Cuti Tanpa Rekod Untuk Penjawat Awam (Syarat & Tempoh Cuti)

Selain cuti yang umum ketahui seperti cuti tahunan dan cuti sakit, terdapat pelbagai kategori cuti yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam.

Kemudahan cuti tanpa rekod ditawarkan bagi memudahkan urusan penjawat awam dalam menjalankan pelbagai urusan dan aktiviti yang tertentu.

Kategori cuti dan butirannya adalah seperti di bawah.

Baca Juga : Tempoh Cuti Bersalin Ditambah Ke 98 Hari, Cuti Paterniti 7 Hari

Senarai Cuti Tanpa Rekod Untuk Pegawai Perkhidmatan Awam

i) Cuti Ganti / Cuti Gantian

Pegawai Yang Layak Memohon

  • Pegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa / sebarang bayaran khas lain.
  • AKP yang tidak mendapat Bayaran Bekerja Lebih Masa.
  • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pegawai Kumpulan P&P.
  • Diarahkan bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.

Syarat Kelayakan

  • Arahan dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa.
  • Tugas lebih daripada masa bekerja biasa atau masa kecemasan, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan.
  • Cuti Gantian hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa (tidak termasuk hari perjalanan).

Kategori Kerja Lebih Masa

  • Kerja-kerja kecemasan
  • Kerja-kerja yang dikehendaki oleh anggota melebihi bidang tugas biasanya.
  • Kerja mustahak tidak boleh ditangguh kepada hari berikutnya (mudaratkan perkhidmatan jika ditangguh).

ii ) Cuti Latihan Pasukan Sukarela

Syarat Kelayakan

  • Dihadkan bagi tujuan menghadiri latihan khemah tahunan sahaja di dalam / di luar negeri.
  • Surat arahan dari Pemerintah Pasukan Sukarela yang menyatakan tempoh diperlukan.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatatkan dalam kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti.

Pegawai Yang Layak

Pegawai merupakan ahli pasukan sukarela

Tempoh : Tidak melebihi 30 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik

Nota : Cuti rehat adalah bergantung kepada pertimbangan kuasa tertentu.

Senarai Pasukan Sukarela

  • Askar Wataniah
  • Pasukan Sukarela Tentera Udara Diraja
  • Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja
  • Pasukan Sukarela Polis
  • Pasukan Pertahanan Awam.
  • Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).
Cuti Tanpa Rekod

iii) Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan / Persatuan

Syarat Kelayakan

Menghadiri kursus / latihan seperti yang disenarikan berikut :

  • Kursus Latihan
  • Khemah Latihan Tahunan
  • Mesyuarat Agung Tahunan
  • Mesyuarat Luar Biasa
  • Seminar
  • Aktiviti Sukan
  • Aktiviti dalam Malaysia sahaja.
  • Aktiviti luar Malaysia (Pertubuhan Pengakap & Pandu Puteri)
  • Aktiviti sukan anjuran Persatuan Kebajikan dan Sukan Jabatan Kerajaan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti mingguan / cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat.

Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan perlu dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Pegawai Yang Layak

  • Pegawai adalah ahli pertubuhan / persatuan atau Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan Kerajaan.
  • Pertubuhan / Persatuan tergolong dalam 36 kumpulan yang berdaftar dengan pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.

Tempoh : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.

iv) Cuti Lain-Lain Kursus

Syarat-Syarat Kelayakan

Merupakan ahli kesatuan sekerja yang menghadiri :

  • Persidangan Perwakilan di peringkat Kebangsaan / Antarabangsa.
  • Mesyuarat Agung Tahunan / Luar Biasa di peringkat Kebangsaan.
  • Kursus kesatuan sekerja yang dihadiri perlu terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.
  • Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan)
  • Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).

