Nuzul Al Quran adalah merupakan hari istimewa untuk umat Islam kerana memperingati hari turunnya ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Cuti Nuzul Quran 2026 di Malaysia jatuh pada hari Sabtu, 7 Mac 2026 (bersamaan 17 Ramadan 1447H) dan merupakan cuti umum di 10 buah negeri. Untuk mengetahui kalendar cuti 2026 dan hari kelepasan am, sila rujuk www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Di Malaysia, Hari Nuzul Al-Quran disambut pada 17 Ramadan setiap tahun, tetapi tarikhnya berbeza setiap tahun mengikut kalendar hijriah.
Rujuk info penuh mengenai Tarikh Cuti Nuzul Quran 2026 Di Malaysia di bawah.
Tarikh Cuti Nuzul Quran 2026 Di Malaysia & Negeri Yang Bercuti
Hari Nuzul Al-Quran akan disambut pada 7 Mac 2026 (bersamaan 17 Ramadan 1447H) dan ia merupakan cuti umum bagi negeri-negeri berikut:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Selangor
(*Negeri yang TIDAK BERCUTI sempena Nuzul Quran: Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)


NOTA: Memandangkan ia jatuh pada hari Sabtu, bagi negeri yang menjadikan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan (seperti Kuala Lumpur, Selangor, dan lain-lain), peruntukan cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin) adalah bergantung kepada pekeliling kerajaan negeri masing-masing atau dasar syarikat swasta.
MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2026 & HARI KELEPASAN AM 2026
Anda boleh muat turun kalendar cuti 2026 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2026:
Apa itu Hari Nuzul Al-Quran?
Hari Nuzul Al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat sehingga lengkap menjadi sebuah kitab suci.
Dari segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Manakala, ‘Al-Quran’ pula bermaksud kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai mukjizat.
Peristiwa agung ini berlaku pada bulan Ramadan iaitu malam 17 Ramadan, ketika Baginda sedang beribadat di Gua Hira, Mekah. Peristiwa ini telah dirakam oleh Allah SWT dalam firmannya:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. – (Surah al-Baqarah;185)
Berdasarkan ayat di atas, Ibn Kathir mentafsirkan bahawa Allah SWT memuliakan bulan puasa berbanding bulan yang lain yang mana bulan tersebut terpilih sebagai bulan turunnya al-Quran berbanding bulan-bulan yang lain.
Di Malaysia, Hari Nuzul Al-Quran lazimnya disambut dengan pelbagai pengisian keagamaan seperti tadarus, majlis khatam, qiamullail dan berbuka puasa memandangkan ia jatuh pada bulan Ramadan.
Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2026
Berdasarkan kalendar Islam (Takwim Hijri) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi hari kebesaran Islam di Malaysia untuk tahun 2026 (1447H – 1448H):
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026 / 1447–1448H (Malaysia)
| Tarikh Hijri | Tarikh Miladi | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
|---|---|---|
| 27 Rejab 1447 | 17 Januari 2026 | Israk dan Mikraj |
| *1 Ramadan 1447 | 19 Februari 2026 | Awal Ramadan / Berpuasa |
| 17 Ramadan 1447 | 7 Mac 2026 | Nuzul al-Quran |
| *1 Syawal 1447 | 21 Mac 2026 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
| 1 Zulhijah 1447 | 18 Mei 2026 | Awal Zulhijah |
| *10 Zulhijah 1447 | 27 Mei 2026 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
| 1 Muharam 1448 | 17 Jun 2026 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
| 12 Rabiulawal 1448 | 25 Ogos 2026 | Maulidur Rasul |
* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.

NOTA:
tarikh bagi Awal Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Raya Aidiladha adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas aktiviti cerapan anak bulan (rukyah).
Cuti Umum:
- Awal Muharram & Maulidur Rasul: Cuti umum kebangsaan.
- Awal Ramadan: Cuti umum bagi negeri Johor, Kedah, dan Melaka.
- Nuzul Al-Quran: Cuti umum bagi kebanyakan negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak.
- Aidilfitri & Aidiladha: Merupakan cuti umum kebangsaan (seluruh Malaysia).
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Cuti Nuzul Quran 2026
Untuk maklumat lanjut mengenai hari cuti bagi tahun 2026, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Perdana Menteri di pautan berikut: www.kabinet.gov.my/
Nuzul Quran merujuk kepada peristiwa turunnya wahyu Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira pada 17 Ramadan.
Hari Nuzul Al-Quran 2026 dijangka jatuh pada hari Sabtu, 7 Mac 2026, bersamaan dengan 17 Ramadan 1447H.
Cuti ini merupakan hari kelepasan am bagi negeri-negeri berikut:
-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
-Selangor
-Perak
-Pulau Pinang
-Pahang
-Terengganu
-Kelantan
-Perlis
Negeri yang tidak mewartakan Nuzul Al-Quran sebagai cuti umum ialah:
-Johor
-Kedah
-Melaka
-Negeri Sembilan
-Sabah
-Sarawak
Ia bergantung kepada majikan anda. Di bawah Seksyen 60D Akta Kerja 1955, majikan perlu memilih 11 hari cuti umum berbayar dalam setahun, di mana 5 hari adalah wajib (seperti Hari Kebangsaan, Hari Pekerja, dll) dan baki 6 hari lagi adalah pilihan majikan.
Nuzul Al-Quran dikategorikan sebagai Cuti Peringkat Negeri (State Holiday) dan bukannya Cuti Persekutuan (Federal Holiday).
Jika tarikh Nuzul Quran jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, ia tidak digantikan pada hari bekerja kecuali jika diumumkan khas oleh pihak berkuasa negeri.