USD To MYR: Pertukaran Semasa US Dollar Ke Ringgit Malaysia

KADAR PERTUKARAN MATA WANG USD TO MYR (RM KE US DOLLAR AMERIKA)

Nak convert duit RM ke USD? Berapa nilai matawang sekarang agaknya? Makin jatuh atau makin naik?

Aktiviti import dan eksport adalah sangat penting untuk negara kita Malaysia. Oleh itu, tentu ramai yang ingin memantau prestasi ringgit di pasaran antarabangsa.

Selain mengetahui data kadar pertukaran USD/MYR dari semasa ke semasa, ia juga dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang tren ekonomi negara berbanding negara lain.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kadar mata wang terkini di Malaysia serta kadar pertukaran semasa USD ke MYR.

usd to myr

Maksud Kadar Pertukaran Mata Wang Asing

Tahukah anda, kadar pertukaran mata wang setiap negara akan berubah setiap hari dalam pasaran pertukaran asing bergantung pada harga jualan dan harga belian mata wang tersebut.

Kadar Pertukaran Mata Wang Asing bermaksud harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam nilai mata wang asing.

Kadar penentuan mata wang asing ditentukan melalui interaksi antara permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran pertukaran asing.

Contohnya:

1. Kenaikan kadar pertukaran RM
(S$1.00 = RM2.90 →→ S$1.00 = RM2.50)

  • nilai RM naik
  • jumlah eksport menurun
  • jumlah import bertambah
  • harga eksport lebih mahal
  • harga import lebih murah
  • imbangan dagangan negatif/kurangan

2. Penurunan kadar pertukaran RM
(S$1.00 = RM2.90 →→ S$1.00 = RM3.50)

  • nilai RM jatuh
  • jumlah eksport meningkat
  • jumlah import berkurang
  • harga eksport lebih murah
  • harga import lebih mahal
  • imbangan dagangan positif/lebihan

Antara faktor mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing:

  1. Eksport negara
  2. Import negara
  3. Kadar faedah
  4. Citarasa
  5. Spekulasi mata wang

Walau bagaimanapun, adakalanya turun naik ringgit bukanlah disebabkan asas nilai mata wang itu sendiri mahupun persekitaran dalam negara, tetapi ia turut dipengaruhi pelbagai faktor luaran yang sukar dikawal.

Baca juga:

USD To MYR: Kadar Pertukaran Semasa US Dollar Ke Ringgit Malaysia

Untuk mengetahui berapakah kadar semasa pertukaran USD ke RM, sila masukkan nilai yang ingin anda tukarkan dalam jadual berikut:

Untuk makluman, pertukaran ini dikemaskini setiap masa bagi memastikan ketepatan mata wang semasa.

Anda juga boleh membuat rujukan prestasi ringgit semasa melalui pautan Jabatan Perangkaan Malaysia yang berikut