WalimatulUrus Perdana: Bantuan Perkahwinan Rakyat Terengganu

Adakah anda atau pasangan anda merupakan rakyat Terengganu yang sedang mencari bantuan perkahwinan Terengganu?

Dalam Islam, proses perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita sebenarnya amat mudah iaitu melalui perkahwinan.

Namun, sepanjang, sebelum dan selepas pernikahan untuk ada kalanya pasangan yang mendirikan rumah tangga ini perlukan bimbingan dan bantuan sama ada dari segi kewangan, ilmu, emosi dan sebagainya.

Atas sebab ini, kerajaan negeri Terengganu telah mewujudkan program WalimatulUrus Perdana khas buat rakyat Terengganu yang memerlukan bantuan perkahwinan.

Artikel berkaitan: Bantuan perkahwinan Selangor

Apakah Bantuan Perkahwinan Terengganu?

bantuan perkahwinan terengganu

Program WalimatulUrus Perdana ini diwujudkan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:

  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
  • Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

Kriteria Pemilihan Bantuan Perkahwinan Terengganu

Mungkin ada yang tertanya-tanya adakah anda layak untuk menyertai program ini.

Bagi memastikan hanya pasangan yang benar-benar layak sahaja, mereka mestilah memenuhi syarat-syarat dan kriteria-kriteria berikut untuk dipertimbangkan bagi program WalimatulUrus Perdana ini.

Bantuan dan faedah WalimatulUrus Perdana

Setiap pasangan pengantin yang terpilih untuk program ini akan menerima bantuan dan faedah-faedah berikut:

  • 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  • Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  • Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
    Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.

Maklumat lanjut dan soalan

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini atau mungkin mempunyai pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas di talian 09-624 9355

Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat https://www.ypkt.gov.my/index.php/ms/walimatulurus-perdana

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!