e-Placement: Permohonan Penempatan Pegawai KKM Lantikan Baru

e-Placement merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan permohonan penempatan pegawai KKM yang berkaitan.

Permohonan penempatan melalui portal e-Placement hanya boleh dibuat untuk pegawai-pegawai lantikan baharu yang berikut sahaja:

  1. Pegawai Perubatan Gred UD41
  2. Pegawai Pergigian Gred UG41
  3. Pegawai Farmasi Gred UF41

Calon yang telah berjaya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sahaja boleh membuat permohonan penempatan melalui sistem ini pada tempoh yang ditetapkan.

Dengan penggunaan porrtal ini, pilihan penempatan di dalam Borang Maklumat Diri (BMD) tidak lagi terpakai dalam urusan penempatan.

Selai itu, permohonan penempatan melalui sistem ini adalah tertakluk kepada kekosongan dan berdasarkan prinsip “first come first serve”.

Artikel berkaitan: MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA

Pengenalan

e-Placement telah diperkenalkan pada bulan September 2022 yang lalu bagi membolehkan pegawai yang mendapat tawaran jawatan tetap di KKM membuat pemilihan penepatan secara dalam talian.

Pegawai yang berkaitan akan menerima emel notifikasi mengenai pembukaan permohonan untuk penempatan ini sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum permohonan dibuka.

Dalam portal ini, pemohon boleh membuat permohonan penempatan melalui salah satu portal berikut:

  1. eHousemen
  2. eDentist
  3. ePharmacist

Permohonan penempatan Pegawai Perubatan Gred UD41 (Lantikan Baru)

Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan baru boleh membuat permohonan penempatan melalui web eHousemen di alamat https://ehousemen.moh.gov.my/auth/main

Berikut merupakan proses permohonan penempatan bagi Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi lantikan baru.

Permohonan hanya dibuka pada masa tertentu sahaja dan semua individu yang berkenaan akan mendapat makluman melalui emel.

Hanya calon yang telah mendapat lantikan tetap sahaja boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui e-Placement ini.

Untuk permohonan kali pertama, klik pada “Pendaftaran Baru” di halaman tersebut sebelum memulakan permohonan penempatan anda.

Permohonan penempatan Pegawai Pergigian Gred UG41 (Lantikan Baru)

Pegawai Pergigian Gred UG41 lantikan baru boleh membuat permohonan penempatan melalui web eDentist di alamat https://edentist.moh.gov.my/auth/main

Berikut merupakan proses permohonan penempatan bagi Pegawai Pergigian Gred UG41 bagi lantikan baru.

Permohonan hanya dibuka pada masa tertentu sahaja dan semua individu yang berkenaan akan mendapat makluman melalui emel.

Hanya calon yang telah mendapat lantikan tetap sahaja boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui e-Placement ini.

Permohonan penempatan Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Baru)

Pegawai Farmasi Gred UF41 lantikan baru boleh membuat permohonan penempatan melalui web ePharmacist di alamat https://epharmacist.moh.gov.my/auth/main

Berikut merupakan proses permohonan penempatan bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 bagi lantikan baru.

Permohonan hanya dibuka pada masa tertentu sahaja dan semua individu yang berkenaan akan mendapat makluman melalui emel.

Hanya calon yang telah mendapat lantikan tetap sahaja boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui e-Placement ini.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh hubungi pegawai di Bahagian Sumber Manusia yang bertugas seperti yang berikut:

  1. Urusan Housemanship – 03-8883 2735/2805 atau [email protected]
  2. Urusan lantikan semula/lantikan teta – 03-8883 2785/2809 atau [email protected]
  3. Urusan eDentist03-8883 2796 / 2803 atau [email protected]
  4. Urusan ePharmacist  03-8883 2795/ 2798/ 2803 atau emelkan kepada [email protected].
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!