Hari Chap Goh Mei bagi tahun 2027 di Malaysia dijadualkan jatuh pada 20 Februari 2027 (Hari Sabtu). Perayaan ini menandakan malam ke-15 sekali gus menjadi penutup rasmi bagi sambutan Tahun Baru Cina (TBC).
Untuk makluman, Hari Chap Goh Mei bukanlah hari pelepasan am (cuti umum) rasmi di mana-mana negeri atau Wilayah Persekutuan di Malaysia, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Untuk mengetahui kalendar cuti umum 2027, sila layari www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Memandangkan 20 Februari 2027 jatuh pada hari Sabtu, sebahagian besar pekerja sektor swasta dan awam di negeri Kumpulan B (seperti Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Johor) sememangnya sedia ada bercuti atau bekerja separuh hari mengikut polisi organisasi masing-masing.
Walaupun tidak diwartakan sebagai cuti umum, perayaan ini amat dinanti-nantikan dan diraikan dengan meriah melalui pelbagai tradisi unik di Malaysia.
Apa itu Chap Goh Mei 2027?
Chap Goh Mei bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina dalam bahasa Hakka, yang juga menandakan penghujung perayaan Tahun Baru Cina.
Secara literal, perkataan “Chap” membawa maksud sepuluh, “Goh” bermaksud lima dan “Mei” pula bererti malam.
Perayaan ini sering dikaitkan dengan legenda yang mengisahkan dua wanita bujang yang membuang buah oren ke dalam sungai sebagai simbol harapan untuk dipertemukan jodoh.
Sambutannya diraikan dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, termasuk pembakaran colok bersaiz besar serta jamuan makan bersama ahli keluarga.
Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, perayaan ini tetap dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina kerana sebahagian daripada mereka menganggapnya sebagai Hari Kekasih versi komuniti tersebut.
Pada malam perayaan ini, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul untuk menikmati hidangan tradisional seperti Yuan Xiao, iaitu bebola pulut berbentuk bulat. Rumah-rumah juga dihias indah dengan tanglung merah bagi memeriahkan suasana perayaan.
Menurut adat, pada hari tersebut akan dipersembahkan muzik balada cinta yang dikenali sebagai Dondang Sayang yang dimainkan di jalanan dengan iringan biola, gendang dan gong. Ada kalanya persembahan ini menjadi lebih menarik dan mencuit hati apabila liriknya digubah secara spontan oleh penyanyi.
Pulau Pinang merupakan antara negeri di Malaysia yang menyambut perayaan ini secara besar-besaran.
Pada malam itu, kerajaan negeri menyediakan pelbagai juadah di sepanjang jalan serta menganjurkan permainan, persembahan budaya Baba Nyonya dan kuiz.
Selain itu, turut diadakan perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina serta persembahan mengimbang bendera besar ‘Chingay’.
Tarikh Chap Goh Mei 2027
Chap Goh Mei bagi tahun 2027 akan disambut pada tarikh berikut: 20 Februari 2027

Hari Kelepasan Am Negeri 2027
Perayaan Chap Goh Mei 2027 TIDAK termasuk dalam jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2027.
MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2027 & HARI KELEPASAN AM 2027
Anda boleh muat turun kalendar cuti 2027 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2027:
Cuti Panjang Hujung Minggu 2027

Soalan Lazim Chap Goh Mei 2027
Perayaan Chap Goh Mei 2027 jatuh pada hari Sabtu, 20 Februari 2027 iaitu hari ke-15 dan hari terakhir dalam sambutan Tahun Baru Cina berdasarkan kalendar lunar.
Tiada negeri yang tersenarai sebagai cuti umum sempena Chap Goh Mei 2027.
Pulau Pinang terkenal sebagai antara lokasi sambutan perayaan ini yang paling meriah. Sambutan biasanya melibatkan perarakan tanglung, tarian naga dan singa, persembahan budaya, acara membaling oren serta pelbagai aktiviti kebudayaan.
Semua bank dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa kerana bukan cuti umum.
Tradisi ini melibatkan wanita bujang yang melontar buah oren ke sungai atau laut dengan harapan dipertemukan pasangan hidup. Pada masa kini, tradisi ini turut menjadi acara kebudayaan dan tarikan pelancong di beberapa negeri seperti Pulau Pinang.