Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mulai Disember 2024

Kerajaan telah umumkan kenaikan gaji sehingga 15% untuk semua penjawat awam persekutuan mulai Disember 2024. Pengumuman khas dan perincian mekanisme pengiraannya yang berkaitan dengan kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam ini akan dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

@ecentral.my

Kenaikan gaji penjawat awam 2024 bermula 1 Disember ni! Naik 15% tu. Rekod kenaikan gaji tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita. #penjawatawam #gajipenjawatawam #gajipenjawatawam2024 #kakitangankerajaan

♬ Full Senyum Sayang – Evan Loss

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja nanti. Ini adalah hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Sebelum ini dalam Bajet 2023, Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

gaji penjawat awam naik 2024 kenaikan disember 2024
Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan gaji yang bakal diumumkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2024.

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 – Mulai Disember

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember 2024.

Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambah beliau lagi, ia kenaikan paling baik dalam negara. Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

gaji penjawat awam kenaikan 2024
Sumber infografik : Jabatan Penerangan WPKL
Sumber infografik : Jabatan Penerangan WPKL
Sumber video: BERNAMA

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Datuk Seri Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini telahpun dibuat pada Februari lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

[TERKINI] MAPPA 2024: Pengumuman Rasmi Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Berdasarkan maklumat terkini, pengumuman rasmi mengenai kenaikan gaji ini akan dibuat semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

MAPPA 2024: Pengumuman Rasmi Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Beberapa perkara penting mengenai kenaikan gaji ini adalah:

  1. Kenaikan gaji dijangka melebihi 13 peratus.
  2. Ia akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
  3. Kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM10 bilion.
  4. Bagi penjawat awam kategori rendah, kenaikan gaji dianggarkan mencecah antara 20 hingga 40 peratus.
  5. Sistem kenaikan gaji ini akan menggunakan pendekatan yang lebih adil, di mana penjawat awam berpangkat rendah akan menikmati kenaikan yang lebih tinggi berbanding mereka yang berpangkat tinggi.
  6. Sebelum pengumuman rasmi pada MAPPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyantuni penjawat awam di setiap negeri untuk mendapatkan maklum balas dan membuat penyesuaian jika perlu.
  7. Perincian lengkap mengenai kenaikan gaji ini dijangka akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kenaikan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, serta membolehkan mereka hidup dengan lebih selesa

Beliau juga menjelaskan bahawa pengumuman ini tidak berkaitan dengan mana-mana pilihan raya kecil, sebaliknya merupakan keputusan yang telah dirancang sejak awal tahun.

Disamping itu, JPA turut menyeru penjawat awam meningkatkan prestasi dan kualiti kerja sejajar kenaikan gaji baharu nanti.

BACA JUGA:

Bantu kami share artikel ini: