Kerajaan Sarawak menyediakan simpanan khas untuk setiap anak Sarawak yang layak melalui inisiatif Endowment Fund Sarawak (EFS) yang boleh dipohon menerusi pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/846/.
Insentif yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak ini bertujuan untuk membantu anak kelahiran Sarawak bagi mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam dewasa kelak.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Endowment Fund Sarawak untuk makluman bersama.

Apa itu Endowment Fund Sarawak?
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Dana ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Dengan adanya dana ini, setiap anak Sarawak mempunyai simpanan bermula daripada usia yang masih kecil.
Jumlah Pemberian
Setiap kelahiran anak Sarawak akan menerima RM1,000 dalam bentuk simpanan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan Endowment Fund Sarawak yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Permohonan dalam tempoh satu (1) tahun.
- Bayi lahir di dalam atau di luar Sarawak.
- Sijil Pengangkatan yang sah mesti diperoleh.
- Bagi kategori anak angkat :
– Ibu bapa angkat berstatus “K”
– Permohonan dalam tempoh satu (1) tahun
– Bayi lahir di dalam atau di luar Sarawak
– Sijil Pengangkatan yang sah mesti diperoleh
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/846/.
Permohonan hendaklah dibuat oleh ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia berstatus ‘K’ (Sarawak).
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon mestilah akaun SarawakPass yang aktif dan telah disahkan.
i- Kes Biasa
- Salinan kad pengenalan ibu atau bapa
- Dokumen sokongan berkaitan (jika ada)
- Salinan sijil kelahiran bayi
ii- Bagi Kes Bawah Umur
- Salinan kad pengenalan waris berstatus “K”
- Dokumen sokongan berkaitan (jika ada)
- Salinan sijil kelahiran bayi
- Borang akuan disahkan Pesuruhjaya Sumpah
iii- Bagi kanak-kanak lahir di luar negara
Disebabkan kekangan sistem semasa, permohonan dalam talian memerlukan nombor MyKid, yang lazimnya belum diperoleh bagi kanak-kanak yang lahir di luar negara.
Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Manual EFS dan mengemukakan borang tersebut melalui e-mel ke [email protected] dan dokumen yang diperlukan:
- Salinan dokumen sokongan berkaitan (jika ada)
- Salinan MyKad ibu atau bapa yang berstatus ‘K’ (Sarawak)
- Salinan sijil kelahiran bayi
- Salinan dokumen yang telah disahkan sebagai salinan benar, yang boleh diperoleh daripada Pejabat Kedutaan atau Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara
Soalan Lazim
EFS merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Bayi yang layak akan menerima RM1,000 dalam bentuk simpanan.
Permohonan mestilah dibuat dalam tempoh 1 tahun.
– Ibu bapa angkat berstatus “K”
– Permohonan dalam tempoh satu (1) tahun
– Bayi lahir di dalam atau di luar Sarawak
– Sijil Pengangkatan yang sah mesti diperoleh
Permohonan boleh dibuat melalui https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/846/.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau semakan status berkaitan EFS, sila hubungi Sekretariat EFS melalui:
- Talian pejabat: 082-374700
- Talian WhatsApp: 014-6881398 (beroperasi pada waktu pejabat)
- Emel: [email protected]; atau
- Semak status di bahagian Status Permohonan dalam seksyen Public Workspace.
Baca juga: Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri Sembilan (2026): Syarat & Cara Permohonan




