALAM KUMPULAN PELAKSANA DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 (PP Bil. 2/2022)

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pada 1 Januari 2023.

KGT Tambahan Khas hanya diberi pada tahun 2023 sahaja.

kenaikan gaji tambahan kgt 2023
kenaikan gaji tambahan kgt 2023
kenaikan gaji tambahan kgt 2023

MUAT TURUN PEKELILING PERKHIDMATAN BULANGAN 2 TAHUN 2022 : https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2022/pp022022.pdf

Maklumat Lanjut

Rujukan:

Muat turun PP Bil. 2/2022 dan soalan lazim di pautan https://tinyurl.com/2ddasak7.

Emel pertanyaan: [email protected]

Facebook : Jabatan Perkhidmatan Awam 

Selain KGT Tambahan ini, Kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.

Sila baca artikel berikut untuk maklumat lanjut: Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2023)

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!