DPLI UM 2022: Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Program DPLI UM mungkin jawapan yang anda cari terutamanya sekiranya anda merupakan seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda dari bidang yang bukan berkaitan dengan pendidikan dan bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar.

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Malaya ini satu ketika dahulu pernah dihentikan pengambilannya buat beberapa tahun akibat terlalu banyak lambakan bakal guru di pasaran.

Akibatnya, ramai individu yang sudah menamatkan pengajian tidak mendapat tempat tempat atau mengambil terlalu lama masa untuk mendapat tempat mengajar.

Pengenalan Program DPLI UM

dpli um

Satu ketika dahulu, bakal guru atau tenaga pengajar pastinya begitu familiar dengan kursus perguruan KPLI dan DPLI.

KPLI merujuk kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, manakala DPLI ialah Diploma Perguruan Lepasan Ijazah dimana kedua program ini dahulunya dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG).

Walau bagaimanapun, kedua program ini sudahpun dimansuhka oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia satu ketika dahulu.

Kemudian, muncul program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang meupakan satu program yang ditawarkan kepada calon yang ingin menjadi guru bagi lepasan siswazah yang memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda.

Perbezaan DSPI vs PISMP

Terdapat satu lagi program dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) namun PISMP adalah program berbeza yang dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi guru.

Untuk rekod, program DSPI pernah dihentikan buat seketika selama beberapa tahun disebabkan terdapat lambakan graduan program ini di pasaran.

Syarat kelayakan

Calon-calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Syarat Minimum Kemasukan:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); ATAU
  2. Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN
    • Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; ATAU
    • Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; ATAU
    • Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; ATAU
    • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.

DAN

  1. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
  2. Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.
  3. Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.

(2) Syarat Tambahan Pelajar Antarabangsa:

  • Calon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.
  • Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.

(3) Pelajar OKU:

Untuk calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.

Tarikh Permohonan

Tarikh memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022) kini dibuka sehingga 15 April 2022.

Cara memohon DPLI UM 2022

Bagi calon yang berminat, anda boleh melayari laman web rasmi DPLI UM di pautan berikut :

https://education.um.edu.my/news/tawaran-kemasukan-ke-program-diploma

ATAU terus dapatkan maklumat melalui

IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN AMBILAN 2021/2022 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2022)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Emel          : [email protected]
Telefon     : 03 – 7967 5103 (Puan Eita)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!