Murid yang belajar subjek Bahasa Melayu perlulah mengetahui asas pembelajaran subjek ini iaitu Kata Tunggal.
Berikut adalah takrifan kata ini beserta bentuk dan contohnya.
Takrifan Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan.
Kata ini juga merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan tersebut.
Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan ini boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.
Kebanyakan kata ini boleh diperluaskan untuk membentuk kata terbitan, tetapi kata tunggal seperti ini, itu, sini, situ dan sana tidak boleh diperluas lagi.
Bentuk Kata Tunggal
Terdapat beberapa bentuk kata ini yang melibatkan V-Vokal dan K-Konsonan:
i) Satu Suku Kata
Satu suku kata dalam bahasa melayu amat terhad dan ada antaranya merupakan kata pinjaman dari bahasa asing.
Contoh kata ini bagi satu suku kata adalah seperti berikut:
Suku Kata | Contoh Perkataan |
KV | ya, yu, ru |
VK | am |
KVK | tin, lap, bah, cap |
KKVK | draf, krim, stor |
KVKK | zink, bank, golf |
KKKV | skru |
KKKVK | straw, skrip |
ii) Dua Suku Kata
Dua suku kata banyak terdapat di dalam Bahasa Melayu.
Antara pola kata ini bagi dua suku kata adalah seperti berikut:
Suku Kata | Contoh Perkataan |
V + KV | ibu, ini, apa |
V + VK | aur, ais, aib |
V + KVK | ubat, acah, alat |
VK + KV | inti, undi, asli |
VK + KVK | anjung, uncang, akrab |
KV + V | dua, tua, gua |
KV + VK | biar, liat, buat |
KV + KV | laga, bapa, saya |
KV + KVK | pulut, surut, karut |
KVK + KV | tangki, pintu, tunggu |
KVK + KVK | tunggal, lantai, santai |
iii) Tiga Suku Kata
Sebahagian besar kata ini bagi tiga suku kata dalam bahasa melayu merupakan kata pinjaman.
Ini kecil bilangannya namun mempunyai pola susunan konsonan dan vokal yang pelbagai seperti contoh berikut:
Suku Kata | Contoh Perkataan |
KV + V + KV | buaya, niaga, biasa |
KV + V + KVK | ziarah, siasat |
V + KV+ V | idea, usia |
KV + KV + V | deria, mulia |
KVK + KV + V | rahsia, rumbia |
KV + KV + VK | haluan, sekian |
KVK + KV + VK | manfaat, lengkuas |
V + KV + KV | azali, udara |
V + KV + KVK | ibarat, akibat |
VK + KV + KV | almari, istana |
KV + KV + KV | seteru, budaya |
KVK + KV + KV | bestari, misteri |
VK + KV + VK | ilmiah, ikhtiar |
V + KV + VK | akaun, amaun |
KV + KV + KVK | selaput, kelawar |
KVK + KV + KVK | mahkamah, sembilan |
KV + KVK + KV | terumbu, kelambu |
KVK + KVK + KV | sempurna |
KV + KVK + KVK | kelompok, pelantar |
iv) Empat Suku Kata
Bentuk ini amat kecil bilangannya dan kebanyakannya adalah kata pinjaman.
Suku Kata | Contoh Perkataan |
KVK + KV + VK + KV | biduanda, keluarga |
KV + KVK + KV + KV | bijaksana, peristiwa |
KVK + KV + KV + KV | bendahari, sandiwara |
KVK + KV + V + KV | sentiasa |
KV + KV + KV + KV | samudera, selesema |
KV + KV + KV + KVK | muzakarah, kapitalis |
KVK + KV + KV + KVK | sentimeter |
KVK + KVK + KV + KV | dispensari, singgahsana |
KV + KV + V + KVK | mesyuarat, nasional |
V + KV + KVK + KV + KV | universiti |
KVK + KV + KV + KV + KVK | kosmopolitan |
KV + KV + KV + KV + KV + KV | maharajalela |