MyICE: Permohonan Geran RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

Hebahan Geran MyICE

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) menawarkan Geran RM10,000 kepada Pertubuhan Berdaftar bagi Kategori :

  • KEBAJIKAN
  • SOSIAL
  • KESELAMATAN
  • HAK ASASI

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang geran ini.

Apakah Geran MyICE?

Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada Pertubuhan bagi kategori Kebajikan, Sosial, Keselamatan dan Hak Asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang mana ia bertujuan untuk pembiayaan program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawan dan mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan agensi kerajaan.

myice

Syarat Kelayakan

Pertubuhan yang layak menerima MyICE adalah seperti berikut: 

  1. Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021. Keutamaan akan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2020. 
  2. Pertubuhan yang berdaftar di bawah kategori: 
    • Kategori Kebajikan: 
      • Ibu Tunggal
      • Kebajikan Masyarakat
      • Kebajikan Ahli
      • Orang Kurang Upaya (OKU)
      • Warga Emas
      • Kanak-Kanak
    • Kategori Keselamatan: 
      • Pencegahan Jenayah
      • Bomba Sukarela
    • Kategori Hak Asasi 
      • Alam Sekitar
      • Pengguna
      • Manusia
      • Pendidikan
    • Kategori Sosial
      • Alumni
      • Pendidikan
      • Penduduk
      • Keturunan
      • Pekerjaan
  3. Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap, teratur dan terkini sekurang-kurangnya Penyata Tahunan bagi tahun 2020.
  4. Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.

Cara Permohonan

Pertubuhan berdaftar bagi 4 kategori yang dinyatakan boleh memohon MyICE dengan mengisi dan melengkapkan borang permohonan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES di alamat www.eroses.gov.my.

Permohonan perlu dikemukakan atas nama pertubuhan melalui Setiausaha Pertubuhan dan bukan secara individu.

  • Pertubuhan hendaklah mengemukakan kertas kerja yang perlu dilengkapkan dalam Bahasa Melayu secara atas talian mengikut format yang ditetapkan di dalam sistem permohonan MyICE. 
  • Pemohon juga perlu mengemukakan salinan penyata bank yang mempunyai nama dan nombor akaun pertubuhan yang telah disahkan oleh bank dengan memuat naik ke dalam sistem permohonan.

Baca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Tarikh Permohonan

Permohonan MyICE boleh dibuat mulai 1 Februari 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Jumlah Peruntukan

Jumlah peruntukan yang boleh dipertimbangkan bagi kelulusan permohonan adalah sehingga RM10,000 sahaja bagi setiap Pertubuhan.

Surat pemakluman mengenai penyaluran peruntukan akan dikeluarkan oleh JPPM melalui emel dan Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman.

Tarikh Semakan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam sistem permohonan MyICE melalui sistem eROSES dalam tempoh 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian MyICE bersidang.

Keputusan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penilaian MyICE dan ia adalah MUKTAMAD.

Muat Turun Manual Panduan

BIL DOKUMEN AKTIVITI
1. GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERANMUAT TURUN
2. CONTOH KERTAS KERJA PROGRAMMUAT TURUN
3. CONTOH LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAMMUAT TURUN

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut berkaitan permohonan geran ini, sila rujuk Soalan Lazim di pautan https://www.eroses.gov.my/

Maklumat lanjut di https://www.eroses.gov.my/utama_p.php

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!