Beras Sumo – Harga dan Khasiat Beras Buat Si Pengguna

beras sumo
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Selalunya bila kita dengar pasal beras sumo ini, mesti dalam pikiran kita akan terpikirkan makanan popular berasal dari negara Jepun iaitu Sushi. Namun tahukah anda, selain sushi, beras ini juga boleh digunakan dalam masakan lain?

Untuk mengetahui menu lain yang boleh anda hasilkan menggunakan beras jenis ini, pastikan anda terus membaca sehingga ke penghujung artikel. Kami juga ada sediakan maklumat berkenaan harga dan khasiat beras untuk pengetahuan anda.

Apa itu Beras Sumo?

Beras sumo atau nama sebenarnya Beras Calrose, merupakan beras yang berasal dari California, Amerika Syarikat. Ia dipanggil beras sumo kerana pada bahagian hadapan beras ini ia memaparkan kartun penggusti sumo.

Beras ini terkenal dengan teksturnya yang lembut dan melekat, yang menyebabkan ia sesuai digunakan dalam hidangan yang berasal dari negara Jepun, seperti sushi, onigiri dan temaki.

Namun begitu, beras ini juga boleh digunakan dalam masakan lain seperti bubur, kimbap, nasi goreng dan banyak lagi. Hal ini demikian kerana, beras jenis ini dikatakan dapat mengekalkan rasanya dengan baik selepas dimasak.

Harga Beras

Seperti harga beras lain, harga beras sumo juga ada turun naiknya dan bergantung pada permintaan dan faktor-faktor lain, seperti jenama, gred, jenis dan sebagainya.

Perbezaan penjual juga mungkin memberi kesan kepada harga beras. Walaupun berat dan jenama beras adalah sama, terdapat kemungkinan besar harga beras di pasar raya besar dan peruncit berlainan.

Bagi memudahkan anda yang berminat untuk membeli beras ini, anda boleh melakukan semakan dan perbandingan harga terkini beras mengikut berat yang anda ingin di laman BigGoMY

harga beras sumo

Khasiat & Keistimewaan Beras

Beras sumo ini mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri yang membezakannya dengan beras-beras lain. Antara kelebihan dan keistimewaan beras jenis ini ialah:

  • Tiada kandungan lemak
  • Rendah kalori (Satu hidangan sekitar 150 kalori sahaja)
  • Tekstur lembut walaupun sudah sejut
  • Tinggi kandungan karbohidrat (Sesuai untuk bayi/individu yang ingin menaikkan berat badan)

Cara Masak/Resipi Beras Sumo

Cara memasak beras sumo ini sangat sama seperti cara memasak beras putih, yang membezakannya hanya nisbah beras dan air sahaja:

  1. Ambil satu cawan beras calrose dan masukkan ke dalam periuk
  2. Basuh beras sehingga bersih.
  3. Ukuran air bagi beras jenis ini ialah 1 cawan beras untuk 2 cawan air.
  4. Setelah itu, masak beras seperti biasa.

Baca juga: Beras Basmathi : Harga, Khasiat & Cara Masak

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut