Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UM (Kemasukan September 2022)

IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN AMBILAN 2021/2022 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2022) UNIVERSITI MALAYSIA (UM)

Fakulti Pendidikan UM ingin mempelawa calon-calon yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022).

Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UM 2022

Nama Program: Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
Tahap Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF): Diploma Pascasiswazah: Tahap 7
Mod Penawaran: Kerja Kursus
Kredit Bergraduat: 36 jam kredit
Kaedah Pengajian: Sepenuh Masa
Tempoh Minimum: 1 tahun (2 semester)
Tempoh Maksimum: 3 tahun (6 semester)

Syarat Permohonan

Syarat Minimum Kemasukan

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); ATAU
  2. Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN
    • Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; ATAU
    • Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; ATAU
    • Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; ATAU
    • Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.

DAN

  1. Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
  2. Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.
  3. Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.

Syarat Tambahan Pelajar Antarabangsa

  1. Calon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.
  2. Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.

Pelajar OKU

Untuk calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.

Baca juga: BTAR 2022: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Tarikh Permohonan Diploma Pendidikan UM 2022

Permohonan melalui http://apply.um.edu.my dibuka mulai 1 Februari hingga 15 April 2022.

*Bagi kemasukan September 2022

Bidang Pengkhususan

  1. Pendidikan Sejarah
  2. Pendidikan Bahasa Cina
  3. Pendidikan Bahasa Melayu
  4. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  5. Pendidikan Matematik
  6. Pendidikan Tahfiz
  7. Pendidikan Kejuruteraan
  8. Pendidikan Islam
  9. Pendidikan Sains Komputer
  10. Pendidikan Fizik*
  11. Pendidikan Biologi*
  12. Pendidikan Kimia*
  13. TESL

*Jadual waktu fleksibel KECUALI bagi bidang pengkhususan ini

Yuran Pengajian Diploma Pendidikan UM 2022

Jumlah Yuran bermula RM11,000 mengikut makluman terkini di laman web UM.

Sila rujuk pautan berikut untuk semakan lanjut:

https://study.um.edu.my/programmes.php?act=4#senarai

Baca juga: MyICE: Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Fakulti Pendidikan UM melalui pautan berikut: https://education.um.edu.my/news/tawaran-kemasukan-ke-program-diploma

ATAU

Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Emel          : [email protected]
Telefon     : 03 – 7967 5103 (Puan Eita)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!