eConversion: Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA

eConversion : PERMOHONAN PENGURANGAN KADAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MARA

Makluman bagi semua peminjam MARA, anda boleh memohon pengurangan bayaran balik secara online melalui laman web rasmi eConversion, iaitu Sistem Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA secara atas talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara membuat permohonan.

econversion mara pengurangan pinjaman pelajaran mara

Kelayakan Memohon Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA

  1. Pelajar tamat/lulus pengajian;
    • i. di bawah Skim Pinjaman Pelajaran MARA.
    • ii. mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian.
  2. Tidak bertukar kursus/program atau tempat pengajian kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  3. Tertakluk kepada peminjam yang belum atau tidak pernah menerima sebarang bantuan/pinjaman kewangan dari pihak penganjur yang lain
  4. Tiada tunggakan di akaun Pinjaman Pelajaran MARA.

Cara Permohonan eConversion MARA

Sila layari pautan https://econversion.mara.gov.my/ untuk membuat permohonan online.

Dokumen yang perlukan untuk permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah / Master / Phd (disahkan benar).
  2. Salinan transkrip rasmi penuh (disahkan benar).
  3. Salinan Sijil / Diploma / Ijazah / Master / Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu / Sidang / Jaksa Pendamai (JP) / Wakil Rakyat / Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret / Peguam.
  4. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

Rujuk manual penuh dalam lampiran di bawah:

Bayaran Komitmen

Pemohon perlu membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA (bukti pembayaran perlu disertakan).

Sebarang pembayaran yang telah dibuat sebelum pengurangan kadar bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA diluluskan, tidak akan dikembalikan.

Pembayaran tersebut akan ditolak dari jumlah pinjaman keseluruhan.

Permohonan yang tidak lengkap dan mempunyai akaun yang bertunggakan tidak akan diproses.

Kegagalan memohon seperti dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Surat Tawaran / Perjanjian, tuan / puan dikehendaki membayar balik 100% pinjaman yang dikeluarkan oleh pihak MARA.

Semakan Kelulusan

Kelulusan rasmi permohonan pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA boleh disemak melalui sistem e-baki di url https://apps.mara.gov.my/ebakiv2

Disebabkan bilangan permohonan yang banyak, urusan proses kelulusan pengurangan bayaran balik pinjaman mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh permohonan
diterima/didaftarkan.

Tempoh masa proses kelulusan ini juga bergantung kepada situasi dan arahan semasa kerajaan seperti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan arahan semasa yang lain.

Sila hubungi Unit Conversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Peminjam boleh memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA melalui sistem eBaki MARA melalui pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.

Soalan Lazim Inisiatif Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA (eConversion)

  1. Untuk syarat-syarat permohonan, sila rujuk Syarat Pengurangan Pinjaman Pelajaran (Conversion)
  2. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum hantar. Sila rujuk Panduan Pengguna
  3. Hanya 1 permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap Pemohon. Pastikan maklumat dan dokumen diisi dengan lengkap.
  4. Pastikan tiada tunggakan di akaun pinjaman pelajaran MARA.
  5. Permohonan Pengurangan Pinjaman akan terbatal sekiranya maklumat yang diberikan adalah palsu.
  6. Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara 2 Tahun atau didenda RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.
  7. Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA boleh dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP – sila layari web rasmi KWSP.
  8. Berikut adalah Soalan Lazim yang berkaitan dengan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA.
  9. Pengguna disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.

Maklumat Lanjut

Anda boleh hubungi talian rasmi seperti berikut:

MARA CALL CENTRE Talian Utama: 03-26132000 / 03-261 39093 / 39094 / 32243
/ 32247 / 35084 / 35085 / 35086

BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA: 03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32133 / 32178 / 32132 / 32397

Baca juga: ePerjawatan UiTM – Jawatan Kosong Terkini & Pembelian No Pin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!