Diskaun Saman PDRM 50% (Setahun Bersama Kerajaan MADANI)

DISKAUN SAMAN PDRM SEMPENA PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% bagi saman yang terpilih sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!

Diskaun Saman Polis Sempena Program Ramah Mesra PDRM

Kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), antara yang akan dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Sehubungan dengan itu, diskaun saman PDRM 50% bagi saman – saman yang layak diberi diskaun bermula selama 3 hari tersebut. Kaunter khas akan dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8 hingga 10 Disember 2023.

Program itu akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).

Ketahui lebih lanjut melalui info yang dikongsikan di bawah.

diskaun saman sempena setahun bersama kerajaan madani 2023

Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman

Diskaun saman trafik sehingga 50% ini boleh dibayar di kaunter khas yang akan dibuka di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.

Tawaran pengurangan kompaun saman ini TIDAK TERMASUK kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun (non compundable).

Pembayaran kompuan hanya boleh dibuat pada ketetapan berikut:

  • Tempat :
    • Kaunter Semakan dan Pembayaran Saman Trafik di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur
  • Masa :
    • Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (8 Disember 2023 – Jumaat)
    • Jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang ( 9 dan 10 Disember 2023 – Sabtu & Ahad)
DISKAUN SAMAN MADANI

Semakan Saman Online

Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

mybayar saman

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Rujuk cara buat semakan saman online : MyBayar Saman: Semakan & Bayaran Saman PDRM Online

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!