Opens in a new tab

Cuti Awal Muharam 2027 Di Malaysia – 6 Jun 2027 (Ahad)

Hari cuti umum sempena Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun 2027 di Malaysia dijadualkan jatuh pada 6 Jun 2027 (Hari Ahad) bagi seluruh negeri di Malaysia.

Bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad (seperti Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor, dan lain-lain), cuti umum pada hari Ahad akan membawa kepada peraturan cuti gantian bergantung kepada ketetapan kerajaan negeri atau pekeliling Bahagian Kabinet JPM.

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Ini kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Susulan peristiwa hijrah itu, kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, dan Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Peristiwa itu turut menyaksikan takwim Islam mula diperkenalkan, serta menjadi penanda aras kepada kehidupan Islam sebenar, iaitu pemisahan antara hak dengan batil.

Sambutan Awal Muharam 2027 / Maal Hijrah 1449H Di Malaysia

Lazimnya selepas masuk waktu Asar, Masjid dan surau akan mengadakan majlis membaca doa akhir Tahun dan kemudian amalan ini disambung selepas Maghrib iaitu membaca doa Awal tahun, diikuti dengan bacaan Yaasiin, doa selamat dan kuliah agama.

Pada keesokan harinya, Maal Hijrah juga akan disambut dengan perarakan yang disertai oleh Badan-badan Kerajaan, NGO dan sebagainya.

Acara ini kemudiannya diikuti dengan kemuncak bagi majlis sambutan Maal Hijrah iaitu penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Awal Muharam 2027 juga adalah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia.

Cuti Awal Muharam 2027

Cuti Awal Muharam 2027 jatuh pada 6 Jun 2027, bersamaan dengan hari Ahad.

Untuk makluman, SEMUA NEGERI akan bercuti kerana tarikh tersebut tersenarai sebagai Hari Kelepasan Am di Malaysia.

Rujuk jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2027 di bawah:

Di sini kami lampirkan juga kalendar bagi bulan Jun 2026 untuk rujukan anda. Sila rujuk lampiran di bawah:

Keistimewaan Bulan Muharram

Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat nas yang menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram.

Ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.

Antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

Menariknya, bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah, di mana gelaran ini amat istimewa kerana tidak disebut pada bulan-bulan lain.

Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

Bulan Muharram juga adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.

Doa Akhir Tahun / Awal Tahun Islam

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1448H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun (sebelum maghrib) dan awal tahun (selepas azan maghrib).

Sumber infografik: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Soalan Lazim Cuti Awal Muharam 2027

Bila tarikh rasmi Awal Muharam 2027?

Awal Muharam (1 Muharam 1449H) dijangka jatuh pada 6 Jun 2027 (Hari Ahad). Tarikh rasmi tertakluk kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan kalendar Islam.

Adakah Awal Muharam 2027 merupakan cuti pelepasan am kebangsaan?

Ya. Awal Muharam merupakan Cuti Umum Persekutuan (Federal Public Holiday) yang diperuntukkan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 dan terpakai di seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Mengapa pertembungan cuti Jun 2027 ini dianggap unik?

Ini kerana terdapat dua cuti umum berturut-turut yang jatuh pada hari Ahad dan Isnin:
– 6 Jun 2027 (Ahad): Awal Muharam
– 7 Jun 2027 (Isnin): Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Adakah negeri Kumpulan B (Cuti Sabtu/Ahad) akan mendapat Cuti Gantikan (Replacement Holiday) pada hari Selasa?

Ya, secara amnya. Mengikut Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951, sekiranya cuti am jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad), hari bekerja berikutnya (Isnin) akan digantikan sebagai cuti.
Namun, memandangkan hari Isnin (7 Jun) sudah sedia ada cuti umum (Hari Keputeraan Agong), maka cuti gantian bagi Awal Muharam akan dibawa automatik ke hari Selasa, 8 Jun 2027. Ini bermakna anda akan menikmati cuti berturut-turut dari Sabtu hingga Selasa (4 hari cuti). Tertakhluk pada perubahan semasa.