Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2024 (DB40)

TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2023 : PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar-pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat untuk memohon Program Dermasiswa B40 JPA (DB40) 2024.

Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2024 untuk rujukan bersama.

Apakah Program Dermasiswa B40?

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang mempunyai
kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.

Bagi tahun 2024, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA)dan Politeknik yang dikenal pasti.

Syarat Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40

Syarat Umum

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2023 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  7. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  8. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ atau https://www.jpa.gov.my/

Calon-calon dinasihatkan untuk menyemak syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan:
5 Ogos (2.00 petang)-18 Ogos 2024 (5.00 petang)

Maklumat Lanjut

Permohonan dan maklumat lanjut: https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ atau https://esilav2.jpa.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-8000 8000.

Semoga bermanfaat buat para pelajar yang berkenaan.

Baca juga: Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA

Bantu kami share artikel ini: