GETS 4.0 – Program Graduates Enhancement Training Sarawak 2022

Pelancaran Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS) 4.0 adalah sejajar dengan strategi kerajaan Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 bagi mempromosikan program latihan industri atau ‘internship’ kepada semua graduan di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, GETS 4.0 memainkan peranan penting dalam memupuk kepimpinan digital dan budaya penerapan teknologi pada masa kini bagi setiap graduan.

“Oleh itu, saya menyeru anak muda terutamanya graduan kita untuk mengambil peluang menerusi agenda digitalisasi di Sarawak.

“Saya percaya program GETS 4.0 berperanan penting dalam menanamkan budaya penerapan teknologi dan penyelesaian digital sekaligus mengadaptasi kemahiran tersebut dalam proses kerja kita,” katanya semasa Majlis Pelancaran GETS 4.0 secara maya menerusi aplikasi Zoom pada Rabu.

Tambah Datuk Patinggi Abang Zohari, beliau berbangga dengan program itu memberikan tumpuan khusus dari segi kecekapan digital melalui latihan pekerjaan dalam usaha mencapai status Revolusi Industri 4.0.

“Saya menjangkakan bahawa budaya bekerja dari rumah dan jadual kerja yang fleksibel akan menjadi pilihan dalam peringkat endemik COVID-19.

“Justeru, organisasi perlu memberikan lebih banyak latihan berkenaan teknologi untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran budaya kerja baharu dalam mengekalkan produktiviti,” ujarnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini untuk makluman bersama.

Apakah GETS 4.0?

Program Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS) 4.0 adalah sebuah peluang bina kerjaya dan mendapatkan kemahiran bekerja serta menjana elaun bulanan RM1500 sebulan buat graduan.

gets 4.0
gets 4.0

Di bawah program ini, graduan berpeluang mendapatkan kemahiran kerja dan latihan dengan kerajaan, GLC dan Agensi Swasta.

Selain itu, antara manfaatnya termasuklah:

  • 12 bulan On The Job Training
  • Elaun bulanan RM1,500
  • Soft Skills training disediakan

Syarat Kelayakan

  • Terbuka untuk pemegang Ijazah Sarjana Muda (Degree) / Master
  • PNGK 2.6 dan ke atas
  • Umur 23 hingga 35 tahun
  • Khas untuk anak kelahiran Sarawak
gets 4.0

Baca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

Cara Memohon GETS 4.0

Adakah anda berminat untuk menyertai program ini?

Jika ya, sila scan kod QR dalam poster di atas atau terus ke pautan berikut untuk menghantar resume dan sijil akademik :

https://forms.gle/Twq3zs7B2cihosLy7

Baca juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

082-231230

ATAU

E-mail kepada sekretariat SCOPE di : [email protected] / [email protected]

Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE),
Tingkat 1, Bangunan Yayasan Sarawak
Jalan Masjid, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia

Sumber: EDISI UKAS, Sarawak Centre of Performance Excellence

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!