iClean Selangor: Cara Lupuskan Sampah Pukal / Barang Terpakai

Bagi penduduk yang menetap di Selangor, kini lebih mudah anda hendak melupuskan barangan terpakai seperti tilam, perabut, perkakasan elektrik dan seumpamanya dengan aplikasi iClean Selangor.

Elakkan membuang barang-barangan bersaiz besar yang tidak digunakan lagi di tempat yang tidak sepatutnya dan jadilah rakyat Selangor yang bertanggungjawab dengan menggunaka perkhidmatan iClean Selangor yang percuma ini.

Ya, perkhidmatan mengutip barangan di rumah anda yang hendak dilupuskan ini sememangnya percuma dan anda hanya perlu menghantar info kepada pihak pengurusan iClean Selangor sahaja dan mereka akan datang ke rumah anda.

Apa itu iClean Selangor?

iClean Selangor

Secara mudahnya, iClean Selangor adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengutip barang-barang besar yang ingin dilupuskan oleh penduduk yang tinggal di Selangor.

Perkhidmatan ini dikatakan telah diwujudkan sejak tahun 2016 sebelum sepi seketika namun kita dikatakan telah kembali aktif memungut barang-barang yang ingin dilupuskan.

Perkhidmatan ini diurus dan dikendalikan oleh syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) yang ditubuhkan dengan objektif untuk menguruskan pengumpulan sampah domestik dan perkhidmatan pembersihan awam di Selangor.

Syarikat ini menawarkan khidmat ini kepada kesemua 12 kawasan perbandaran/bandaraya berikut:

  1. Majlis Perbandaran Klang (“MPK”)
  2. Majlis Perbandaran Selayang (“MPS”)
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (“MPAJ”)
  4. Majlis Perbandaran Kuala Langat (“MPKL”)
  5. Majlis Perbandaran Kajang (“MPKj”)
  6. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (“MBPJ”)
  7. 7) Majlis Perbandaran Sepang (“MPSp”)
  8. 8) Majlis Daerah Hulu Selangor (“MDHS”)
  9. 9) Majlis Daerah Sabak Bernam (“MDSB”)
  10. 10) Majlis Daerah Kuala Selangor (“MDKS”)
  11. 11) Majlis Bandaraya Subang Jaya (“MBSJ”)
  12. 12) Majlis Bandaraya Shah Alam (“MBSA”)

Sejak 2019, KDEBWM diberi kepercayaan untuk menguruskan pengumpulan sampah domestik dan sampah besar di Industri, Komersial dan Institusi (ÏCI “) serta pembersihan taman awam.

Cara menggunakan perkhidmatan iClean Selangor

Untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Muat turun plikasi iClean Selangor terlebih dahulu
  2. Log masuk akaun. Untuk pengguna baru, sila daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Pilih jenis aduan dan sub-aduan
  4. Muat naik gambar berkaitan aduan yang dibuat

Pihak KDEBWM kemungkinan akan menelefon anda terlebih dahulu sebelum datang mengutip barang-barang yang ingin dilupuskan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!