Pinjaman Capital Boost Credit, Dokumen & Permohonan

Berita baik buat pemilik bisnes, kini anda boleh memohon pembiayaan digital daripada Boost Credit sehingga RM 100,000 dengan syarat minimum dan beberapa langkah mudah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pinjaman ini.

Apakah Pinjaman Boost Credit Capital?

Dahulunya dikenali sebagai Aspirasi, Capital ialah pembiayaan digital yang disediakan oleh Boost Credit yang membolehkan pengurusan aliran tunai yang lebih cekap untuk pemilik perniagaan.

Dengan Boost Credit, anda boleh memohon pembiayaan secara online dan menerima pembiayaan sehingga Rm 100,000* dalam masa 48 jam (2 hari bekerja).

Tanpa penjamin atau cagaran, Capital oleh Boost Credit menawarkan pilihan yang lebih cekap dan mudah untuk pemilik bisnes!

Ikuti perkongsian untuk ketahui mengenai pembiayaan yang ditawarkan.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca Juga : Permohonan Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN

boost credit capital pinjaman

Ciri-ciri Pembiayaan Boost Credit

  • Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah dari RM 1,000 sehingga RM 100,000
  • Tempoh pembiayaan adalah selama 12 bulan
  • Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan manakala jumlah kadar keuntungan adalah sebanyak 18.0%
  • Pembiayaan yang ditawarkan Boost Credit adalah patuh syariah dan berasaskan konsep komoditi Murabahah.

Syarat-Syarat Kelayakan

Syarat untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia / penduduk tetap (Permanent Resident) di Malaysia
  • Berusia 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah bersifat patuh syariah

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen yang anda perlu sediakan adalah :

  • MyKad
  • Butiran 6 bulan terakhir mengenai perniagaan yang telah didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkaitan.
  • e-penyata bank bagi akaun perniagaan (e-statement). Hanya salinan PDF rasmi diterima

Panduan Sebelum Memohon

Selain dokumen yang dinyatakan di atas, pastikan anda mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

  • Akses kepada fungsi kamera untuk mengambil swafoto (selfie) dan gambar MyKad anda.
  • Penyemak imbas (scanner) yang disokong seperti Google Chrome atau Apple Safari.

Cara Memohon

Anda boleh kemukakan permohonan bagi pembiayaan ini secara atas talian seperti berikut :

  • Pergi ke pautan https://credit.myboost.co/pasar/capital
  • Klik butang Mohon Sekarang berwarna merah di bawah penerangan Capital by Boost Credit
  • Baca panduan yang dinyatakan dan masukkan butiran yang diperlukan.
Capital Boost Credit

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pembiayaan ini, sila hantarkan pertanyaan anda menerusi e-mel ke [email protected].

Untuk ketahui butiran mengenai pinjaman ini, anda boleh rujuk pautan berikut :

https://www.myboost.com.my/business/features/capital-by-boost-credit/

Anda juga boleh semak senarai Soalan Lazim seperti lampiran di bawah :

Soalan Lazim

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!