Pegawai yang Layak

Pegawai-pegawai dikehendaki menghadiri :

  • Kursus Kepimpinan Belia & Bina Semangat yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
  • Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Tempoh Cuti : Tidak melebihi 14 hari termasuk 2 hari bagi perjalanan pergi dan balik.

v) Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

Syarat Kelayakan

  • Kursus / Latihan / Seminar / Mesyuarat Syarikat Kerjasama.
  • Aktiviti syarikat kerjasama diluluskan oleh Ketua Pengarah KPDNKK.
  • Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan).
  • Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu).
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Pegawai Yang Layak

  • Pegawai-pegawai yang menjadi ahli Syarikat Koperasi dan membuat akuan untuk memegang jawatan di dalam Syarikat Koperasi.
  • Akuan bertulis untuk memegang jawatan selama 2 tahun (selepas tamat kursus).

vi) Cuti Memasuki Peperiksaan

  • Cuti untuk hadiri peperiksaan yang boleh membaiki peluang pekerjaan pegawai berkenaan.
  • Terhad pada hari peperiksaan sahaja
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

vii) Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas

Syarat Kelayakan

  • Perlu hadiri Mesyuarat Agung Tahunan / Mesyuarat Agung Luar Biasa/ Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

Pegawai Yang Layak

  • Pegawai adalah ahli bagi salah satu daripada 53 Persatuan /Pertubuhan Ikhtisas
  • Persatuan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh KPPA.

viii) Cuti Mengambil Bahagian dalam Olahraga / Sukan

Syarat Kelayakan

  • Atlit / pengurus pasukan / pengadil / jurulatih.
  • Ahli majlis Jawatankuasa pertandingan bagi menghadiri mesyuarat sebelum atau selepas pertandingan.
  • Perlawanan sukan di peringkat wilayah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Pertimbangan Kuasa Tertentu

Tempoh : Tidak melebihi 30 hari

ix) Cuti bagi Pegawai Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian dalam Lawatan Kebudayaan

  • Pegawai yang mengambil bahagian dalam lawatan atau pertunjukan kebudayaan anjuran MOTAC / KBS / Aktiviti dalam Malaysia (Ketua Jabatan) /Aktiviti luar Malaysia (Kuasa Tertentu)
  • Cuti diambil berdasarkan tempoh aktiviti yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur
  • Cuti dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

x) Cuti Tanpa Rekod Bagi Peserta Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa

  • Pegawai yang dipilih menyertai Rancangan Pertukaran Belia Antarabangsa atau program anjuran KBS
  • Dicatatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Berdasarkan tempoh program yang dinyatakan dalam surat dari pihak penganjur.

xi) Cuti Tanpa Rekod Untuk Menghadiri Mesyuarat Bersama Kebangsaan / Jabatan

Perlu hadiri Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan / Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (Pihak Pekerja) /Konvensyen bagi memilih Ahli Majlis Pihak Pekerja /Mesyuarat yang dipanggil oleh Kerajaan (pegawai hadir mewakili Kesatuan Sekerja) /Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (Peringkat Kementerian / Jabatan).

xii) Kemudahan Bagi Pegawai Yang Disapina Untuk Hadir di Mahkamah Sebagai Saksi / Memberi Keterangan Pakar

Saksi Pihak Kerajaan

  • Dianggap sebagai tugas rasmi
  • Layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.

Saksi Pihak Bukan Kerajaan (Dalam Stesen)

  • Diberi pelepasan bagi tempoh diperlukan.
  • Tidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.

Saksi Pihak Bukan Kerajaan (Luar Stesen)

  • Layak Cuti Tanpa Rekod bagi mahkamah di luar stesen.
  • Tidak layak tuntut elaun menjalankan tugas rasmi.
  • Dicatatkan dalam kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.

xiii) Cuti Isteri Bersalin

  • Untuk pegawai lelaki lantikan tetap /PPP yang bertugas / diarah bertugas dalam Cuti Penggal persekolahan
  • Cuti terhad sebanyak 5 kali sepanjang perkhidmatan
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Cuti bermula pada hari isteri bersalin atau keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang)

Tempoh : 7 hari termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

Nota : Tempoh cuti bermula pada hari isteri bersalin ATAU keesokan harinya jika isteri bersalin selepas waktu pejabat (6.01 petang).

