Permohonan Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN

Tawaran Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN

BSN Mikro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Untuk makluman anda, program Semarak Niaga menawarkan tujuh pilihan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu :

  • Semarak
  • Semarak-Nita
  • Semarak PeDi
  • Semarak-Belia
  • Semarak Sukan
  • Semarak -Mula
  • Semarak Tani

Difahamkan dana bagi pinjaman ini masih banyak tersedia untuk pemohon di seluruh Malaysia.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang skim pinjaman ini dan cara untuk membuat permohonan.

Apa Itu Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN ?

Skim Mikro Kredit SemarakNiaga adalah pembiayaan berjumlah RM 800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan.

Insentif ini menyasarkan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Skim ini bertujuan bagi membantu menjana pendapatan, sekaligus membangkitkan semula keupayaan serta daya tahan perniagaan yang mengalami kerugian sebelum ini.

Melalui skim ini, pengusaha mikro bagi semua sektor perniagaan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca juga : Permohonan Rumah Harapan Rakyat (RHR) Tahun 2023

Senarai Pembiayaan Skim Pinjaman Mikro Kredit Semarak Niaga BSN

Keterangan serta jumlah pembiayaan bagi setiap pilihan pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Semarak

Semarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Semarak-Nita

  • Semarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Nita adalah sehingga RM 50,000.

Semarak PEDi

  • Semarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 20,000.

Semarak-Belia

  • Semarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Belia adalah sehingga RM 50,000.

Semarak Sukan

  • Semarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak Sukan adalah sehingga RM 50,000.

Semarak-Mula

  • Semarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Mula adalah sehingga RM 20,000.

Semarak Tani

  • Semarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.
  • Pembiayaan yang ditawarkan di bawah Semarak-Tani adalah sehingga RM 75,000.
Skim Mikro Kredit SemarakNiaga

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang dikenakan bagi pemohon adalah 4% setahun.

Cara Memohon

Para peniaga yang berminat  serta memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mohon bantuan ini melalui salah satu cara berikut:

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh pemohon adalah seperti berikut:

Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

Syarat Kelayakan

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd.).
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Mikro Kredit SemarakNiaga ini, sila layari laman web BSN di pautan berikut: https://www.bsn.com.my/page/semarak

Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan BSN yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.

Cari cawangan BSN berhampiran anda: https://www.bsn.com.my//page/locate-us?lang=ms-MY&csrt=5935815739072417754

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!