CLAB: Proses Kemasukan Pekerja Binaan Asing Ke Malaysia CIDB

CLAB, singkatan bagi Construction Labour Exchange Malaysia ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh CIDB selaras dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan Pekerja Asing (JKK-PA) untuk membawa masuk dan mengagihkan semula pekerja asing untuk syarikat atau organisasi di Malaysia.

Kewujudan organisasi ini jarang menjadi tajuk utama akhbar sehinggalah keputusan kerajaan baru-baru ini membenarkan entiti ini menguruskan sepenuhnya permohonan lebih 100 pekerja binaan asing masuk ke negara ini.

CLAB ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk membawa masuk dan mengagihkan semula pekerja asing untuk syarikat dan organisasi di Malaysia.

Artikel berkaitan: ePPAx: Syarat & Permohonan Penggajian Pekerja Asing Online

Sejarah Penubuhan CLAB

Pada Julai 2002, 912,000 pekerja asing tanpa izin telah dihantar balik di bawah Program Pengampunan di mana 383,000 daripadanya terdiri daripada sektor pembinaan.

Akibatnya, ia telah membawa kelembapan dan gangguan kepada penyiapan projek.

Perbincangan telah diadakan antara agensi kerajaan dan persatuan pembinaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Salah satu cadangan ialah penubuhan CLAB Pada 16 Jun 2006, satu kertas kerja telah diluluskan oleh JKK-PA untuk CLAB diberi hak pertama untuk menolak semua permohonan berjumlah 50 dan ke bawah untuk pekerja binaan asing di KHEDN.

Pada 19 Julai 2009, Keputusan JKK-PA menyatakan bahawa semua permohonan Buruh Binaan Asing (Foreign Construction Labour – FCL) di bawah jumlah 100 orang diuruskan oleh organisasi ini.

Pada tahun 2015, entiti ini telah dianugerahkan dan untuk menguruskan permohonan untuk Buruh Binaan Asing (FCL) melebihi 100 orang pekerja.

Pada Ogos 2022, telah dianugerahkan dan diberi mandat untuk menguruskan semua Pekerja Asing dalam Industri Pembinaan.

Artikel berkaitan: Cara Daftar CIDB, Renew Online, Semakan Kursus & CCD Point

Peranan & Objektif Penubuhan

CLAB akan bertanggungjawab dalam memastikan majikan memenuhi semua keperluan kawal selia seperti Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan), Akta 446 (Akta Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Minimum Pekerja), Akta 265 (Akta Pekerjaan) dan Akta 4 (Akta Keselamatan Sosia Pekerja).

Organisasi ini juga akan memantau pematuhan majikan terhadap akta ini dan peraturan lain yang berkaitan untuk memastikan kebajikan pekerja dijaga.

Peranan organisasi ini dalam menguruskan pengambilan pekerja asing akhirnya akan menghapuskan sebarang penglibatan orang tengah.

Ini akan menjadikan proses pengambilan pekerja asing lebih cekap dan menjimatkan kos.

CLAB menyediakan Pekerja Asing, Pekerja Tempatan dan Ekspatriat ke Industri Pembinaan di Malaysia.

Selain itu, badan ini berfungsi:

  • Mempromosikan Pekerja Tempatan dalam industri pembinaan.
  • Menerima daripada Kontraktor, Pekerja Binaan Asing dengan permit yang sah apabila mereka tidak mempunyai projek lagi.
  • Mengagihkan semula pekerja ini kepada syarikat pembinaan yang memerlukan mereka untuk projek mereka.
  • Membawa masuk Pekerja Binaan Asing dari negara sumber untuk memenuhi keperluan industri pembinaan.
  • Mencipta laluan dan mempromosikan akreditasi dan peningkatan kemahiran pekerja ini

Proses Permohonan Kuota Pekerja Binaan Asing

Proses Permohonan Kuota dan Kemasukan Pekerja Binaan Asing yang dikemaskini pada 2 Febuari 2023 selepas Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing

Panduan Permohonan G1 – G3

  1. Pendaftaran Syarikat
  2. Penyerahan dokumen di Kaunter CLAB
  3. Kelulusan kuota
  4. Bayaran levi kepada CLAB
  5. Proses kemasukan pekerja binaan asing

Panduan Permohonan G4 – G7

  1. Kelulusan FWe dan eQuota dari https://fwcms.com.my
  2. Pendaftaran syarikat
  3. Bayaran levi kepada CLAB
  4. Proses kemasukan pekerja binaan asing

Proses Kemasukan Pekerja Binaan Asing :

  1. Membuat permohonan VDR
  2. Semakan dokumen
  3. Pemilihan biodata
  4. Proses VISA di Negara Sumber
  5. Ketibaan Pekerja Binaan Asing di Pintu Masuk Negara
  6. Penempatan Di Pusat Transit
  7. Penyerahan Pekerja di Pusat Transit

Muat Turun Borang CLAB

Aplikasi VDR

Permohonan Kontraktor G1, G2 DAN G3 Pekerja Asing

Permohonan Pekerja Asing Kontraktor G4,G5,G6 DAN G7

Kontrak pekerjaan


PLKS

Permit Lanjutan/ Pembaharuan

FOMEMA

Memo Periksa Keluar (COM)


LOCAL TRANSFER

  • Senarai Semak Dokumen Permohonan (Majikan Baru) Pertukaran Majikan Bagi Penggajian Pekerja Binaan Asing CLAB 
  • Borang permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan Bagi Pengajian Pekerja Asing  JTKSM
  • Senarai Semak Dokumen Permohonan Surat Sokongan Pertukaran Majikan Bagi Pengajian Pekerja Asing JTKSM

PROSES

Kewangan

Borang Laporan Lokasi dan Gaji


LAIN-LAIN

Sambungan Kontrak Kerja – Indonesia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi CLAB di https://www.clab.com.my/

CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)
Aras 2, Blok Annex, Menara Milenium,
No 8, Jalan Damanlela
Pusat Bandar Damansara

50490 Kuala Lumpur.

​Tel : 03-2095 9599
Faks : 03-2095 9566
E-mel : [email protected]

CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)

c/o CIDB Johor, Lot 2067,
Batu 3, Jalan Tampoi,
81200 Johor Bahru, Johor.

Tel: 07-235 9599
Faks: 07-237 9566
E-mel : [email protected]

CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)

12 Tingkat Bawah Jalan Todak 5,
Pusat Bandar Seberang Jaya,
Prai 13700 Pulau Pinang.

Tel : 04-397 9599
Faks : 04-397 9566
E-mel : [email protected]

CONSTRUCTION LABOUR EXCHANGE CENTRE BERHAD (634396-W)

PUSAT TRANSIT

Westlite PKNS Petaling Jaya

TINGKAT 8

No 12A, Jalan SS8/6, 

47300 Petaling Jaya,

Selangor
 

Tel : 018-376 9599
E-mel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!