Tempoh cuti termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am.

xiv) Cuti Kursus Sambilan

Cuti khusus untuk penjawat awam hadiri kuliah / tutorial / seminar / bengkel / Kolokium / Latihan Amali / Latihan Industri

Syarat-Syarat

  • Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis mengikuti kursus secara sambilan daripada Ketua jabatab.
  • Pegawai yang dilantik berjawatan tetap dan disahkan dalam perkhidmatan
  • Kursus yang diikuti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • IPTA / IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.
  • Mengikuti pengajian dalam apa jua bidang di peringkat Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Lanjutan.
  • Pegawai belum mempunyai kelayakan berkenaan, kecuali guru kerana pengajian yang dibenarkan hanya bidang yang diluluskan oleh BPG sahaja.

xv) Cuti Bagi Menderma Organ

Syarat Kelayakan

  • Pegawai lantikan tetap /sementara / kontrak (CoS) Sangkut / Guru Sandaran.
  • Mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh KKM.
  • Pembedahan dalam negara sahaja.

Kemudahan Cuti Sakit

Tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk jalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarikan discaj dari hospital.

Tempoh cuti : Tidak melebihi 42 hari mulai dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan.

xvi) Cuti Perayaan Vaisakhi

Syarat Kelayakan

Penjawat awam merupakan penganut Sikh untuk menunaikn tanggungjawab keagamaan.

Tempoh : 1 hari (14 April setiap tahun).

Cuti Tanpa Rekod

xvii) Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat

Tujuan : Membuat urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat dan untuk membantu waris jenazah.

Ahli keluarga terdekat termasuk :

  • Suami / Isteri
  • Anak kandung
  • Ibu kandung / Ibu angkat
  • Bapa kandung / bapa angkat
  • Ibu mentua
  • Bapa mentua
  • Anak angkat
  • Anak angkat de facto
  • Anak pelihara

Syarat Kelayakan

  • Cuti bermula pada tarikh kematian ATAU hari berikutnya jika kematian selepas waktu pejabat
  • Cuti termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Tempoh Cuti : 3 hari berturut-turut

xviii) Cuti Pesta Kaamatan dan Hari Gawai

Syarat Kelayakan

  • Pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Hari Gawai 1 Jun / 2 Jun setiap tahun)
  • Pegawai kelahiran Sabah atau WP Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. (sempena Pesta Kaamatan 30 Mei / 31 Mei setiap tahun)

xix) Cuti Umrah

Syarat Kelayakan

  • Pegawai awam perkhidmatan awam persekutuan beragama Islam dan bertaraf Tetap.
  • Permohonan cuti disertakan dengan dokumen perjalanan.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  • Menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah.

Cuti tak termasuk :

  • Hari rehat mingguan
  • Hari kelepasan mingguan
  • Hari kelepasan am
  • Cuti penggal persekolahan
  • Cuti peristiwa

Tempoh cuti : 7 hari

Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai cuti umrah di pautan berikut : KEMUDAHAN CUTI UMRAH PENJAWAT AWAM

xx) Cuti Keagamaan

Syarat Kelayakan

  • Pegawai awam perkhidmatan awam persekutuan.
  • Bukan beragama Islam
  • Bertaraf tetap
  • Mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat keagamaan dalam / luar negara.
  • Permohonan disertakan dengan dokumen perjalanan.
  • Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Dicatat dalam Kenyataan Perkhidmatan dan kenyataan cuti.

Cuti tak termasuk :

  • Hari rehat mingguan
  • Hari kelepasan mingguan
  • Hari kelepasan am
  • Cuti penggal persekolahan
  • Cuti peristiwa

Tempoh cuti : 7 hari (sekali /one-off sepanjang perkhidmatan)

Tempoh cuti bermula dari tarikh penerbangan / perjalanan sebenar bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat keagamaan di dalam / luar megara.

Jika perlu lebih 7 hari, mohon CR / CRK / CTg.

Jika CTR kurang 7 hari, baki cuti tidak boleh dibawa ke hadapan.

Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan atau kelepasan am, maka perkiraan 7 hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya.

xxi) Cuti Perayaan Good Friday

Syarat Kelayakan

  • Pegawai perkhidmatan awam beragama Islam.
  • Pegawai berkhidmat di negeri yang perayaan Good Friday merupakan hari kelepasan am.

Cuti Pegawai Perkhidmatan Awam yang ditawarkan ini pasti bakal memberi manfaat kepada setiap penjawat awam.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk ke Bahagian Sumber Manusia di Jabatan masing-masing.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!