Doa Sebelum Baca Quran & Selepas
Al Quran merupakan kitab suci umat Islam yang dijadikan panduan sepanjang zaman. Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayatnya menceritakan tentang rahmat Allah SWT dan juga yang menceritakan tentang azab-Nya.
Berikut dikongsikan doa sebelum baca quran dan selepasnya untuk rujukan semua.
BACA JUGA: Doa Abu Darda – Panduan Bacaan Rumi, Makna & Video Bacaan
Doa Sebelum Baca Quran
اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ
Rumi: Allahummaf tah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya ‘alaina hikmataka wansyur ‘alainaa min khozaa ini rohmatika wa zak kirnii maa nasiitu ya zaljalaali wal ikraam.
Maksud: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Doa Selepas Baca Quran
الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن
Rumi: Allahummar hamnaa bilquran. waj’al hulanaa imaaman wa nuuran wahudan warahmah. allahumma zak-kirnaa minhumaa nus-siinaa wa ‘allimnaa minhumaa jahilnaa warzuqnaa tilaawatahu. aanaa allayli wa athroofan-naharr waj’alhu lanaa hujjatan. Ya rabbal ‘alamiin.
Maksud: “Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.”\
Doa ini tidaklah thabit dalam mana-mana riwayat sebagai doa khatam al-Quran yang warid daripada Rasulullah SAW.
Meskipun begitu, dari sudut makna-makna yang terkandung di dalam doa ini ia merupakan doa yang amat baik.
Justeru, semata-mata pengamalan membaca doa di atas ini berasaskan konsep keumuman berdoa maka ia adalah dibolehkan.
Selain membaca doa di atas, kita juga dianjurkan untuk mengucapkan sadaqallahulazim ( صَدَقَ اللَّهُ الْعَظِيمُ) sebagai salah satu cara memuliakan al-Quran dan beradab dengan Allah SWT.
RUJUKAN: