Ikan Bilis Mata Biru : Gred, Harga & Keistimewaannya

ikan bilis mata biru
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ikan bilis mata biru adalah sejenis ikan bilis yang cukup popular terutama di Pulau Pangkor dan beberapa kawasan lain di Malaysia.

Bagi anda yang tidak mengenali ikan bilis jenis ini, berikut kami kongsikan dengan anda penerangan lengkap mengenai ikan bilis ini seperti gred, harga, keistimewaan dan lain-lain. 

Apa Itu Ikan Bilis Mata Biru?

Ikan bilis mata biru merupakan sejenis ikan bilis yang dinamakan sedemikian kerana mempunyai mata yang berwarna biru. Ia bersaiz kecil, sekitar 1 cm panjang, dan unik kerana tidak bertulang dan tidak mempunyai perut seperti ikan bilis biasa.

Ikan bilis ini berasal dari laut sekitar Pulau Pangkor dan kawasan sekitarnya seperti Lumut dan Manjung. Namun begitu, anda juga boleh mendapatkan ikan bilis jenis ini di Sabah dan Kedah, cumanya kualiti yang diperoleh mungkin tidak sama berbanding jika anda beli di Pulau Pangkor. 

Keunikan ikan bilis ini menjadikan ia pilihan utama rakyat tempatan terutama peniaga-peniaga di Malaysia. Hal ini kerana ia memudahkan kerja pembersihan dan dalam masa yang sama rasanya sangat rangup berbanding ikan bilis yang lain, apabila ia digoreng. 

ikan bilis mata biru

Gred & Harga Ikan Bilis Mata Biru

Untuk pengetahuan anda, ikan bilis mata biru ini mempunyai gred yang berbeza-beza mengikut saiz, kesegaran dan kualitinya. Berikut adalah gred-gred tersebut:

  • Gred A
    • Gred tinggi, biasanya dijual sekitar RM40 sekilogram.
  • Gred B
    • Gred biasa, harga lebih rendah berbanding gred A.
  • Gred Premium / 5A / 3A
    • Gred premium yang lebih rangup, segar, manis dan kurang masin, dengan saiz sederhana hingga besar (3.5-5 cm untuk yang dikupas), harga boleh mencecah sehingga RM200 sekilogram.

*NOTA: Harga gred rendah bermula sekitar RM20 sekilogram, manakala gred premium boleh mencecah RM70 hingga RM200 sekilogram bergantung pada kualiti dan saiz.

ikan BILIS mata biru
Sumber: BERNAMA

Keistimewaan & Keunikannya

Untuk pengetahuan anda ikan bilis jenis ini merupakan antara buah tangan pilihan utama dalam kalangan rakyat malaysia dan pelancong luar sewaktu bercuti di Pulau Pangkor, dan ini adalah sebab-sebab mengapa ia menjadi pilihan utama:

  • Tidak Perlu Dikupas: Berbeza dengan ikan bilis biasa, ikan bilis jenis ini tidak perlu dikopek sebelum dimasak, menjadikannya lebih mudah digunakan.
  • Rasa: Ikan bilis jenis ini mempunyai rasa yang kurang masin berbanding ikan bilis biasa, tidak liat dan sangat rangup apabila digoreng.
  • Tekstur: Rangup dan tidak liat, sesuai untuk dimakan begitu sahaja atau dijadikan sambal tumis, perencah masakan, atau dimakan bersama nasi lemak.
  • Proses Penangkapan dan Pengolahan: Ikan ini direbus sekejap selepas ditangkap untuk mengurangkan rasa masin, kemudian dikeringkan secara mesin selama 10 jam dan digredkan mengikut saiz.
  • Ketahanan: Ikan bilis mata biru boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk, sehingga lebih sebulan tanpa menjejaskan kualiti dan rasa.

Sumber: Orang Perak

Baca juga: Ayam Kampung : Khasiat & Perbezaan Dengan Ayam Biasa

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut