Semakan myPDPP: Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 (One-Off)

TERKINI: SEMAKAN KEPUTUSAN MYPDPP 2021 (CoS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk
memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara di Portal myPdPP.

myPdPP dibangunkan bagi membolehkan permohonan PDPP dilaksanakan secara atas talian.

Semua permohonan adalah tertakluk kepada dasar kepentingan di Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi tanggungjawab individu pemohon untuk memastikan sebarang maklumat yang dikemas kini adalah tepat, sahih, terkini dan diteliti sebelum permohonan dibuat.

Rujuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (Guru Kontrak)

1.1. Nama jawatan:
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

1.2. Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:
A. Sekolah Kebangsaan (SK);
B. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan
C. Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional).

MAKLUMAT JAWATAN

1) Jawatan/ Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service);

2) Gaji permulaan RM 2,188.00;

3) Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016; dan

4) Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.

Rujuk opsyen dalam lampiran di bawah:

semakan mypdpp
semakan mypdpp
semakan mypdpp

Syarat Permohonan PPP Gred DG41 (Pengambilan Guru Kontrak)

Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 (Contract Of Service):

1) Syarat kelayakan asas:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Sihat tubuh badan;

iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Awam (UA)/ Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam opsyen berkaitan sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK/ CGPA minimum 2.50;

iv. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan;

v. Bagi opsyen Bahasa Inggeris, perlu mencapai sekurangkurangnya Band C1 dalam piawaian Common European Framework of Reference (CEFR) atau Band 5 dalam peperiksaan Malaysian University English Test (MUET);

vi. Bagi pemohon semua opsyen di SJKC (kecuali Bahasa Melayu/ Pendidikan Islam/ Bahasa Inggeris) perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Cina di peringkat SPM;

vii. Bagi pemohon opsyen Tahfiz, perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; dan

viii. Bagi pemohon opsyen Bahasa Semai calon perlulah:
a) Memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Semai; atau
b) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi penutur asli (native speaker) dalam bahasa tersebut; atau
c) Memiliki kelulusan bukan dalam bidang Bahasa Semai tetapi mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa tersebut.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

a) Calon yang sedang berkhidmat secara tetap dengan Kerajaan Malaysia tidak layak memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 (Contract of Service);

b) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah kelolaan KPM;

c) Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut;

d) Calon yang diisytiharkan bankrap;

e) Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; dan

f) Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/ penyalahgunaan dadah/ ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Baca juga: Kerja Kosong UiTM Terkini 2021 (Jawatan Akademik & Pentadbiran)

Cara Permohonan Pengambilan Khas Guru Kontrak DG41 One-off Melalui myPDPP

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari portal IPGM di alamat: https://mypdpp.moe.gov.my mulai 27 September 2021 (Isnin); dan

b) Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Rujuk iklan penuh di bawah:

Semakan Keputusan myPDPP

Ramai yang tertunggu-tunggu bila keputusan akan diumumkan.

Berikut adalah maklumbalas kenyataan IPGM berkenaan tarikh semakan keputusan myPDPP, iaitu pada awal atau pertengahan Disember.

Semoga boleh dijadikan panduan keputusan temu duga Guru DG41 (CoS).

mypdpp

Baca juga: KWSP Bakal Lancar Skim i-Sayang Awal Tahun 2022 Ini

Maklumat Lanjut

Sila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan teknikal:

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR (PHEP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
No Telefon Pejabat : 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
emel : [email protected]

No Fax : 03-8312 6655

Sila hubungi saluran berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan Program CoS Tahun 2021

UNIT AMBILAN GURU
CAWANGAN PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Blok E12 Aras 2-5, 13-14
Kompleks E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya
No Telefon : 03 8884 7720/ 7724/ 7145

No Fax : 03-8888 6282

Laman web : https://mypdpp.moe.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: