Advertisements

Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450

Advertisements

Berita gembira buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, kerajaan Negeri Sarawak menyediakan Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 untuk anda.

Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan maklumat terkini yang tertera di portal rasmi kerajaan negeri.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan syarat kelayakan terkini.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan ini, syarat-syarat dan cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Permohonan terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang bakal bergelar ibu.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan ibu bersalin negeri Sarawak.

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Ibu merupakan pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad tersebut
  • Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Perlu memohon paling lewat selepas 3 bulan melahirkan

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.

Dokumen Diperlukan

Antara dokumen-dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan adalah seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan permohon (depan & belakang)
  • Salinan kad pengenalan suami / penjaga (depan & belakang)
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’
  • Salinan rekod kesihatan ibu mengandung (muka hadapan)
  • Salinan muka hadapan buku akaun / penyata akaun
  • Salinan nota discaj / sijil lahir bayi

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbib atau
  2. 2) Manual melalui Borang Permohonan

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:

  • Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Baca juga: SarawakPay: Cara Pendaftaran Pengguna / Penerima BKSS / Peniaga

Kaedah Penghantaran Borang

Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
1) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:

Baca juga: Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Ibu Bersalin

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan_Ibu Bersalin (BIB)

KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

Lain-lain Bantuan Berkaitan

Pemberitahuan mengenai perkhidmatan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak 

i. Taska dan Pusat Jagaan 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

ii. Pembangunan Ekonomi 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

iii. Bantuan Kesejahteraan Sosial 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

iv. Pembangunan Komuniti Sukarela 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

v. Pengurusan Bencana 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

vi. Khidmat Sokongan Sosial 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

vii. Perlindungan Kanak-Kanak 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

viii. Perkhidmatan Kaunseling 

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

3. Pemberitahuan mengenai perkhidmatan di bawah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak 

i. Wisma Wanita Traning Centre (WWTC)

Sila Klik DISINI untuk ketahui maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

Peringatan Penting

Sekiranya terdapat maklumat palsu yang digunakan ketika mengisi borang permohonan, KWKPK berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat persoalan lain mengenai bantuan ini, anda boleh merujuk bahagian yang mengendalikan bantuan ini seperti maklumat berikut:

Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-311340 / 082-311718
E-mel: [email protected]

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 5 / 5. Vote count: 1

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment