Chap Goh Mei 2026 akan disambut pada 3 Mac 2026 (Selasa). Ia tidak termasuk dalam cuti umum bagi beberapa negeri di Malaysia. Untuk mengetahui kalendar cuti 2026, sila layari www.kabinet.gov.my/hari-kelepasan-am/
Chap Goh Mei bermaksud malam ke-15 Tahun Baru Cina dalam bahasa Hakka, yang juga menandakan penghujung perayaan Tahun Baru Cina.
Rujuk info penuh mengenai tarikh hari Chap Goh Mei 2026 di bawah.
Apa itu Chap Goh Mei 2026?
Istilah Chap Goh Mei berasal daripada dialek Hokkien yang merujuk kepada malam ke-15 dalam sambutan Tahun Baru Cina dan sekali gus menandakan hari terakhir perayaan tersebut. Secara literal, perkataan “Chap” membawa maksud sepuluh, “Goh” bermaksud lima dan “Mei” pula bererti malam.
Perayaan Chap Goh Mei sering dikaitkan dengan legenda yang mengisahkan dua wanita bujang yang membuang buah oren ke dalam sungai sebagai simbol harapan untuk dipertemukan jodoh.
Sambutan Chap Goh Mei diraikan dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, termasuk pembakaran colok bersaiz besar serta jamuan makan bersama ahli keluarga.
Walaupun perayaan ini tidak diiktiraf sebagai cuti umum di Malaysia, Chap Goh Mei tetap dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina kerana sebahagian daripada mereka menganggapnya sebagai Hari Kekasih versi komuniti tersebut.
Pada malam Chap Goh Mei, kebiasaannya masyarakat Cina akan berkumpul untuk menikmati hidangan tradisional seperti Yuan Xiao, iaitu bebola pulut berbentuk bulat. Rumah-rumah juga dihias indah dengan tanglung merah bagi memeriahkan suasana perayaan.
Menurut adat, pada hari tersebut akan dipersembahkan muzik balada cinta yang dikenali sebagai Dondang Sayang yang dimainkan di jalanan dengan iringan biola, gendang dan gong. Ada kalanya persembahan ini menjadi lebih menarik dan mencuit hati apabila liriknya digubah secara spontan oleh penyanyi.
Pulau Pinang merupakan antara negeri di Malaysia yang menyambut Chap Goh Mei secara besar-besaran.
Pada malam itu, kerajaan negeri menyediakan pelbagai juadah di sepanjang jalan serta menganjurkan permainan, persembahan budaya Baba Nyonya dan kuiz. Selain itu, turut diadakan perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina serta persembahan mengimbang bendera besar ‘Chingay’.
Tarikh Chap Goh Mei 2026
Chap Goh Mei bagi tahun 2026 akan disambut pada tarikh berikut: 3 Mac 2026 (Selasa)

Hari Kelepasan Am Negeri 2026
Perayaan Chap Goh Mei 2026 tidak termasuk dalam jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2026.
MUAT TURUN KALENDAR CUTI 2026 & HARI KELEPASAN AM 2026
Anda boleh muat turun kalendar cuti 2026 di bawah untuk panduan lengkap senarai cuti bagi tahun 2026:
Cuti Panjang Hujung Minggu 2026
Terdapat sekurang-kurangnya 8 hujung minggu panjang (long weekends) yang melibatkan cuti umum pada hari Jumaat atau Isnin.
Berikut adalah senarai cuti panjang hujung minggu untuk tahun 2026 di Malaysia:

Soalan Lazim Chap Goh Mei 2026
Perayaan Chap Goh Mei 2026 jatuh pada hari Selasa, 3 Mac 2026, iaitu hari ke-15 dan hari terakhir dalam sambutan Tahun Baru Cina berdasarkan kalendar lunar.
Tiada negeri yang tersenarai sebagai cuti umum sempena Chap Goh Mei 2026.
Pulau Pinang terkenal sebagai antara lokasi sambutan Chap Goh Mei yang paling meriah. Sambutan biasanya melibatkan perarakan tanglung, tarian naga dan singa, persembahan budaya, acara membaling oren serta pelbagai aktiviti kebudayaan.
Semua bank dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa pada 3 Mac 2026.
Tradisi ini melibatkan wanita bujang yang melontar buah oren ke sungai atau laut dengan harapan dipertemukan pasangan hidup. Pada masa kini, tradisi ini turut menjadi acara kebudayaan dan tarikan pelancong di beberapa negeri seperti Pulau Pinang.