Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021: Lebih 5500 Peluang Kerjaya Ditawarkan

Baru dibuang kerja kerana pandemik COVID-19? Mahu mencari peluang kerjaya yang lebih baik? Pendaftaran untuk Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans sudah dibuka!

Pandemik COVID-19 menyaksikan ramai yang terkesan teruk da ramai rakyat yang terjejas pendapatan mereka kerana pengurangan gaji mahupun dibuang pekerjaan.

Setelah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan dan kelonggaran SOP dilakukan, keadaan ekonomi rakyat dijangka lebih baik kerana kedai-kedai perniagaan sudah boleh beroperasi seperti dahulu.

Maklumat program

Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans ini merupakan anjuran PERKESO Negeri untuk semua warganegara Malaysia dan khusus bagi rakyat Malaysia yang menetap di Melaka.

Khusus buat penduduk negeri Melaka memandangkan syarikat-syarikat yang menyertainya serta peluang kerjaya yang ditawarka adalah di Melaka namun bagi yang tidak kisah untuk berpindah dan kerja di Melaka, anda amat dialu-alukan untuk menyertai karnival ini.

  • Program: Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021
  • Tarikh: 16 Oktober
  • Masa: 9 pagi – 5 petang
  • Kekosongan kerja: 5,500 jawatan
  • Penganjur: PERKESO Melaka
  • Kaedah temuduga: Atas talian

Poster rasmi program

Temuduga secara online

Karnival yang dijalankan secara digital ini akan disertai oleh puluhan syarikat yang mempunyai peluang kerjaya untuk direbut oleh mereka yang melepasi temuduga yang dijalankan.

Peluang kerjaya sebanyak 5,500 kekosongan jawatan boleh dipohon untuk pelbagai tahap kerjaya dan mereka yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga secara online!

Cara penyertaan

Bagi anda yang mencari peluang pekerjaan dan berminat untuk menyertai karnival digital ini, anda mestilah membuat pra-pendaftaran dengan mengisi borang secara online yang disediakan.

Bagi yang berminat, sila isikan maklumat yang dikehendaki dalam borang PRA-PENDAFTARAN KARNIVAL KERJAYA DIGITAL MELAKA CAREERTRANS 2021.

Setelah mengisi maklumat yang dikehendaki, sila klik butang SUBMIT di penghujung borang tersebut

Pertanyaan dan persoalaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan sebarang maklumat lanjut mengenai Karnival Kerjaya Digital Melaka Careertrans 2021 ini, boleh menghubungi mereka melalui kaedah di bawah:

  • Private mesej di Facebook page PERKESO Melaka
  • Hubungi pegawai bertugas di talian 03-251 6888
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!