ePPAx: Syarat & Permohonan Penggajian Pekerja Asing Online

ePPAx atau Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu merupakan satu platform yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan penggajian pekerja asing oleh majikan yang merangkumi pelbagai jenis mekanisma pengambilan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

ePPAx juga seiring dengan kemajuan teknologi dimana bagi memudahkan proses pengambilan pekerja warga asing dilakukan oleh majikan secara dalam talian sahaja.

Sistem ini bukanlah baru sebaliknya telah diperkenalkan dan digunakan secara menyeluruh sejak tahun 2013 lagi.

Pembangunan sistem ini melibatkan kerjasama di antara Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pekerja asing di Semenanjung Malaysia.

Apakah ePPAx ?

Platform secara atas talian seperti ePPAx amat signifikan bagi melancarkan serta mempercepatkan proses pengendalian permohonan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Ini seterusnya memabantu mencapai sasaran tempoh masa pengeluaran sokongan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada tahun 2011. 

Selain itu, platfom ini juga dibangunkan untuk mengawal serta mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa di setiap peringkat terlibat dalam pemberian sokongan dan kelulusan penggajian pekerja asing.

Sistem ini dibangunkan dengan hasrat untuk mengelakkan pemalsuan dokumen permohonan dan penipuan data/maklumat majikan serta memudahkan pemantauan terhadap isu-isu perburuhan dan urusan-urusan berkaitan penggajian pekerja oleh pelbagai pihak.

Sasaran Pengguna

Sistem ePPAx dibangunkan untuk sasaran pengguna berikut:

  1. Majikan swasta
  2. Pegawai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
  3. Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN)
  4. Agensi Kawal Selia (AKS) bagi setiap sektor terlibat dalam penggajian pekerja asing

Bagi mengelakkan pemalsuan dokumen pekerja dan pnipuan data/maklumat majikan, ini, sistem ePPAx menjalinkan kerjasama dengan Agensi/Jabatan berkaitan menerusi integrasi pelbagai sistem.

Menerusi integrasi dengan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), majikan yang disenarai hitam akan dihalang daripada meneruskan permohonan di Sistem ePPAx. 

Menerusi integrasi dengan Centralize Information Management System (CIMS) di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bilangan kuota kelayakan bagi sektor pembinaan akan dikira dan disyorkan oleh pihak CIDB berdasarkan kelayakan sebenar majikan.

Baca lagi: Cara Daftar CIDB, Renew Online, Semakan Kursus & CCD Point

Integrasi Sistem ePPAx dengan sistem-sistem berkaitan sentiasa ditambahbaik mengikut keperluan bagi memenuhi keputusan-keputusan terkini Kerajaan berkaitan pengurusan pekerja asing.

Daftar & Log Masuk ePPAx

Sistem ePPAx boleh diakses di alamat https://www.eppax.gov.my/

Di halaman hadapan laman web tersebut, pengguna (pemohon) boleh log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Bagi pengguna, klik pada “Daftae Baharu” pada borang log masuk tersebut.

Syarat & Proses Permohonan Pekerja Asing Melalui ePPAx

Kerajaan telah menetapkan pra syarat kepada majikan yang berhasrat untuk memohon atau sedang menggajikan pekerja asing seperti berikut:

  1. Mengiklankan kekosongan jawatan dalam tempoh 30 hari sebelum permohonan dibuat
  2. Membuat pembayaran gaji pekerja asing melalui bank
  3. Menyediakan penginapan kepada semua pekerja asing yang digajikan
  4. Memastikan semua pekerja asing bercarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Bagi majikan yang masih baru, sila rujuk infografik di bawah untuk proses pekerja warga asing.

Maklumat Lanjut

Unit Kawalselia dan Penggajian Pekerja Asing
Bahagian Pekerja Asing
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
No Telefon: 03-8886 5192
Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!