Academy In Industry (AiI): Peluang Kerjaya Lepasan SPM

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan Academy In Industry (AiI), program baru bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk belajar dan terus bekerja sebagai pekerja mahir.

Menariknya, sebaik sahaja menamatkan tempoh bekerja tertentu bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini, pelajar tersebut turut akan diberikan sijil yang sah laku untuk mereka mengembangkan karier mereka dalam bidang yang sama.

Dalam tempoh 18 bulan pelajar lepasan SPM yang terlibat dalam inisiatif ini ini akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dan dalam masa sama turut bekerja.

Academy in Industry dibangunkan sebagai satu aliran latihan yang baru yang seiring dengan institusi-institusi sedia ada tetapi ini pilihan kepada mereka.

Pengenalan

Inisiatif Academy in Industry (AiI) merupakan salah satu program kerjasama inovatif antara pihak kerajaan, industri, dan akademia dalam mendepani cabaran – cabaran yang dihadapi dalam peningkatan bakat.

Program Academy In Industry (AiI) adalah program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama inovatif antara pihak Kerajaan, industri dan akademia dalam mendepani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membangunkan bakat tempatan

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) merupakan badan pengiktiraf syarikat-syarikat yang berdaftar bagi penempatan program ini.

Artikel berkaitan: Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) : Tahap, Bidang Ditawarkan & Halatuju Karier

Objektif

  1. Membangunkan tenaga kerja masa hadapan yang mampan berasaskan permintaan pasaran dan keperluan industri;
  2. Merapatkan jurang antara penawaran dan permintaan tenaga kerja;
  3. Membangunkan bakat tempatan yang menerima upah yang berpadanan dengan kemahiran;
  4. Mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing; dan
  5. Meningkatkan pencapaian pendidikan negara.

Laluan kerjaya Academy In Industry

laluann kerjaya Academy In Industry

Penanda aras gaji bakat AiI adalah berdasarkan kompetensi tahap kemahiran dan pengalaman calon.

Perantis AiI akan menerima gaji minimum penuh dan elaun-elaun lain yang disediakan oleh syarikat

Perantis AiI perlu mengikuti program ini selama 18 bulan bagi melayakkan mereka untuk menerima sijil graduan AiI, iaitu setaraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Modul program AiI merangkumi modul am dan modul spesifik menjurus kepada operasi syarikat yang terbabit.

Syarat penyertaan

Berikut merupakan syarat-syarat utama yang perlu dipenuhi oleh individu yang berminat untuk mendaftar dalam program Academy in Industry:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 hingga 40 tahun;
  • Mempunyai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M);
  • Lulus ujian saringan AiI;

Cara Memohon

  • Proses untuk menyertai program AiI:
    1. Langkah 1 : Daftar sebagai calon perantis AiI do https://aii.mpc.gov.my/user/register
    2. Langkah 2 : Hadir temu duga (secara fizikal atau atas talian)
    3. Langkah 3 : Ujian saringan AiI (kemahiran membaca, menulis, mengira)
    4. Langkah 4 : Status penerimaan tawaran dari emel atau panggilan telefon
    5. Langkah 5 : Terima sijil AiI & SKM setelah tamat bekerja

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mahukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai bertugas seperti berikut:

Sekretariat
Puan Nor Idayuniza Rahmat
[email protected]
012-9254820

Perbadanan Produktiviti Malaysia
Lorong Produktiviti, Jalan Sultan
46200 Petaling Jaya, Selangor

https://aii.mpc.gov.my/contact

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!