e-PCB: Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan (PCB) / Tuntutan LHDN

Kalkulator e-PCB merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai membuat kiraan potongan cukai bulanan (PCB) untuk tempoh setahun.

e-PCB membolehkan cukai dipotong secara berkala dalam setahun.

Dengan e-PCB,pembayar cukai tidak terbeban kerana perlu membayar cukai dalam jumlah yang besar sekaligus.

Potongan Cukai Bulanan adalah tertakluk di bawah subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan pemotongan cukai ini biasanya dibuat berdasarkan data peribadi pekerja yang direkodkan di Jabatan Sumber Manusia di setiap syarikat.

Hanya mereka yang layak dikenakan cukai akan dikenakan PCB dan jumlah bayaran PCB ini boleh diketahui dengan menggunakan aplikasi kalkulator PCB.

Individu yang layak dikenakan Potongan Cukai Bulanan mestilah mendaftar sebagai pembayar cukai terlebih dahulu.

Oleh itu, majikan bertanggungjawab dalam mendaftar setiap pekerjanya yang dikehendaki membuat potongan cukai tersebut.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2023

Pengenalan Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Apa itu Potongan Cukai Bulanan (PCB)?

PCB merupakan bayaran pendahuluan yang dipotong oleh majikan daripada saraan bulanan pekerja (gaji, elaun kena cukai, bonus dll) mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan yang dikeluarkan oleh LHDNM.

Majikan bertanggungjawab untuk meremitkan (membayar) PCB pekerja kepada LHDNM selewat-lewatnya pada hari ke-15 bulan berikutnya. Contohnya, majikan membuat potongan PCB bagi saraan bulan Oktober 2022, majikan perlu meremitkan PCB tersebut kepada LHDNM selewat-lewatnya pada 15 November 2022.

PCB ini bertujuan untuk mengurangkan beban pekerja daripada perlu membuat bayaran cukai sekaligus apabila membuat pengisytiharan pendapatan kelak.

Pekerja boleh mengisi Borang TP1 dan mengemukakannya kepada majikan untuk diambil kira pelepasan cukai yang telah dibelanjakan semasa pengiraan PCB. Dengan pengiraan pelepasan-pelepasan cukai yang layak semasa pengiraan PCB dibuat, pekerja (yang memenuhi syarat) adalah layak untuk memilih PCB sebagai cukai muktamad (PCBCM) dan tidak perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi tahun taksiran yang berkenaan.

Pekerja boleh membuat semakan PCB di lejar cukai masing-masing melalui e-Lejar (salah satu e-perkhidmatan di bawah MyTax) untuk memastikan majikan membuat peremitan PCB yang telah ditolak dari saraan kepada LHDNM.

Jika amaun PCB yang diremit kepada LHDNM adalah dibayar atau ditanggung oleh majikan (bukan ditolak dari saraan bulanan pekerja), amaun PCB tersebut adalah tertakluk kepada cukai pendapatan iaitu sebagai perkuisit (dalam bentuk elaun cukai).

Sekiranya pekerja mendapati majikan gagal membuat peremitan PCB yang telah ditolak, pekerja boleh membuat aduan kepada LHDNM berserta dokumen sokongan seperti penyata gaji yang menunjukkan PCB untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

Majikan yang gagal meremit PCB boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya jika didapati bersalah. Majikan juga bertanggungjawab untuk membayar amaun tunggakan cukai yang kena dibayar oleh pekerjanya tersebut.

Fungsi e-PCB

Sistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:

  • menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
  • mengira PCB pada setiap bulan
  • memastikan PCB yang dikira betul dan tepat
  • mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian

Sistem untuk aplikasi kalkulator PCB yang disediakan menerusi laman web LHDN ini dibangunkan sejak 2009 bukan sahaja menjimatkan masa pembayar cukai malah pengiraan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Untuk membuat semakan menggunakan aplikasi ini, pembayar cukai hanya perlu memasukkan maklumat lengkap yang diminta sahaja.

Dengan menggunakan kalkulator PCB ini juga, pembayar cukai boleh mengetahui sama ada kadar PCB yang dibayar cukup untuk menampung jumlah cukai bagi taksiran bagi sesuatu tahun itu atau terdapat lebihan pemotongan bagi tahun itu.

Namun, sekiranya jumlah PCB yang dipotong oleh majikan lebih daripada yang sepatutunya, mereka boleh menuntut kembali jumlah potongan bulanan berbelebihan dengan menghantar borang cukai (BE).

Kalkulator PCB boleh diakses di pautan http://calcpcb.hasil.gov.my/

Daftar akaun e-PCB

Sistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:

  • menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
  • mengira PCB pada setiap bulan
  • memastikan PCB yang dikira betul dan tepat
  • mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian

Majikan yang ingin membuat bayaran PCB bagi pekerja perlulah mendaftar akaun EPCB terlebih dahulu.

Berikut merupakan langkah-langkah unuk mendaftarkan akaun EPCB bagi majikan:

  • Layari laman sesawang https://mytax.hasil.gov.my seperti pada rajah di atas ini.
  • Klik pada bahagian “e-PCB income tax”.
  • Pengguna perlu klik pada bahagian “Pengguna Baru”.
  • Kemudian, pengguna hendaklah mengisi butiran maklumat pendaftaran majikan dengan lengkap dan betul dan klik pada butang “Hantar”.
  • Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran pengguna telah berjaya.

NOTA: Sila semak emel dan klik link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun setelah mendaftar. 

potongan cukai bulanan e-pcb

Rujuk : Panduan Pengguna

Login akaun EPCB

Majikan yang sudah mendaftar akaun e-PCB boleh terus log masuk ke akaun mereka melalui langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman sesawang https://ekls.hasil.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan majikan sepertimana yang telah didaftarkan.
  3. Pengguna mestilah memasukkan kod keselamatan seperti yang dipaparkan.
  4. Akhir sekali, klik pada butang “Hantar”.

Rujuk panduan video di sini: https://ekls.hasil.gov.my/tutorial.php?&lang=eng

Semakan Jadual Potongan Cukai Bulanan

Mulai 1 Mac 2019, Jadual PCB yang dikeluarkan oleh HASiL adalah dalam bentuk elektronik iaitu e-Jadual PCB melalui e-CP39.

Sistem ini digunakan untuk menghantar data pekerja dan membuat bayaran tersebut secara atas talian.

Majikan perlulah terlebih dahulu mendaftarkan akaun di e-CP39:

  1. Layari laman web https://ecp39.hasil.gov.my 
  2. Klik pada “Pendaftaran Kali Pertama”.
  3. Masukkan nombor rujukan majikan pada ruangan yang disediakan
  4. Klik pada butang “Semak”.
  5. Majikan perlu mengisi data maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul
  6. Klik pada butang “Hantar”.
  7. Notifikasi berkenaan pendaftaran tersebut telah berjaya akan dihantar menerusi emel majikan.
  8. Buka emel tersebut dan klik pada butang “Sahkan Alamat Emel” untuk mengesahkan pendaftaran ECP39.
  9. Akhir sekali, masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah bagi mengaktifkan akaun ECP39.

Aplikasi mudah alih

Pihak LHDN juga telah membangunkan aplikasi Kalkulator PCB bagi peranti mudah alih anda.

Untuk maklumat lanjut, sila tonton video di atas.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!