Diskaun 40% Bayaran Balik Pinjaman Yayasan Pahang

Bersempena ulangtahun Yayasan Pahang yang ke 40 (1982-2022), Kerajaan Pahang menerusi Yayasan Pahang menawarkan diskaun 40% bayaran balik pinjaman kepada peminjam-peminjam.

Untuk makluman, pada tahun 2021, Yayasan Pahang pernah menawarkan pemberian diskaun 20 peratus dan sepanjang tempoh tersebut, seramai 608 peminjam telah menyelesaikan baki hutang dengan implikasi rebat sebanyak RM719,259.26 serta pengurangan pinjaman sebanyak RM3.6 juta.

Sejak penubuhannya sehingga kini (1982 – 2021), Yayasan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM1.4 bilion untuk pinjaman pendidikan bagi manfaat 1.684 juta orang penerima di seluruh Pahang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang diskaun ini, khususnya untuk peminjam-peminjam Yayasan Pahang.

Apakah Kempen Diskaun 40% Yayasan Pahang?

Diskaun 40 peratus ini akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara penuh ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2022.

Langkah ini merupakan tanda kerprihatinan Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu para peminjam menyelesaikan baki pinjaman sekali gus membolehkan lebih ramai lagi anak-anak Pahang berpeluang membuat pinjaman dengan Yayasan Pahang bagi mendapatkan akses pendidikan yang sempurna serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Langkah ini juga dilaksanakan bagi membantu sebahagian besar rakyat termasuk peminjam-peminjam yang terkesan akibat penularan COVID-19 sejak 2 tahun lalu serta ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

diskaun yayasan pahang

Tempoh Pembayaran Diskaun

Bayaran balik boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 hingga 31 Disember 2022 untuk mendapat diskaun ini.

Cara Semakan Penyata Pinjaman Yayasan Pahang

Penyata pinjaman dan jadual bayaran balik boleh diperolehi secara atas talian di laman web rasmi Yayasan Pahang https://www.yp.org.my atau terus ke pautan https://sispen.yp.org.my/BayaranBalikPinjaman.aspx

Rujuk info di bawah untuk langkah-langkah membuat semakan.

LANGKAH 1

Tuan/Puan boleh menyemak penyata bayaran balik melalui atas talian dengan log masuk id pengguna dan kata laluan menggunakan nombor kp peminjam cth:890603065194

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 5

LANGKAH 6

LANGKAH 7

Maklumat Lanjut

Sebarang kesulitan tuan/puan boleh berhubung terus melalui talian 09-5181800 / 09-5181885 / 09-5181886/ 09-5181882 / 09-5181883 / 09-5181898 / 09-5181820.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Facebook: Yayasan Pahang

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!