Inisiatif Belia Berniaga: Bantuan Modal RM15,000 Oleh Majlis Belia Malaysia

Berita baik untuk golongan belia, anda kini boleh memohon Inisiatif Belia Berniaga yang menawarkan modal sehingga RM15,000!

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) menawarkan kepada mana-mana golongan belia yang berminat untuk menambah pendapatan dan mengukuhkan ekonomi melalui inisiatif yabg ditawarkan oleh MBM melalui sektor perniagaan modal mampu milik.

Baca juga: Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 Mulai Januari 2021 & Cara Semak Status

Inisiatif Belia Berniaga Oleh MBM

Bagi sesiapa yang memerlukan bantuan modal permulaan, MBM akan membantu melalui agensi berkaitan.

Bantuan modal ditawarkan bagi perniagaan bentuk:

  • Stokis – Modal RM3,000
  • Payung/ Gerai – Modal RM3,000
  • Motosikal Roda 3 – RM10,000
  • Food Truck – Modal RM15,000
  • Kursus Asas Keusahawanan
  • dan lain-lain

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca juga: i-Sinar Kategori 2: Cara Permohonan, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

Borang Permohonan Inisiatif Belia Berniaga

Jika anda berminat, boleh rujuk pada poster dan untuk mendaftar boleh imbas QR Code pada poster atau boleh klik pada pautan ini untuk mengisi borang: http://bit.ly/InisiatifBeliaBerniaga

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr. Syed Osman Mohamed, Pengerusi MFREN di talian 016-381 3448 atau Sdr. Saiful Bahari, Sekretariat MBM di talian 013-398 5857.

Tentang Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik.

Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut tentang Majlis Belia Malaysia, sila layari http://belia.org.my/ atau Facebook Majlis Belia Malaysia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!