Advertisements

e-Pengambilan PDRM: Permohonan Polis 2023 & Semakan Status

Advertisements

e-PENGAMBILAN PDRM : CARA PERMOHONAN POLIS, SEMAKAN UJIAN SPIER & PANGGILAN TERKINI 2023

Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sekiranya anak-anak / saudara-mara / rakan-rakan / kenalan rapat, mungkin ramai yang berminat untuk menyertai pasukan Polis, tetapi tak tahu bagaimana cara membuat permohonan jawatan di PDRM.

Permohonan jawatan biasanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang terkini yang telah disediakan oleh pihak PDRM iaitu E-Pengambilan PDRM pada tarikh yang ditawarkan jawatan.

Bagi pengguna pertama kali membuat permohonan melalui laman sesawang E-Pengambilan PDRM anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna baru dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.

Sila pastikan alamat email anda berfungsi dengan baik bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.

Baca juga: mySikap JPJ: Panduan Pendaftaran Online & Login Kali Pertama

Pengambilan Terkini

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN SARJAN POLIS GRED YA5 (LELAKI/ WANITA) AKAN DIBUKA PADA 27/12/2022 HINGGA 09/01/2023 DAN

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA) AKAN DIBUKA PADA 12/01/2023 HINGGA 25/01/2023

Individu yang belum mendaftar boleh membuat pendaftaran di portal e-pengambilan Polis Diraja Malaysia sebelum memohon pada tarikh yang ditetapkan.

(Rujuk kelayakan Skim Jawatan sebelum memohon).

Setelah mendaftar di dalam portal e-pengambilan, berikut adalah langkah-langkah untuk memohon jawatan yang dibuka:

Advertisements

1. Masukan ‘ID Pengguna’ dan ‘Kata Laluan’;

2. Klik butang ‘Log Masuk’;

3. Klik butang ‘Permohonan Baru’;

4. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon; dan

5. Klik butang ‘Serah’.

** Selepas klik butang ‘Serah’ maklumat pemohon tidak boleh dikemaskini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung ditalian Help Desk 03-22668348/ 8350/ 8351

i) IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN SARJAN POLIS GRED YA5 (LELAKI / WANITA)

Tarikh permohonan : 27 Disember 2022 – 09 Januari 2023

IKLAN PENGAMBILAN JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI / WANITA)

Tarikh permohonan : 12 Januari 2023 – 25 Januari 2023

Rujuk : https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Apakah e-Pengambilan PDRM?

ePengambilan PDRM ialah Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang ditawarkan secara sistematik.

Melalui laman web ini juga, pemohon boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan cepat dan mudah.

Proses pengambilan PDRM akan dibuka pada SETIAP TAHUN.

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat semakan di laman web ePengambilan PDRM.

Rujuk penerangan lanjut dan cara pendaftaran di bawah:

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online bagi jawatan Polis menerusi laman web  https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

  1. Klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
  2. Isikan maklumat pengguna dan klik pada butang Serah.
  3. Tunggu dan semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
  4. Sekiranya tiada e-mel diterima, buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] untuk tujuan pengaktifan akaun.
  5. Sekiranya anda lupa Kata Laluan, klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
  6. Sekiranya tiada e-mel diterima untuk Kata Laluan baru, klik pada pautan [ Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].
e-pengambilan pdrm
e-pengambilan pdrm

Semakan Jawatan

Jika terdapat kekosongan jawatan ditawarkan, anda boleh membuat semakan pada Skim Jawatan berkenaan.

Rujuk cara membuat semakan di bawah:

  1. Klik pada tab Skim Jawatan untuk menyemak syarat-syarat
    kelayakan memohon.
  2. Sekiranya anda berminat, klik pada tab Iklan untuk menyemak
  3. Jawatan yang di buka untuk pendaftaran.
  4. Dalam tab Iklan, warna hijau adalah Jawatan yang di buka untuk pendaftaran, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka.
  5. Klik pada ikon tersebut untuk keterangan.
e-pengambilan pdrm

Log Masuk e-Pengambilan PDRM & Cara Mengisi Borang

  1. Isikan ID Pengguna dan Kata Laluan dan Klik pada butang Log
    Masuk.
  2. Klik pada menu Maklumat Peribadi, maklumat data peribadi dengan * adalah input wajib. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Keluarga, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  4. Dalam tab Akademik, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Ko-Kurikulum, sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum adalah wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.

Baca juga:

Cara Permohonan Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

  1. Klik pada menu Permohonan Polis > Permohonan Baru.
  2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
  3. Dalam tab Permohonan Jawatan, sila pilih jawatan yang ditawarkan.
  4. Klik pada butang Simpan sebelum kelangkah seterusnya.
  5. Dalam tab Pengakuan, sila pastikan anda memilih setiap pengakuan pemohon.
  6. Dalam tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar, pemohon tidak boleh dikemaskini. Oleh itu, anda perlu memastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  7. Klik pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan.

Bagi yang pernah membuat permohonan, berikut dikongsikan cara membuat semakan status.

Cara Semakan Status Permohonan

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Semakan Status Panggilan Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan Fizikal bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 ( Lelaki/ Wanita) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/ Wanita)

Calon Yang Telah Mengisi Permohonan Jawatan Pada Tarikh Iklan Yang Terdahulu Seperti Yang Tertera Di Bawah Sahaja Boleh Menyemak Status Panggilan:-

I) Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/ Wanita):-
Tarikh Iklan Pada 27 Disember 2023 hingga 9 Januari 2023

Ii) Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki):-
Tarikh Iklan Pada 12 Januari 2023 Hingga 25 Januari 2023

Calon boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM
Bermula 10 Feb 2023 hingga 13 Mac 2023.

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik di ‘Semak Status Permohonan’ dan klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Semak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM

Jika anda ingin menyemak status permohonan, klik pada menu Semak Status Permohonan.

  1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx
  2. Masukkan No.KP Baru dan klik pada butang Semak.
  3. Status Pengambilan akan dipaparkan.
  4. Sila cetak surat panggilan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di Info IG dan FB Unit Pengambilan PDRM.

Untuk maklumat lanjut dan iklan jawatan terkini, sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 4.1 / 5. Vote count: 49

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment