Bento Makanan Sihat: Menu Ringkas, Jimat & Berkhasiat

bento makanan sihat
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bento makanan sihat semakin popular sebagai pilihan bekal harian sama ada untuk kanak-kanak ke sekolah mahupun orang dewasa ke pejabat. Anda boleh rujuk page Nutritionistkkm untuk idea dan tips menarik untuk amalan pemakanan yang sihat.

Selain lebih menjimatkan, bento juga membolehkan kita mengawal kandungan nutrisi, memastikan makanan yang diambil seimbang, bersih dan menyihatkan.

Dengan susunan yang kemas serta variasi warna makanan, bento mampu meningkatkan selera makan dan menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan.

Apa itu Bento?

Bento (弁当) adalah perkataan dari negara Jepun yang bermaksud kemudahan. Istilah bento merujuk kepada sebuah kotak makan yang berisi makanan yang disiapkan untuk dibwa bekal atau di makan di luar rumah.

Kotak bento biasanya terdiri daripada beberapa kompartmen atau sekat-sekat kecil yang memisahkan pelbagai jenis makanan.

Bento biasanya diisi dengan pelbagai makanan termasuklah seperti nasi, lauk-pauk seperti daging atau ikan, sayur, telur dan buah-buahan.

Ia biasa disediakan dengan cara yang sangat estetik dan artistik bagi mencipta sebuah hidangan yang menarik dan menyelerakan.

Bento makanan sihat pula menekankan pemilihan bahan yang berkhasiat, rendah gula, rendah garam dan kurang makanan diproses. Ia sesuai untuk semua peringkat umur kerana boleh diubah suai mengikut keperluan nutrisi masing-masing.

Kredit: Nutritionistkkm

Gabungan Nutrisi Lengkap Ikut Panduan Diet Malaysia

Menyediakan bento makanan sihat dan seimbang untuk anak-anak sangat penting bagi memastikan mereka kekal fokus, bertenaga dan ceria sepanjang berada di sekolah.

Bekal sekolah yang berkhasiat membantu menyokong prestasi pembelajaran serta tahap tenaga anak dari pagi hingga ke waktu pulang.

Gabungan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti yang disarankan dalam Panduan Diet Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong tumbesaran, perkembangan fizikal dan pembentukan tabiat makan sihat sejak usia kecil.

Karbohidrat membekalkan tenaga, protein membantu pembinaan otot, manakala sayur dan buah menyediakan vitamin, mineral serta serat yang diperlukan oleh tubuh.

Bekal sekolah tidak perlu terlalu fancy atau rumit. Apa yang lebih utama ialah memastikan makanan yang disediakan cukup nutrisi, seimbang, berwarna-warni dan menggunakan makanan sebenar (real food). Apabila anak makan dengan baik di sekolah, ibu bapa juga lebih yakin dan tenang.

Kredit: Nutritionistkkm

Resepi Bento Makanan Sihat

Berikut kami kongsikan beberapa resepi bento makanan sihat yang boleh anda jadikan idea untuk dibawa ke sekolah atau pejabat nanti.

1. Bento Makanan Sihat untuk Pergi Kerja

  • Breakfast: telur rebus 2 biji, pisang 1 biji
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan asam pedas ikan
  • Snacking: anggur dan pisang
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ikan grill bawang, ulam tomato dan sayur bening bayam
  • Snacking: betik
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman, telur dadar dan tomyam
  • Snacking: epal
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ikan merah rebus, kailan masak air
  • Snacking: delima
  • Breakfast: roti wholemeal 1 keping, telur rebus 2 biji
  • Lunch: bihun beras perang, ulam salad dan tomato
  • Snacking: epal
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, salmon grill dan bening bayam
  • Snacking: betik
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan salmon grill
  • Snacking: anggur
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman, ayam halia
  • Snacking: nenas dan pir
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan chicken grill
  • Snacking:  jambu batu
  • Breakfast: kurma oat smoothie
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman, sup ayam dan telur masin
  • Snacking: mangga dan epal
  • Breakfast: kurma oat smoothie
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman, kari ayam
  • Snacking: oren dan pir
  • Breakfast: sandwich telur
  • Lunch: beras perang, sup ikan merah dan ulam-ulaman
  • Snacking: kiwi
  • Breakfast: kurma oat smoothie
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan ikan tongkol rebus
  • Snacking:  anggur dan jambu madu
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan ikan goreng
  • Snacking: pisang
  • Breakfast: overnight oats
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan chicken grill
  • Snacking: anggur dan epal
  • Breakfast: tuna sandwich
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman dan healthy kurma ayam
  • Snacking: epal
  • Breakfast:
  • Lunch: beras perang
  • Snacking:
bento makanan sihat
  • Breakfast: kurma oat smoothie
  • Lunch: beras perang, ulam-ulaman, sup ayam dan sayur bayam
  • Snacking:  jambu batu dan epal hijau

2. Bento Makanan Sihat untuk ke Sekolah

bento makanan sihat
bento makanan sihat
bento makanan sihat
bento makanan sihat
bento makanan sihat
bento makanan sihat
bento makanan sihat

Kelebihan Bawa Bekal Dari Rumah

Terdapat banyak manfaat membawa bekal dari rumah. Antara kelebihannya adalah seperti:

1. Dapat memastikan nutrisi lengkap setiap hari

Dengan membawa bekal sendiri, anda memiliki keupayaan penuh untuk memilih jenis makanan yang sihat dan seimbang sesuai dengan keperluan nutrisi tubuh badan anda.

2. Tidak perlu keluar untuk cari makanan

Banyak masa yang boleh anda jimatkan sekiranya bawa bekal dari rumah khususnya bagi yang sudah bekerja.

Anda tidak perlu fikir untuk cari tempat yang sedap dan selesa untuk makan, dan tidak perlu juga bersesak di jalan raya untuk pulang dari kedai makan untuk ke pejabat semula.

3. Meningkatkan kebersihan

Sangat sukar untuk kita mengawal tahap kebersihan makanan yang dijual di luar. Hal ini termasuklah dari segi penyediaan makanan, dan persekitaran kedai makan.

Sebaliknya bekal yang dibawa dari rumah lebih berkualiti dan tidak diragukan lagi dari segi kebersihannya kerana kita sendiri yang menyediakannya.

4. Mencegah alahan kepada makanan tertentu

Bagi sesetengah individu yang mempunyai alahan tertentu ketika makan, dengan membawa bekal dari rumah mungkin mampu untuk menyelamatkan anda.

Tentunya, anda tahu akan segala bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan tersebut.

5. Menjimatkan wang perbelanjaan

Membawa bekal dari rumah juga membolehkan anda berjimat berbanding dengan membeli makanan dari luar. Harga bahan makanan biasanya lebih murah daripada makanan yang sudah siap saji di restoran atau kafe.

Tips Menyediakan Bento Makanan Sihat

bento makanan sihat

1. Gunakan bekas bento berkualiti dan bebas BPA

    Pilih bekas bento yang selamat untuk makanan, bebas BPA dan tahan panas. Bekas berpetak membantu mengasingkan makanan supaya tidak bercampur, kekal kemas dan lebih menyelerakan.

    2. Masak lauk lebih awal untuk jimat masa

    Sediakan lauk seperti ayam, daging atau sayur sehari lebih awal dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini sangat membantu ibu bapa dan pekerja pejabat yang sibuk pada waktu pagi.

    3. Elakkan makanan bergoreng berlebihan

    Kurangkan penggunaan minyak dan elakkan makanan bergoreng setiap hari. Pilih kaedah memasak lebih sihat seperti rebus, kukus, panggang atau tumis ringkas.

    4. Pastikan keseimbangan karbohidrat, protein dan serat

    Setiap bento perlu mengandungi sumber karbohidrat (nasi, pasta), protein (ayam, telur, ikan) dan serat (sayur & buah) supaya tubuh mendapat nutrisi yang lengkap dan seimbang.

    5. Kawal saiz portion makanan

    Jangan isi bekas bento terlalu penuh. Portion yang sesuai membantu mengelakkan pembaziran makanan dan memastikan pengambilan kalori tidak berlebihan.

    6. Pilih sayur dan buah yang tahan lama

    Gunakan sayur seperti brokoli, lobak merah dan jagung serta buah seperti epal dan anggur yang tidak mudah rosak walaupun disimpan beberapa jam.

    7. Gunakan perasa semula jadi

    Kurangkan garam, gula dan sos segera. Gunakan bawang, herba, rempah atau sedikit kicap rendah sodium untuk menambah rasa tanpa menjejaskan kesihatan.

    8. Simpan bento dalam peti sejuk jika disediakan malam sebelumnya

    Jika bento disediakan lebih awal, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan sebelum dibawa ke sekolah atau pejabat supaya makanan kekal segar dan selamat dimakan.

    Kesimpulan

    Bento makanan sihat bukan sekadar bekal biasa, tetapi satu gaya hidup yang membantu kita menjaga kesihatan, menjimatkan perbelanjaan dan membentuk tabiat pemakanan yang lebih baik.

    Sama ada untuk anak ke sekolah atau diri sendiri ke pejabat, bento ialah pilihan bijak yang praktikal dan berkhasiat.

    Jika anda konsisten menyediakan bento makanan sihat setiap hari, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada tubuh, malah membantu keluarga membina rutin pemakanan yang lebih seimbang dan berkualiti.

    Baca juga:

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut