Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pembukaan permohonan bagi Geran Tahun Melawat Selangor 2026 telah dibuka melalui pautan https://forms.gle/F2uGnrogTgQgRt4a7.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai geran ini.

Mengenai Geran Tahun Melawat Selangor 2026
Geran Tahun Melawat Selangor diwujudkan bagi menyokong dan memperkukuh pelaksanaan kempen Tahun Melawat Selangor 2026.
Untuk tahun 2026, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dengan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk pemberian geran ini.
Bagi permohonan geran ini, permohonan ini terbuka kepada penganjuran program/acara berunsur pelancongan termasuk Travel Fair (B2C) serta niche seperti Golf, Medical, Cruise Tourism dan MICE.
Pemohon yang berjaya adalah mereka yang mengemukakan cadangan program yang berimpak tinggi dan berdaya saing dalam menyumbang kepada pembangunan ekosistem pelancongan negeri.
Keutamaan akan diberikan kepada program yang memberi impak sosioekonomi di peringkat domestik melalui penglibatan pelbagai pihak atau program yang dianjurkan di Selangor dengan penglibatan pelancong serta agensi antarabangsa.
Objektif Geran
Objektif geran ini diperkenalkan adalah seperti berikut:
- Menyemarakkan sektor pelancongan di Negeri Selangor bersempena Tahun Melawat Selangor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Mempergiatkan lagi penganjuran program/acara pelancongan sepanjang Tahun Melawat Selangor 2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Memastikan industri pelancongan terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada pihak swasta serta penggiat industri untuk mempromosi dan meletakkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.
- Menjalinkan kerjasama yang kolektif antara Kerajaan Negeri Selangor bersama pihak swasta serta penggiat industri pelancongan dalam menjayakan Tahun Melawat Selangor 2026.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 4 Mei 2026 hingga 31 Oktober 2026, dengan peruntukan ini dijangka memanfaatkan sehingga 59 program dan acara pelancongan di seluruh negeri.
Jumlah Tuntutan
Jumlah amaun tuntutan bayaran semula (reimbursement) bagi penganjuran program/acara adalah bermula daripada RM 3,000.00 (kadar siling minimum) sehingga RM 20,000.00 (kadar siling maksimum).
Kategori Permohonan
Geran ini terbuka kepada empat kategori pemohon iaitu syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak menerima peruntukan promosi daripada kerajaan, anak syarikat di bawah kerajaan negeri, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Untuk memenuhi pelbagai skala penganjuran, geran ini dibahagikan kepada lima kategori:
- Geran Selangor Kan Ada – RM20,000
- Geran Pusing Selangor Dulu – RM3,000
- Geran Discover Selangor – RM5,000
- Geran Splendid Selangor – RM10,000
- Geran Surprising Selangor – RM15,000
Pengajuran Yang Dibenarkan / Tidak Dibenarkan
Penganjuran program yang dibenarkan dan digalakkan adalah seperti berikut:
- Program/Acara yang mempunyai elemen pelancongan.
- Pameran Pelancongan (Travel Fair) berasaskan Business to Consumer (B2C) yang memfokuskan penjualan pakej Negeri Selangor sahaja.
- Program/Acara Minat Khas (Niche) iaitu:
– Golf Tourism
– Medical Tourism
– Cruise Tourism
– MICE
Penganjuran yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
- Penerbitan video/dokumentari/bahan promosi berbentuk video atau seumpamanya.
- Bengkel/mesyuarat/konvensyen/seminar/persidangan/ insentif.
Namun, penganjuran program yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:
- Mempromosikan produk/ tempat SAHAJA tanpa ada program/acara yang dianjurkan.
- Familiarisation Trip (FAMTRIP) tidak dibenarkan.
- Pembangunan aplikasi/kandungan/laman web.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/F2uGnrogTgQgRt4a7 dan pemohon perlu menyediakan kertas cadangan.
Soalan Lazim
Geran Tahun Melawat Selangor diwujudkan bagi menyokong dan memperkukuh pelaksanaan kempen Tahun Melawat Selangor 2026 bagi penganjuran program/acara berunsur pelancongan termasuk Travel Fair (B2C) serta niche seperti Golf, Medical, Cruise Tourism dan MICE.
Permohonan dibuka mulai 4 Mei 2026 hingga 31 Oktober 2026.
– Geran Selangor Kan Ada – RM20,000
– Geran Pusing Selangor Dulu – RM3,000
– Geran Discover Selangor – RM5,000
– Geran Splendid Selangor – RM10,000
– Geran Surprising Selangor – RM15,000
– Program/Acara yang mempunyai elemen pelancongan.
– Pameran Pelancongan (Travel Fair) berasaskan Business to Consumer (B2C) yang memfokuskan penjualan pakej Negeri Selangor sahaja.
– Program/Acara Minat Khas (Niche) iaitu:
a) Golf Tourism
b) Medical Tourism
c) Cruise Tourism
d) MICE
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/F2uGnrogTgQgRt4a
Info Lanjut
Untuk info lanjut mengenai Geran Tahun Melawat Selangor, sila layari laman web https://visitselangor.my/grant-2026/.
Baca juga: GeRAK+: Geran Usahawan Perak Sejahtera Sehingga RM5,000




